Sunday, March 29, 2015

29-3-2015

29-3-2015:

1)Sambut world down syndrome day 2015 pada 21/3/2015 lepas di hutan bandar jb. Acara walkaton anjuran kiwanis jb. Dpt jumpa rmi kawan2 naurah n ahli keluarga masing2 di sana. Syok seisi keluarga dpt join event tu.

2) Malamnya trus bergegas balik asetaq sbb mak nk operate pasang spring ke-2 kt jantung. Alhmdlh operate selesai thri 23/3/2015 di hosp.sultn.bahiyah. Kali ni operation mmg lancar n cepat. Stay di asetaq sampai jumaat..alang2 dah blk kedah n sementara masih cuti lg sblm mula kerja semula di utem pd 2/4/2015 inshaAllah.





Naurah,mak,adam n teacher lim dari kiwanis kulai

Gmbr sambutan buddy's walk kiwanus sempena WDSD 2015


Gmbr budak comei demam sbb ayah dia blk kedah

Gambar kenangan 2006/07 di coventry

Gambar kenangan bsama geng lab cadcam upm: Dari kiri: sukri, hatim, muslim, aku, khai, uzair, azaman, pua feiling, staf unisza, nani, sairizal & ridwan ishak


Monday, February 23, 2015

24-2-2015b

24-2-2015b:

1) Refreshing back memories. Alhamdlh pada januari lepas adam dah mula masuk alam persekolahan...dah masuk sebagai student darjah 1 ad-din di sek.agama bandar putra serta 1 ruby di sek.keb.bandar putra. hehe, dah besaq dah adam skrg, dah 7 tahun!! Alhamdlh, syukur kpd Allah..semoga Allah terus mengurniakan nikmat kpd Adam dan menjadikan dia insan yang beramal soleh, ameen.

2) What a colourful year for 2015. Macam2 kenangan walaupun baru 2 bulan. Adam masuk sekolah, mak buat operation, aku dah submit tesis, 1st time balik kedah dgn exora hehe...semoga Allah terus kurniakan kami sekeluarga rahmatNya dan jadikan kami org2 yang soleh serta sentiasa bersyukur, ameen.


Tgh tunggu van sek.agama


Posing depan van sekolah

Cik Jamilah (cik J)..owner van sek adam. Sejak umur 4 tahun adam naik van dia..hehe

1st day of school..mak yg pi tunggu adam

Menu favourite di sek.keb..koewteow goreng..rm0.50 jer sepinggan

Mak n adam tgh tggu van..1st day of school

Peace lagi sebelum pi sek.kebangsaan

Posing kat sek.keb @day-1 of school

Beratur menunggu masuk kelas

Semua ceria di hari pertama sekolah..nabeel, adam, naurah, atuk n abgadli

Perhimpunan di hari pertama sek.agama

Posing dgn baju sek.agama di pagi hari pertama sekolah


Biggest supporters...peace !!!

Posing menunggu van sek.agama


24-2-2015a

24-2-2015a:

Dah lama tak update blog ni.

1) Alhamdulillah, syukur kepada Allah, akhirnya perjalanan Phd selama hampir 3 tahun bermula april 2012 lalu kini telah hampir selesai. Pada tanggal 5 petang, isnin 16/2/2015, akhirnya tesis pembetulan serta borang2 akhir telah berjaya diserahkan ke SGS. Bermakna dah selesai tugas aku sebagai student upm. Memerlukan 35 bulan dari tarkh daftar dulu smpi la proses serah borang tersebut. InshaAllah, proses seterusnya ialah menunggu kelulusan senat upm serta surat kelulusan akhir tersebut. Semoga Allah mempermudahkan proses akhir tersebut, inshaAllah.

Proses pembetulan yang penuh berliku (rasanya lebih mencabar) setelah tamat viva. Urusan dengan examiner lancar, cuma dengan chairman perlukan 2 kali pembetulan sebelum ahinrya beliau setuju tandatangan borang aku. Alhamdlh, disebalik perasaan bercampur2, asalkan dapat tandatangan chairman tsb. Semuanya berlaku dengan hikmah, dan semoga proses phd ni dari awal hingga akhir dapat dijadikan bekalan dan panduan untuk masa depan, inshaAllah.

Jadi ada tempoh sebulan setengah lagi sebelum masuk keje semula di utem pada 1 april nnt, inshaAllah. dapat la rest di rumah puas2. Pasni dah kembali ke rutin dulu sbg weekend husband. Takpa la, alhamdlh rezeki dah kat sana..moga Allah berikan rezeki kpd kami sekeluarga utk dapat tinggal skali dalam masa terdekat nnt, ameen.

To my sv, tqvm for all your guidance, wisdom, patient and support...hanya Allah yang dapat membalas jasa baik beliau dunia akhirat, ameen. To my family n friends: tqvm for all your support and doa. To my beloved wife, Ainur and children, Naurah & Adam.. all of this is specially dedicated to all of you :-*


Kenangan project plan di awal dulu..

Tempat bertapa di upm serta tesis akhir

Pintu masuk nostalgia ke makmal cadcam..tempat bekeja selama di upm

Blok makmal kej. mekanikal & pembuatan (kmp) di upm..kat tingkat atas tu la port utama buat keja haha

2) Dari 18/2-22/2/2015, aku sekeluarga balik ke Asetaq sempena cuti raya cina. Noeni tumpang sekali dgn exora balik ke kg n balik semula ke kulai. Alhamdlh perjalanan balik ke asetaq lancar. Cuma perjalanan pulang ke kulai tu yg sangkut lama sbb jem. 9am asetar..10.30pm di uitm shahalam...3.00pagi sampai di bandar putra. Fuh, mmg rekod perjalanan paling lama setakat ni. Hahaha, cmtu la kot rutin pasni sbb adam dah start sekolah..asalkan perjalanan selamat n kenderaan takdak masalah allhamldh ok :-)

3) Sempat gak layan bola di Stadium Darulaman. Kedah vs T-Team..keputusan 0-0. Game mmg boring. Dah tak ingat tahun bila last pi stadium..kali ni berpeluang pi dgn old fren, Reza. Nasib baik ada tiket..stadium penuh n meriah wlupun keputusan tak meriah. Cadang asal nak bawa adam, tp sbb dia tak sihat so terpaksa tinggal kat rumah. Nsib baik gak tak bw dia..sbb mmg tak sesuai mlm tu dek stdm padat. InshaAllah next time.

Penyokong pulun-kedah-pulun di game vs T-team

Beratoq nyanyi dulu sblm game

Tu dia..kaunter tiket dah sesak...nak layan bola punya pasai hahaha

4) Pada januari lepas, mak selamat menjalani pembedahan memasukkan stent (spring) ke saluran jantung. Alhamdlh pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi (terutama alergic dye). Slowly mak tgh recover, n inshaAllah dijadualkan buat 2nd stent operation pada 23mac nnt. Semoga pembedahan kedua tu turut berjalan lancar dan selamat, inshaAllah.

Saturday, November 29, 2014

30-11-2014

30-11-2014:

Krisis Kewangan Malaysia Dan Penawar mujarabnya

24 August 2000 - Petikan Dari Berita Harian
(disalin dari laman web http://www.oocities.org/zek_my/kkew.html)
KERAJAAN terdesak tetapi ia tidak akan menyerah. Ia mengambil langkah tertentu untuk mengelak keadaan ekonomi terus bertambah buruk. Semua kenaikan gaji dihentikan, pemergian ke luar negara untuk menteri dan kakitangan kerajaan dibataskan dan elaun dikurangkan. Malah, ada cubaan untuk mengurangkan penggunaan gula dan pengimportan makanan dan produk lain. Semua langkah ini tidak berkesan. Ia cuma mengurangkan tahap kepenggunaan dan taraf hidup orang ramai. Pengimport, peniaga dan peruncit, semuanya menderita. Akhirnya, kerajaan sendiri juga merasai keperitan itu menerusi pendapatan yang berkurangan.
Pembinaan, jualan runcit, pembelian hartanah dan kenderaan bermotor menurun dengan teruk. Nasib baik, pekerja Malaysia tidak diberhentikan secara besar-besaran, kerana permintaan untuk barangan perusahaan keluaran Malaysia, kebanyakannya elektronik, kekal tinggi. Untuk beberapa tahun, Malaysia mengalami masalah kekurangan pekerja dan terpaksa membenarkan kira-kira dua juta pekerja asing ke negara ini. Walaupun sejumlah rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan, beban ekonomi yang perlahan itu dirasai oleh pekerja asing apabila kebanyakan mereka yang tidak mendapat pekerjaan terpaksa pulang ke negara asal mereka.
Hakikat bahawa ekonomi negara maju tidak terjejas dan sebenarnya berjalan dengan baik ketika ini, membantu ekonomi Malaysia dengan membolehkan Malaysia meningkatkan eksportnya. Eksport minyak sawit (dijual dalam dolar Amerika) memperolehi lebih ringgit kerana kelemahan tukaran asing serta permintaan yang tinggi. Malaysia dengan cepat mencapai lebihan akaun semasa, baik dalam mata wang ringgit mahupun mata wang asing, sesuatu yang tidak dapat dicapai sebelum ini disebabkan defisit besar dalam akaun perkhidmatan.
Perdana Menteri muncul dengan idea luar biasa bagi menangani krisis. Bagi melawan penurunan nilai ringgit, beliau berfikir dengan idea menaikkan pendapatan dengan menaikkan gaji dan upah dan membiarkan harga barangan dan perkhidmatan juga naik secara berkadar. Beliau sedar ini akan menyebabkan inflasi tetapi beliau merasakan bahawa kerajaan akan berupaya untuk menguruskan inflasi supaya ia kurang daripada kadar penurunan nilai ringgit. Kesan negatif berikutan langkah itu ialah kos pengeluaran di Malaysia akan meningkat dan eksport akan terjejas serta keuntungan daripada eksport juga berkurangan. Konsep itu tidak diterima oleh anggota lain dalam kerajaan dengan alasan bahawa ia tidak praktikal dan boleh mencetus inflasi dengan pantas.
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menubuhkan jawatankuasa eksekutif terdiri daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Menteri dengan Tugas-Tugas Khas, Timbalan Gabenor Bank Pusat (atas beberapa sebab Gabenor tidak pernah menghadirinya), Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi, ketua sebuah badan pemikir (think tank) Malaysia dan seorang daripada sektor perniagaan. Kemudian, penasihat Bank Pusat dan Menteri Kewangan Kedua juga dilantik ke dalam jawatankuasa. Jawatankuasa ditugaskan untuk mengawasi prestasi ekonomi dan kewangan negara dan untuk membuat keputusan serta bertindak, jika perlu. Jawatankuasa mengadakan pertemuan setiap pagi semasa krisis bagi menilai angka perdagangan dan semua yang berkaitan dengan kewangan dan ekonomi. Taklimat diberi oleh agensi kerajaan. Jawatankuasa diberi kuasa untuk bertindak cepat, apabila perlu, tanpa perlu menunggu kelulusan Kabinet.
Salah satu langkah diputuskan oleh jawatankuasa adalah untuk menghidupkan semula dagangan dengan jiran Asean. Semua negara Asean menghadapi masalah kewangan dan tidak mempunyai tukaran asing yang mencukupi untuk membiayai import. Mekanisme aturan bayaran dua hala boleh digunakan, yang mana aliran dagangan dua hala dibayar setiap tiga bulan dan baki bersih diselesaikan dalam mata wang negara pengeksport. Bayaran akan dibuat di antara dua Bank Pusat masing-masing. Pengeksport akan dibayar dalam mata wang tempatan oleh Bank Pusat dengan segera ke atas eksport dan pengimport akan membayar kepada Bank Pusatnya, juga dalam mata wang tempatan. Mekanisme aturan pembayaran dua hala begini sudah diguna pakai untuk beberapa tahun di antara Malaysia dan banyak negara membangun. Aturan itu dipelopori Malaysia dan telah membantu untuk meningkatkan dagangan Malaysia dengan rakan dagang bukan tradisional sehingga 400 peratus. Cuma perbezaan di antara amalan sedia ada dan aturan yang dicadangkan untuk negara Asean ialah, sementara penyelesaian baki bersih sebelum ini dibuat dalam dolar Amerika, kini negara-negara Asean yang berada dalam kegawatan dan kekurangan tukaran asing, akan menyelesaikan bayaran mereka dalam mata wang tempatan.
Perdana Menteri pergi ke Bangkok, Manila dan Jakarta untuk mengemukakan cadangan ini kepada Perdana Menteri dan Presiden negara terbabit. Cadangan itu diterima, tertakluk kepada undang-undang dan amalan negara-negara berkenaan. Malangnya, proses birokrasi mengambil masa terlalu lama dan cadangan aturan bayaran dua hala tidak dapat dilaksanakan.
Dalam pada itu, keadaan ekonomi terus memburuk dan nilai ringgit tetap menurun bersama dengan mata wang Indonesia, Thailand, Filipina dan Korea Selatan. Keadaan ini seolah-olah tidak berkesudahan dan Malaysia akan terus terjerumus ke dalam kemelesetan yang semakin teruk. Gambarannya ialah seperti tidak ada had bagi kuasa dana lindung nilai untuk merosakkan ekonomi mana-mana negara hanya bagi membolehkan mereka meraut perolehan pulangan 30 peratus daripada pelaburan mereka.
Malaysia terus percaya bahawa punca sebenar kegawatan ekonomi dan kewangan adalah perdagangan mata wang oleh dana lindung nilai dan bank. Jika ada sesuatu untuk dilakukan oleh sesebuah negara dengan caranya sendiri bagi menangani dana lindung nilai, mekanisme perdagangan mata wang perlu difahami sepenuhnya bagi membolehkan sesuatu dirancang untuk mengalahkan spekulator mata wang dalam arena permainan mereka. Malangnya, seorang pegawai di Bank Pusat (yang menyandang jawatan penasihat) yang mempunyai pengalaman antarabangsa dalam urus niaga tukaran asing, telah meninggalkan Bank Pusat pada 1994.
Mungkin pada peringkat ini, cerita penggeledahan Bank Negara ke dalam pasaran tukaran asing di antara 1985 dan 1993 perlu diberitahu. Sehingga 1985, Bank Negara tidak menguruskan rizab luarnya secara cergas. Bagaimanapun, keadaan ini berubah selepas Perjanjian Plaza 1985 apabila negara G7 memutuskan untuk memperkukuh yen supaya Jepun menjadi kurang bersaing. Malaysia yang mempunyai pinjaman besar dalam dominasi yen, mengalami kerugian besar. Bagi mengimbangkan kerugian disebabkan keputusan negara G7, Bank Negara mula menguruskan rizab luarnya dengan cergas, termasuk memantapkan tukaran asing. Penasihat kanan Bank Negara ditugaskan untuk tujuan itu. Kegiatan tukaran asing dihadkan kepada mata wang negara G7. Ia tidak menguruskannya dalam mata wang negara membangun. Memandangkan kecairan banyak dalam mata wang negara G7, urus niaga Bank Negara tidak mempunyai sebarang kesan sebenar ke atas kadar tukaran asing negara G7. Bank Negara mencapai kejayaan dalam kegiatan perdagangan tukaran asing dan memperolehi keuntungan besar. Ia menjadi terkenal di pasaran tukaran asing antarabangsa sebagai pedagang tukaran asing yang pintar. Kegiatan perdagangannya, bagaimanapun dikutuk oleh beberapa pakar kewangan. Tetapi mereka ini jugalah yang kemudiannya menyokong kegiatan perdagangan mata wang yang merosakkan ekonomi “harimau Asia”. Jelas, yang salah bukanlah apa yang dilakukan tetapi siapa yang melakukannya.
Ketika kegawatan mata wang antarabangsa berikutan dengan Perjanjian Maastricht tidak disahkan oleh Denmark pada 1992, Bank Negara telah mengalami kerugian. Penasihat itu meletakkan jawatannya di Bank Negara. Kerajaan mengarahkan Bank Negara supaya tidak meneruskan perdagangan tukaran asing. Ia sebenarnya satu putar balik sejarah yang aneh bahawa pengalaman pahit dalam dagangan mata wang asing telah menyediakan Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan rejim kawalan tukaran asing berpilih bagi mengecewakan pedagang mata wang dan membantu memulikan ekonomi negara.
Bekas penasihat Bank Negara itu dipanggil oleh Perdana Menteri untuk taklimat. Berikutan beberapa perjumpaan di antara kedua-duanya, Perdana Menteri buat pertama kalinya faham mengenai selok-belok pasaran tukaran asing yang sememangnya kompleks dan rumit, termasuk cara harga ditentukan serta faktor psikologi yang mendorong peniaga mata wang (ketamakan dan ketakutan) dan konsep wang luar pesisir. Kefahaman Perdana Menteri berhubung pasaran tukaran wang asing itu amat penting dalam usaha merumuskan satu pelan menyelamatkan Malaysia daripada IMF dan spekulator mata wang.
Kini jelas bahawa sebelum ini, sesetengah maklumat yang disampaikan oleh Menteri Kewangan kepada kerajaan, termasuk perangkaan mengenai aliran keluar ringgit, dalam bentuk tunai secara besar-besaran ke Singapura adalah tidak tepat. Menteri Kewangan tidak faham sepenuhnya konsep ringgit luar pesisir. Dia berpendapat istilah “ringgit luar pesisir” merujuk kepada kewujudan fizikal wang itu di luar negara, terutama di Singapura. Bank Negara pula, sama ada tidak menjelaskan mengenai perkara itu kepadanya atau memang turut tidak faham. Apapun, sesuatu yang pasti ialah Bank Pusat tidak menghalang menteri dan kerajaan daripada mengarahkan supaya pegawai kastam memeriksa semua individu yang menyeberangi sempadan ke Singapura, sama ada mereka membawa ringgit dalam bentuk tunai atau tidak. Tindakan bodoh ini sebenarnya tidak dapat menghalang ringgit daripada keluar atau diniagakan.
Perbezaan di antara ringgit luar pesisir dengan ringgit domestik sebenarnya bukanlah bergantung kepada keadaan, sama ada ringgit itu memang wujud dan berada di Malaysia atau pun tidak. Selain daripada sejumlah kecil ringgit yang dimiliki pengurup wang atau bank di luar negara, wang itu sebenarnya memang sentiasa berada di dalam negara. Apabila ringgit dijual oleh seorang bukan pemastautin kepada seorang bukan pemastautin yang lain, apa yang berlaku ialah pemilikan ringgit itu berpindah daripada akaun penjual kepada akaun pembeli berkenaan di dalam bank tempatan dan bank asing. Tiada tunai yang bertukar tangan secara fizikal, hanya nilainya yang berubah di dalam buku bank di antara keduanya.
Apabila seorang peniaga mata wang meminjam ringgit, perkara yang sama berlaku. Pihak yang memberi pinjam, biasanya bank antarabangsa asing, hanya memindahkan pemilikan ringgit itu kepada peminjam dalam buku akaunnya dan buku akaun bank Malaysia yang memegang ringgit itu. Selepas itu, peniaga berkenaan boleh membuat jualan singkat terhadap ringgit itu, iaitu menyerahkannya hanya selepas nilainya diturunkan dan ini sekali lagi boleh dibuat dengan memindahkannya ke dalam buku pembeli seterusnya.
Dengan keupayaan membuat leveraj sehingga 20 kali ganda daripada modal mereka, dana lindung nilai mempunyai kekuatan luar biasa. Ini bermakna, mereka boleh menggunakan kedudukan gearan itu untuk menentang Bank Pusat yang hanya boleh menggunakan posisi tunai mereka saja. Selain itu, dana lindung nilai juga mempunyai kencenderungan untuk bertindak secara berkelompok, menjual dan membeli sesama sendiri dan seterusnya menaik atau menurunkan nilai ringgit sesuka hati mereka bagi memaksimumkan keuntungan. Mereka tidak membeli ringgit atau mana-mana mata wang untuk membayar perkhidmatan atau barangan. Mereka sebenarnya tidak memerlukan pun wang itu selain untuk memanipulasi dan membuat spekulasi terhadapnya. Bagi mereka, wang ialah satu komoditi - sama saja dengan komoditi lain yang diniagakan di bursa komoditi. Seperti juga dalam pasaran hadapan komoditi, kewujudan fizikal wang itu tidak mustahak.
Adalah menjadi keutamaan Malaysia untuk berbuat sesuatu secara drastik bagi melindungi dirinya daripada tindakan spekulator mata wang. Meminjam daripada IMF bukanlah jalan penyelesaiannya. Ini adalah kerana sebahagian besar wang itu pasti dikehendaki digunakan untuk membayar hutang kepada bank asing. Ia hanya akan memindahkan hutang kita kepada IMF dan Malaysia pasti terpaksa mencari wang untuk membayar semula kepada IMF nanti. Usaha untuk keluar daripada belenggu ini akan mengambil masa berdekad dan dalam tempoh itu, negara terpaksa akur kepada arahan IMF, sekali gus menggadaikan kebebasan kewangannya.
Langkah serius pertama Malaysia dalam cubaannya untuk menentang spekulator tamak, yang membuat perjudian sehala ini ialah dengan membuat mereka sedar bahawa menjual ringgit tidak sepatutnya menjadi pertaruhan sehala selama-lamanya. Wujud satu keperluan untuk mengenal pasti beberapa sumber bekalan dolar Amerika yang boleh dijual bagi mendapat ringgit untuk tujuan mengimbangi pembelian mata wang itu berbanding ringgit oleh spekulator mata wang. Ketika itu, Bank Pusat sudah diarahkan supaya tidak menggunakan rizab luarannya untuk campur tangan. Kita bernasib baik kerana Malaysia mempunyai beberapa syarikat yang mempunyai pendapatan eksport besar dan mereka ini memang selalu menjual dolar Amerika. Apa yang diperlukan ialah untuk menyelaraskan penjualan dolar Amerika dalam satu cara yang akan menyebabkan pihak yang membuat jualan singkat ringgit tadi terperangkap, seterusnya mencetuskan perasaan takut dikalangan mereka sehingga mendorong mereka membeli semula ringgit tadi kerana bimbang nilainya akan naik semula dan mengakibatkan mereka kerugian. Sudah tentu, apabila mereka membeli semula ringgit itu, harganya akan naik lagi.
Ketika strategi ini dilaksanakan, ia pada mulanya berhasil. Kejatuhan nilai ringgit terhenti dan selepas itu, ia mula naik ke tahap 3.00 berbanding dolar Amerika. Wujud tanda-tanda seolah-olah ringgit akan kembali ke tahap asalnya iaitu 2.50 berbanding dolar Amerika. Ketika itu, dana lindung nilai yang mula sedar apa yang berlaku sebenarnya bertindak membalas dendam. Mereka menjual lebih banyak ringgit dan dalam jumlah yang lebih besar. Syarikat Malaysia tadi tidak dapat terus bertahan daripada serangan hebat dana lindung nilai dan bank asing yang membabitkan berbilion-bilion dolar Amerika serta leveraj mereka sekali. Dengan mengambil kira Quantum Fund (Quantum) dan Long Tem Credit Managemet Fund (LTCM) yang dipermodalkan pada kira-kira AS$10 bilion, leveraj 20 kali bermakna mereka mempunyai keupayaan berurus niaga yang tidak terhad untuk bertahan daripada sebarang cubaan pihak tempatan untuk mengehadkan kejatuhan nilai ringgit. Tidak lama kemudian, syarikat yang cuba mempertahankan nilai ringgit juga berputus asa.
Oleh kerana strategi pertama tidak berhasil, sesuatu yang lain harus dicuba. Kerajaan kemudiannya mempertimbangan cadangan untuk mengikat nilai ringgit kepada yen tetapi tindakan itu pasti tidak akan bermakna selagi ringgit masih mampu diperolehi spekulator untuk dimanipulasikan.
Akhirnya, keputusan dibuat bahawa satu-satunya pilihan yang ada ialah untuk mengenakan kawalan tukaran asing berpilih. Pada awal 1998, satu cadangan yang meluas berhubung langkah kawalan dirumuskan.
Unsur paling penting dalam memastikan langkah kawalan kewangan yang dilaksanakan berhasil ialah untuk menghalang ringgit sampai ke tangan peniaga mata wang.
Ringgit memang sebenarnya tidak ada diluar negeri. Ini ialah kerana ringgit tidak sah diperlakukan di negara lain. Ringgit yang ada di luar negara hanya berguna jika mahu ditukarkan oleh mereka yang ingin membawanya masuk semula ke Malaysia yang mana ia boleh digunakan untuk pembelian atau pembayaran. Pengurup wang dan bank ada menyimpan sejumlah kecil tunai ringgit untuk ditukarkan kepada individu yang hendak datang ke Malaysia.
Jumlah ringgit yang besar hanya dibenarkan masuk ke Malaysia menerusi arahan bank yang boleh dituntut daripada bank Malaysia. Bagi mereka yang hendak membeli ringgit, bank asing itu akan menerima sejumlah wang asing dan kemudian mengeluarkan arahan bank untuk memindahkan ringgit bernilai sama dengan nilai wang asing itu kepada akaun pembeli terbabit disebuah bank di Malaysia.
Cara bagaimana peniaga mata wang membeli dan menjual ringgit sudah dijelaskan. Semua urus niaga itu tidak telus. Urusan itu juga boleh dibuat dengan pantas kerana menggunakan komputer di bank. Dengan cara ini berratus juta dolar boleh bertukar tangan dan merentasi sempadan dalam masa beberapa saat saja.
Untuk menghalang peniaga mata wang daripada memperolehi ringgit, kita hanya boleh melakukannya menerusi bank Malaysia yang tertakluk kepada arahan bank pusat. Selepas mengamati modus operandi peniaga mata wang, ditetapkan bahawa oleh kerana urus niaga ringgit di luar negara mesti dimasukkan ke dalam buku akaun bank Malaysia yang memang mempunyai wang itu, semua bank tempatan dan asing di negara ini dihalang untuk memindahkan ringgit dari satu akaun ke satu akaun yang lain. Hak pemilikan sah bagi ringgit akan kekal pada pemiliknya pada ketika langkah kawalan dilaksanakan, tidak kira sama ada penjualan sudah dibuat. Pembelinya pula tidak berhak terhadap ringgit yang sudah dibelinya itu. Secara langsung, ia bermakna tiada urus niaga ringgit luar pesisir boleh dilakukan.
Jualan ringgit di luar Malaysia terhenti tiba-tiba. Memang wujud beberapa pembelian saat akhir ringgit oleh peniaga mata wang berikutan jangkaan bahawa kerajaan akan menilai semula mata wang itu. Akibatnya, nilai ringgit naik sedikit. Mata wang negara Asia yang lain turut meningkat kerana wujud kebimbangan menyeluruh terhadap kemungkinan negara lain mengikuti jejak langkah Malaysia. Bagaimanapun, sudah tentu negara berkenaan tertakluk kepada kawalan IMF dan tidak dapat bertindak secara bebas.
Apabila ringgit diniagakan pada 3.80 berbanding dolar Amerika, kerajaan mengumumkan bahawa harga itu ialah paras tukaran di antara ringgit dengan dolar Amerika.
Begitupun, strategi menetapkan nilai kadar tukaran ringgit dengan cara tidak membolehkan peniaga mata wang memperolehinya tidaklah semudah yang dirancangkan. Cadangan itu didebatkan dengan hangat pada peringkat Jawatankuasa MTEN. Pada mulanya, kebanyakan anggota tidak mempersetujuinya. Timbalan Gabenor Bank Pusat menjelaskan bahawa insutitusi kewangan antarabangsa, malah negara kaya juga mungkin bertindak membantahnya.
Malaysia akan menjadi negara pariah dan dipencilkan oleh sistem perbankan dunia. Ia sudah tentu tidak dapat meminjam jika ia memerlukan wang untuk tujuan apa sekali pun. Kadar faedah bagi pinjaman seumpama itu pasti dikenakan sehingga ke tahap yang tidak munasabah. Ancaman sekatan ekonomi terhadap negara juga dibayangkan.
Tambahan pula, Malaysia terpaksa membayar bagi importnya. Persoalannya, adakah kita mempunyai tukaran asing yang cukup untuk membiayai import ini. Dalam pada Malaysia terus bergantung kepada modal dan barangan perantaraan untuk dikilang menjadi eksport, ketidakupayaan membayar import akan mengurangkan ekpsortnya sekali gus kemasukan tukaran asing.
Bagaimana jika semua pelabur, jangka panjang dan pendek, menarik diri. Ekonomi Malaysia sudah pasti musnah. Wujud juga kemungkinan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap Malaysia oleh beberapa kumpulan yang teruk terjejas oleh langkah kawalan itu. Malaysia tidak akan mampu mempertahankan dirinya.
Salah seorang daripada anggota Jawatankuasa MTEN itu memberikan 32 alasan mengapa Malaysia tidak harus mengguna pakai langkah kawalan tukaran asing itu seperti yang dicadangkan. Walaupun semua hujah itu boleh dipatahkan, ketakutan terhadap kemungkinan itu adalah nyata dan risiko yang dihadapi cukup menakutkan.
Ketika itu, kedudukan politik di Malaysia masih stabil. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan masih di dalam kerajaan. Bagaimanapun, jika cadangan langkah kawalan itu gagal, kredibiliti kerajaan akan tergugat dan parti kerajaan mungkin tewas dalam pilihanraya yang akan datang.
Sepanjang perbincangan, Timbalan Gabenor Bank Pusat masih tidak yakin dan membatah langkah kawalan itu. Apabila dijelaskan bahawa China mempunyai sekatan yang sama terhadap dagangan mata wangnya, dia berhujah bahawa negara itu memang tidak pernah membebaskan mata wangnya berbanding ringgit yang ketika itu bebas diapungkan dan tindakan mengawalnya hanya akan menyebabkan kita melangkah ke belakang.
Akhirnya, walaupun maseh terdapat perasaan berat hati dikalangan sesetengah ahli keputusan dibuat juga bahawa kawalan itu perlu dilaksanakan. Sesuai dengan tugasnya, Bank Negara diberi tanggung jawab melaksanakan pelbagai langkah utamanya mengarahkan bank di Malaysia tidak memindahkan ringgit kepada mana-mana akaun apabila diarahkan berbuat demikian oleh bank pelanggan mereka di luar negara. Bank Negara juga perlu mengawal selia pengurusan ringgit yang dimiliki warga asing dengan ketat bagi meamstikan tidak berlaku kebocoran. Bagaimanapun, ringgit yang dimiliki warga asing boleh digunakan untuk membeli apa sahaja di negara ini dan dieksport kemudiannya. Ini bermakna, ringgit akan disalurkan ke pasaran dan meningkatkan kecairan. Dengan cara ini, sebahagian besar daripada wang yang dulunya digunakan untuk spekulasi kembali semula ke Malaysia, membolehkan bank Malaysia meminjamkannya kepada warga tempatan.
Ringgit tidak lagi boleh dibawa keluar daripada negara ini dalam apa bentuk sekali pun. Bagaimanapun, dividen atau unjuran daripada pelupusan aset dalam negara dibolehkan dibawa keluar dalam mata wang asing pada kadar 3.80 setiap dolar Amerika, yang diperolehi daripada bank tempatan atau Bank Pusat. Penjualan aset pada ketika itu bagaimanapun tidaklah semudah sebelumnya kerana jumlah pembeli tempatan amat terhad dan harga yang tidak menggalakkan. Penjualan kepada warga asing akan membabitkan aliran masuk dana dan tidak akan menjejaskan rizab apabila tukaran asing dibawa keluar.
Sudah juga dijelaskan bahawa kegawatan ekonomi yang berlaku juga disebabkan pelabur jangka pendek menarik keluar modal mereka dari Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Harga saham menjunam, menyebabkan pengurangan permodalan pasaran yang ketara. Ketika kegawatan kewangan mula berlaku, bursa Kuala Lumpur dianggar bernilai lebih RM800 bilion atau kira-kira AS$320 bilion, pada kadar RM2.50 setiap dolar Amerika. Sebaik ringgit diserang dan nilainya jatuh, harga saham di BSKL turut jatuh. Indeks Komposit berada pada paras 1,000 mata pada awal 1997. Pada akhir 1997, ia menjunam ke paras 600 mata saja.
Kerajaan cuba mengurangkan kejatuhan itu dengan mengharamkan jualan singkat. Bagaimanapun, harga saham terus jatuh. Sesuatu yang jelas ialah berlaku kebocoran dan ia wujud dalam bentuk jualan di pasaran atas kaunter di Singapura yang dikenali sebagai Central Limit Order Book (Clob) yang diwujudkan oleh pihak berkuasa Singapura ketika bursa saham negara itu dan BSKL dipisahkan pada 1989.
Jualan saham di BSKL mesti didaftarkan kepada akaun CDS di Malaysia. Penjualan itu pula tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa di Malaysia. Broker Malaysia dan BSKL mendapat manfaat daripada komisen yang dikenakan. Jualan di Singapura sudah tentu tidak memberi apa-apa manfaat kepada warga tempatan atau kerajaan.
Walaupun kerajaan Malaysia membantah penubuhan dan operasi Clob, tiada usaha serius dilakukan untuk menghentikan kegiatan menjual saham syarikat Malaysia di Singapura ini. Malah, walaupun banyak khabar angin yang menyebabkan pasaran saham di sini jatuh dan kemudiannya naik semula apabila khabar angin itu didapati tidak benar, pihak yang bertanggung jawab di Malaysia tidak berbuat apa-apa. Sudah tentu spekulator di Singapura mengaut banyak keuntungan daripada khabar-khabar angin dan turun-naik harga saham itu.
Bagaimanapun, sebaik saja krisis mata wang berlaku, kejatuhan harga saham semakn menjadi walaupun penjualan singkat diharamkan. Mengesyaki Clob sebagai punca kegagalan sekatan itu, bekas Pensihat Bank Negara itu diminta membuat kajian terperinci terhadap mekanisme bagaimana dagangan saham Malaysia dikendalikan di Clob. Didapati bahawa Clob dimiliki Central Depository (Pte) Limited Singapore (CDPL). Semua saham yang dibeli menerusi Clob disalurkan ke CDPL, yang mempunyai akaun CDS dengan broker Malaysia dengan sebahagian besar hak penjagaannya berada dengan Hwang-DBS Bhd di Pulau Pinang. Ini bermakna bagi CDS Malaysia, pemilik bermanfaat saham Clob di Singapura sebenarnya tidak mempunyai hak perundangan yang sah bagi saham terbabit. Apa yang mereka ada hanyalah satu penyata bulanan daripada CDPL, yang mengesahkan jumlah berbagai saham yang mereka pegang termasuk yang dibeli menerusi Clob.
Oleh kerana pemegang amanah bagi saham berkenaan kekal sama, urus niaga di Clob tidak dinyatakan dalam CDS. CDPL di Singapura juga boleh meminjamkan saham itu untuk penjualan singkat di Clob dan CDS Malaysia tidak akan mengetahui urusan jual beli itu. Walaupun demikian segala urusan di Clob akan menjejas prestasi harga di BSKL.
Bagi menghentikan Clob, pendaftaran pemilikan menerusi pemegang amanah tidak lagi dibenarkan. Semua pemilik saham perlu mendaftarkan semua saham di atas nama mereka sendiri. Saham yang dimiliki menerusi Clob tidak boleh diniagakan sehingga pemiliknya mendaftar dengan CDS. Ini bermakna pendaftaran atas nama pemegang amanah tidak boleh dibuat dan pembeli saham itu tidak mempunyai hak terhadap saham yang dibelinya sehingga ia didaftarkan dengan namanya sendiri kepada CDS. Secara langsung, ini menamatkan operasi Clob.
Selepas memutuskan cara menghentikan dagangan dalam mata wang Malaysia dan aktiviti Clob, proses melaksanakannya pula perlu dilakukan. Seperti biasa, bank pusat perlu menjadi agensi pelaksana utamanya. Satu usaha di saat-saat akhir dilakukan oleh Gabenor Bank Negara dan timbalannya ujntuk menggagalkan langkah kawalan itu. Kedua-dua mereka meletakkan jawatan. Kerajaan dengan serta-merta terpaksa memberi kuasa kepada Penolong Gabenor untuk bertindak selaku ketua Bank Pusat dan melaksanakan langkah berkenaan.
Pada 2 September, langkah kawalan itu mula berkuat kuasa. Dunia terkejut dan hampir setiap orang dan sudah tentunya jaguh ekonomi dan kewangan terkemuka dunia menjangka ekonomi Malaysia akan musnah sama-sekali. Tidak masuk akal sebuah negara kecil seperti Malaysia mahu menentang hampir seluruh dunia.
Apakah sebenarnya langkah kawalan tukaran asing berpilih-pilih? Sebenarnya, langkah kawalan itu adalah dibuat secara yang amat minimum. Ia hanya mengandungi tiga langkah iaitu:-
i) Pasaran ringgit luar pesisir dihapuskan sama-sekali dan spekulator tidak lagi mempunyai peluang mendapatkan modal dalam mata wang itu. Ia dibuat dengan membekukan semua akaun ringgit luaran bagi bukan pemastautin di Malaysia. Mereka tidak dibenarkan meminjam atau menjual ringgit kepada bukan pemastautin yang lain tetapi boleh melaburkan dana mereka secara bebas di Malaysia. Dengan yang demikian, peniaga mata wang tidak lagi boleh membuat jualan singkat ringgit atau menukar nilai tukarannya.
ii) Kerajaan menetapkan kadar tukaran bagi ringgit ialah pada RM3.80 bagi setiap dolar Amerika.
ii) Satu “peraturan 12 bulan” dikenakan bagi menyekat penyaluran keluar dana portfolio bagi tempoh setahun. Peraturan 12 bulan itu perlu kerana keadaan pasaran kewangan yang amat tidak stabil ketika itu. Kemungkinan berlakunya kempen publisiti buruk terhadap langkah “unorthodox” Malaysia itu akan mencetuskan pengaliran keluar modal jangka pendek secara besar-besaran. Oleh itu, sekatan 12 bulan dirasakan perlu. Bagaimanapun, apabila keadaan mula reda enam bulan kemudian, peraturan 12 bulan ini digantikan (bagi modal baru) dengan levi dan kemudiannya levi itu pun dilonggarkan dan dikenakan hanya kepada hasil dividen yang dibawa keluar. Menariknya, apabila tempoh 12 bulan itu berakhir pada September 1999, tidak berlaku pengaliran keluar modal secara besar-besaran. Ini bermakna persepsi pasaran sudah jauh berbeza sepanjang tempoh September 1998 hingga September 1999. Pelabur asing semakin gembira dengan kenaikan harga saham mereka di BSKL dan prestasi keseluruhan ekonomi Malaysia.
Matlamat utama langkah kawalan tukaran asing berpilih yang dilaksanakan pada September 1998 ialah untuk membolehkan Malaysia kembali menguasai ekonominya, yang sebelum ini ditentukan oleh spekulator dan pemanipulasi, bagi menjamin rakyat Malaysia sendiri yang menentukan masa depan mereka. Langkah yang diambil dirumus dengan cukup teliti bagi mengoptimumkan kesan positif daripada globalisasi dan mengetepikan akibat buruk daripadanya. Aspek positif globalisasi yang dikekalkan itu ialah dari segi kebebasan sebenar dalam hal-hal dagangan antarabangsa dan pelaburan langsung asing. Regim liberal yang mengawal selia urus niaga dagangan dan pelaburan langsung asing tidak diubah sedikit pun. Aspek negatif dalam globalisasi yang diketepikan dalam langkah itu ialah pasaran luar pesisir bagi dagangan ringgit dan aliran bebas dana jangka pendek yang menggugat kestabilan ekonomi.
Kerajaan menetapkan tukaran ringgit pada RM3.80 berbanding dolar AS, berdasarkan kadar yang wujud ketika langkah kawalan itu dilaksanakan.
Sebenarnya, kerajaan boleh menetapkan nilai ringgit pada tahap RM2.50 berbanding dolar AS, seperti yang biasa satu ketika dulu. Bagaimanapun, kadar yang tinggi bagi ringgit seperti itu akan menjadikan Malaysia kurang berdaya saing berbanding negara jirannya. Kadar tukaran RM3.80 bagi setiap dolar AS itu mengembalikan tahap 1:10 bagi baht dan peso berbanding ringgit. Memang barangan import yang mempunyai harga bersandarkan dolar AS akan menjadi lebih mahal pada RM 3.80 berbanding AS$2.50 tetapi ini sebenarnya baik untuk ekonomi Malaysia. Import akan berkurangan, manakala eksport pula meningkat dan dengan itu lebihan dagangan akan lebih mudah dicapai. Tidak hairanlah jika lebihan dagangan Malaysia kini telah mencapai tahap setinggi yang belum pernah dinikmati.
Sebaik saja operasi Clob disekat dengan pelaksanaan peraturan baru pada September 1998, harga saham di BSKL telah melonjak dengan kukuh. Indeks Komposit BSKL melambung mendadak daripada 262 mata kepada lebih 800 mata dan permodalan pasaran juga meningkat tinggi. Pelabur tempatan menyaksikan nilai saham mereka naik dengan banyaknya dan dengan itu panggilan margin yang dulunya sering menghantui mereka mula menjadi sejarah silam. Mereka yang mahu mendapatkan tunai juga tidak menghadapi masalah menjual saham mereka pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Pemegang saham yang membeli melalui Clob tidak dapat menjual pegangan mereka selepas penutupan pasaran itu pada September 1998 kerana urusan lojistiknya perlu dibuat bagi membolehkan pemegangnya memindahkan saham mereka itu kepada CDS di Kuala Lumpur secara individu. Pemindahan itu bagaimanapun selesai sepenuhnya pada pertengahan tahun ini. Sepanjang tempoh itu, nilai saham berkenaan meningkat tiga kali ganda. Pemegang saham yang dibeli melalui Clob sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menangguhkan penjualan saham mereka yang juga menikmati kenaikan nilai.
Peraturan “12 bulan” yang dikenakan kepada pelabur bukan pemastautin sekali gus menghalang mereka daripada membawa keluar modal dalam tempoh setahun. Mereka juga telah menikmati manfaat serupa. Jika peraturan sedemikian tidak dilaksanakan, pelabur bukan pemastautin ini pasti akan menjual pegangan mereka pada harga pasaran (ketika itu). Kesan daripada peraturan 12 bulan itu, kebanyakan pelabur asing tidak dapat menjual saham mereka dan hari ini berpeluang menikmati harga yang jauh lebih tinggi bagi pelaburan mereka itu. Dengan mengambil kira pegangan mereka mewakili kira-kira 30 peratus permodalan di BSKL, jika mereka menjualnya pada 1998, ia pasti menyebabkan kejatuhan menjunam bursa itu serta pengurangan rizab luaran Malaysia. Ini sudah tentunya membawa kepada ketidakstabilan ekonomi Malaysia yang akan menyukarkan lagi proses pemulihannya. Peraturan 12 bulan itu sebenarnya, secara tidak langsung mewujudkan manfaat kepada kedua-dua pihak, iaitu pelabur bukan pemastautin dan kerajaan Malaysia sendiri.
Seperkara penting yang perlu ditekankan ialah FDI langsung tidak tertakluk kepada syarat kawalan tukaran asing berpilih berkenaan. Ini kerana pelabur FDI bukan saja dibenarkan membawa keluar keuntungan mereka, malah juga boleh membawa pulang perolehan daripada penjualan aset mereka, jika memilih demikian. Perlu diingatkan bahawa peraturan FDI di Malaysia tidak mensyaratkan pelaburnya membawa masuk 100 peratus modal bagi memenuhi semua keperluan pembiayaan mereka. Bagi setiap ringgit yang dilaburkan, mereka dibenar meminjam tiga ringgit daripada bank di Malaysia. Kawalan tukaran asing berpilih yang dilaksanakan tidak menjejaskan dasar itu. Malaysia mampu berpendirian liberal dalam soal ini kerana mempunyai rizab asing yang besar dan mudah tunai yang banyak dalam sistem kewangan domestiknya. Pertimbangan utama bagi dasar FDI Malaysia ialah dari segi penyediaan peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi. Aspek aliran masuk (modal) FDI tidak pernah diberi keutamaan dalam penggubalan dasar FDI negara. Bagi memastikan pinjaman dalam negara yang dibuat oleh pelabur FDI tidak hanya terhad kepada anak syarikat bank asing yang beroperasi di Malaysia, kerajaan mengenakan syarat 60:40 iaitu 60 peratus daripadanya mestilah diperolehi daripada bank tempatan milik Malaysia.
Dasar liberal yang membenarkan FDI meminjam daripada bank di Malaysia ini berfaedah kepada kedua-dua pihak. FDI mempunyai rekod pembayaran balik pinjaman yang amat baik, manakala bank di Malaysia, termasuk yang dimiliki warganegara Malaysia yang memberi pinjaman kepada mereka dapat meraih keuntungan. Oleh sebab Malaysia mempunyai kadar tabungan yang tinggi, iaitu kira-kira 38 peratus daripada KDNK, bank harus boleh memberi pinjaman sejumlah besar daripada tabungan itu.
Bagaimanapun, satu fenomena menarik mengenai FDI di Malaysia ialah ia biasanya menokok pelaburannya di Malaysia sama ada dengan pengaliran modal baru, pengekalan atau pun pelaburan semula keuntungan mereka. Walaupun dalam tempoh kegawatan yang sukar pada 1997-1998, FDI di Malaysia terus meningkatkan jumlah pelaburan mereka.
Dasar Malaysia berhubung hal memindah keluar keuntungan perlu dijelaskan kerana ia berupa suatu faktor penting terhadap keupayaannya melaksanakan peraturan kawalan tukaran asing berpilih pada September 1998. Peraturan kerajaan menetapkan semua pengeksport (termasuk pelabur FDI) membawa balik perolehan eksport mereka ke Malaysia sebaik saja bayaran diterima. Memang ada beberapa pengecualian diberikan kepada ketetapan ini tetapi jumlahnya amat kecil. Pengeksport juga dibenarkan memberi kredit kepada pengimport mereka bagi tempoh maksimum enam bulan. Ini bermakna, dalam tempoh enam bulan selepas tarikh eksport, semua pendapatan eksport itu perlu dibawa balik dan dijual kepada bank di Malaysia. Selepas memenuhi permintaan pengimport, bank berkenaan harus menjual baki bersih urus niaga itu kepada bank pusat setiap hari. Dasar ini berjaya mewujudkan satu timbunan rizab asing yang meyakinkan bagi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan. Ini seterusnya memberi keyakinan kepada Malaysia untuk melaksanakan usaha kawalan tukaran asing berpilih itu pada September 1998 kerana kedudukan rizab luarannya yang mantap. Paduan sikap liberal membenarkan FDI meminjam daripada sistem kewangan domestik dan ketegasan menghalang penempatan pendapatan eksport mereka di luar negara membolehkan bank Malaysia mengitar semula kadar tabungan dalam negara yang tinggi dan pada masa yang sama membolehkan bank pusat meningkatkan rizab luaran.
Selepas berjaya menstabilkan pasaran mata wang menerusi langkah kawalan tukaran asing berpilih dan menstabilkan BSKL menerusi penutupan Clob, kerajaan berpeluang untuk menumpukan usaha secara langsung ke arah memulihkan semula ekonomi negara selepas September 1998.
Ketika itu, kadar hutang tak berbayar (NPL) dalam sistem perbankan sudah meningkat daripada hanya 4.7 peratus pada akhir 1997 kepada 13.2 peratus. Kekuatan modal sistem perbankan sudah teruk teruji dengan 11 daripadanya memerlukan suntikan dana baru. Prestasi sistem perbankan teruk terjejas dengan 46 daripadanya mencatat kerugian. Angka kerugian yang dicatatkan oleh sistem perbankan Malaysia ketika itu berjumlah RM2.3 bilion.
Urutan peristiwa berikut memberi gambaran bagaimana Jawatankuasa Eksekutif MTEN berusaha dengan pantas untuk memulihkan semula ekonomi negara:-
1 September 1998: Keperluan Rizab Berkanun (SRR) dikurangkan daripada lapan peratus kepada enam peratus, membolehkan sejumlah RM8 bilion disuntik ke dalam sistem kewangan. 3 September 1998: Kadar campur tangan Bank Negara dikurangkan daripada 9.5 peratus kepada lapan peratus setahun yang bersamaan dengan penurunan kadar faedah secara menyeluruh dalam sistem kewangan. Keperluan julat aset cair (LARR) turut dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus, sekali gus melepaskan sejumlah RM8 bilion lagi aset cair yang boleh dijual oleh institusi kewangan bagi membiayai operasi mereka.
Syarat supaya bank perdagangan mengekalkan baki vostro mereka dengan bank pusat juga ditarik balik dan ini membolehkan lebih RM1 bilion kecairan dinikmati bank tempatan.
8 September 1998: Pinjaman untuk pembelian dan pembinaan rumah berharga RM250,000 dan ke bawah dikecualikan daripada had pinjaman 20 peratus yang dikenakan secara menyeluruh kepada sektor hartanah, sekali gus menghidupkan semula industri pembinaan. 15 September 1998: Margin maksimum empat mata peratusan terhadap kadar asas pinjaman (BLR) yang disebutharga, dikurangkan kepada 2.5 mata peratusan untuk merendahkan lagi kadar pinjaman kepada syarikat serta individu bagi mempermudahkan pelaksanaan projek berdaya maju, menggalak penggunaan dan meringankan beban membayar pinjaman oleh syarikat. 16 September 1998: SRR diturunkan lagi daripada enam peratus kepada empat peratus, membolehkan ekonomi mendapat suntikan RM8 bilion lagi mudah tunai. 23 September 1998: Had pinjaman yang boleh diberikan oleh institusi kewangan bagi pembelian saham dan unit tabung amanah dinaikkan daripada 15 peratus kepada 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman, bertujuan menggalakkan pelaburan di BSKL. 25 September 1998: Tempoh klasifikasi NPL dipanjangkan daripada tiga bulan kepada enam bulan untuk memberikan peminjam sedikit ruang bagi menguruskan akaun masing-masing. 5 Oktober 1998: Kadar campur tangan Bank Negara diturunkan lagi daripada lapan peratus kepada 7.5 peratus setahun, bertujuan mengurangkan kadar faedah dalam sistem kewangan negara. Margin maksimum pembiayaan sebanyak 60 peratus bagi pinjaman pembelian hartanah kediaman dan tanah dimansuhkan untuk melonjakkan sektor hartanah yang menghadapi masalah lebihan stok yang “tergantung” berikutan krisis yang berlaku.
13 Oktober 1998: Unit Pemantauan dan Aduan Pinjaman (LCMU) ditubuhkan di Bank Negara untuk membantu peminjam yang bermasalah mendapatkan pinjaman. 10 November 1998: Kadar campur tangan Bank Negara diturunkan lagi daripada 7.5 peratus kepada tujuh peratus setahun, bertujuan mengurangkan kadar faedah dalam sistem kewangan negara. 19 November 1998: Kerajaan mewujudkan Tabung Pemulihan Industri Kecil dan Sederhana bernilai RM750 juta untuk memberi bantuan kewangan kepada IKS yang berdaya maju tetapi menghadapi masalah aliran tunai. 20 November 1998: Had pembayaran minimum bulanan bagi kad kredit diturunkan daripada 10 peratus kepada hanya lima peratus untuk menggalak pengguna berbelanja. 21 November 1998: Semua institusi kewangan dikehendaki mewujudkan Unit Khas Pemulihan Pinjaman untuk membantu peminjam yang bermasalah membayar balik pinjaman mereka. Margin pembiayaan maksimum sebanyak 85 peratus bagi kereta penumpang berharga RM40,000 dan ke bawah dimansuhkan.
5 Disember 1998: Bank Negara menurunkan kadar pinjaman maksimum mengikut Tabung Industri Kecil dan Sederhana serta Skim Khas bagi Rumah Kos Rendah dan Sederhana daripada 10 peratus kepada 8.5 peratus. Jawatankuasa Eksekutif MTEN memberikan tumpuan khusus kepada operasi Danaharta, Danamodal dan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat (CDRC) yang ditubuhkan dalam tempoh krisis bagi menangani masalah hutang tidak berbayar dan permodalan semula bank. Fungsi Danaharta ialah untuk mengasingkan NPL daripada sistem perbankan supaya bank boleh menumpukan semula usaha ke arah tugas memulihkan ekonomi. Tugas Danamodal ialah untuk mempermodalkan semula institusi kewangan dan kemudiannya mengembalikan tahap modal sistem perbankan ke paras lebih sihat. Sementara itu, tanggung jawab CDRC pula ialah untuk menjadi landasan bagi syarikat dan bank untuk tampil secara bersama dan merumuskan satu pakej penyusunan semula hutang dalam suasana tidak formal.
Sebaik saja langkah kawalan tukaran asing berpilih dilaksanakan, tiga organisasi itu mula beroperasi secara aktif. Menjelang 31 Mac 1999, Danaharta sudah mengambil alih NPL berjumlah RM16 bilion, Danamodal mempermodal semula 10 bank dan institusi kewangan membabitkan dana berjumlah RM6.2 bilion manakala CDRC bertumpu kepada usaha menyusun semula beberapa syarikat gergasi.
Jawatankuasa MTEN juga meneliti setiap aspek ekonomi setiap hari. Perangkaan prestasi dagangan, rizab luaran, kadar faedah, pinjaman oleh bank, jualan hartanah dan kenderaan bermotor, jualan runcit, jumlah tan kargo dan kontena yang dikendalikan oleh pelabuhan, penumpang dan fret di lapangan terbang, maklumat barangan yang dikilang dan dieksport, keterangan import, pendaftaran syarikat baru dan kebankrapan, pengangguran dan jawatan kosong, kontrak dan projek kerajaan, penggunaan elektrik dan lain-lain data dibentangkan setiap hari untuk dibincangkan. Sering berlaku, beberapa tindakan khusus diambil serta-merta. Apabila kenderaan bermotor tidak terjual jawatankuasa itu memutus untuk memperkenalkan satu syarat perjanjian sewa beli baru dan memastikan harga jualannya berpatutan.
Dua kempen pemilikan hartanah turut diadakan untuk mengurangkan lebihan stok yang “tergantung” dalam sektor itu. Kempen pertama berlangsung pada Disember 1998 manakala yang kedua pada Oktober 1999. Pihak pemaju amat berminat menyertai kempen itu dan sebahagian besar daripadanya membawa sendiri model contoh, risalah dan pegawai pemasaran masing-masing ke ruang pameran yang disediakan. Bank, syarikat insurans, peguam dan pegawai kerajaan yang terbabit dengan urusan pendaftaran jualan hartanah atau prosedur perundangan lain turut dikumpulkan di bawah satu bumbung. Sejumlah RM6.4 bilion hartanah berjaya dijual sepanjang tempoh dua kempen itu. Hasilnya memberangsangkan semua pihak termasuk kerajaan yang sedar akan kesan buruk jika lebihan stok yang tergantung itu tidak dapat diselesaikan.
Pada waktu dagangan runcit mengalami suasana lembap, kerajaan telah memberikan elaun tambahan RM600 untuk semua kakitangannya. Elaun itu dibayar pada kadar RM100 sebulan bagi memastikan ia dibelanjakan di dalam negara dan disalurkan ke arah barangan harian yang perlu. Peruncit tempatan mendapat manfaat daripada lebihan kuasa membeli kakitangan kerajaan itu.
Berbagai aduan dari para peniaga juga diterima Jawatankuasa Eksekutif dan pelbagai taklimat diberikan oleh agensi kerajaan yang berkaitan dan sektor swasta. Di mana perlu, tindakan segera sering diambil dan ia sentiasa dibuat dengan matlamat memastikan tidak berlaku sebarang perkara yang boleh menghalang pemulihan pantas ekonomi negara.
Kini, dua tahun sudah berlalu sejak Malaysia memperkenalkan langkah kawalan tukaran asing berpilih itu dan petunjuk yang ada jelas memperlihatkan ia berkesan menghalang peniaga mata wang dan pelabur jangka pendek memporak-perandakan ekonomi negara. Kadar tukaran asing bagi ringgit kekal pada 3.80 berbanding dolar AS dan Indeks Komposit BSKL sudah meningkat daripada 262 mata pada 1998 kepada kira-kira 800 mata sekarang. Syarikat dan bank pula sudah jelas semakin pulih. Keyakinan sudah kembali dan rakyat sudah mempunyai wang untuk berbelanja semula.
Semua kegiatan ekonomi sudah berjaya dihidupkan semula dan kerja-kerja pembinaan juga sudah kembali beroperasi. Jumlah jualan kenderaan bermotor telah meningkat kembali ke paras sebelum krisis. Sesungguhnya, semua petunjuk menjurus ke arah pemulihan ekonomi yang pesat.
Pada 1997, ketika kemelesetan bermula, pertumbuhan KDNK masih kekal tinggi pada 7.5 peratus kerana masalah yang berlaku hanya terhad kepada separuh kedua tahun berkenaan. 1998 ialah tahun yang paling memeritkan apabila ekonomi menguncup 7.2 peratus. Begitupun, 1999 menunjukkan pemulihan cemerlang dengan perkembangan KDNK kembali mencatat angka 5.6 peratus. Dianggarkan, tahun ini pertumbuhan KDNK mampu merekodkan sekurang-kurangnya 5.8 peratus seperti yang disasarkan oleh kerajaan.
Malaysia sudah berjaya pulih dan lebih memberangsangkan ialah pulih dengan cepat dan kukuh. Pakar-pakar yang dulunya meramalkan kononnya ekonomi negara akan punah-ranah ketika Malaysia mula melaksanakan langkah kawalan tukaran asing berpilih itu kini sama ada senyap atau dengan penuh segan-silu terpaksa mengaku bahawa ia berkesan dan membolehkan Malaysia pulih dengan gagah.
Akhir-akhir ini, IMF juga telah memuji Malaysia kerana dapat menyelesaikan masalah ekonominya dengan langkah kawalan modal berpilih yang dirumuskannya sendiri. George Soros sendiri pun, yang sebelum ini menempelak Malaysia dan kepemimpinannya kerana secara terang-terangan menyebut bahawa peniaga mata wang adalah dalang di sebalik penurunan nilai mata wang dan kemusnahan ekonomi beberapa negara, kini mula mengakui Malaysia sudah melakukan sesuatu yang tepat dengan tidak tunduk kepada IMF dan formula seragamnya yang difikirkan dapat menyelesaikan semua masalah ekonomi.
Agak aneh juga apabila Soros, seorang daripada peniaga mata wang yang sememangnya terkenal dengan sifat halobanya, kini bersetuju dagangan mata wang perlu dikawal, bahawa pasaran itu tidak sempurna dan tidak boleh diharapkan untuk menentukan kadar tukaran. Bagaimanapun, IMF dan negara Barat besar dan berkuasa masih berkeras dengan pendirian bahawa kebebasan untuk berniaga mata wang perlu dikekalkan. Bagi mereka kebebasan adalah keramat dan ia jangan sekali-kali cuba dibendung. Ia seolah-olah sudah menjadi satu pegangan yang langsung tidak boleh dipersoalkan.
Tidak syak lagi bahawa dagangan mata wang sudah membawa akibat yang membinasakan ekonomi negara yang nilai mata wangnya diturunkan. Dalam beberapa kejadian, kegawatan ekonomi dan kewangan yang disebabkan oleh penurunan nilai mata wang disusuli pula dengan pengangguran yang berleluasa, kekurangan makanan dan bahanapi, tunjuk perasaan, rusuhan, pembakaran premis perniagaan, rompakan malah rogol dan pembunuhan. Kerajaan pula digulingkan dan diganti dengan kepemimpinan yang goyah dan bukan hanya sekadar mengikut telunjuk IMF atau kuasa besar Barat, malah tidak mampu untuk mewujudkan kestabilan, jauh sekali menegakkan keadilan atau memulihkan semula ekonomi. Ini sebenarnya adalah negara yang kerajaannya sebelum ini berjaya membuktikan kemampuan mereka untuk membangunkan negaranya sehingga menjadi Harimau Ekonomi. Begitupun, peniaga mata wang masih tidak dipersalahkan atas perbuatan mereka terhadap Ekonomi Harimau ini. Kesalahan itu diletakkan bulat-bulat di bahu kerajaan. Mereka dituduh mengamalkan rasuah, kronisme dan nepotisme, tidak telus dan mengamalkan sistem yang buruk.
Selagi wujudnya keengganan untuk mengakui hakikat bahawa dagangan mata wang dan ketamakan peniaga mata wanglah yang menyebabkan kemusnahan kepada ekonomi banyak negara, selagi itulah kerosakan akan terus dapat dilakukan oleh dagangan mata wang walaupun ke atas negara yang mempunyai ekonomi kukuh. Negara yang berkuasa sekali pun tidak akan bebas daripada ancaman ini dan perkara itu dibuktikan dengan terkuburnya LTCM.
Memang tiada harapan untuk melihat dagangan mata wang dikawal atau diharamkan dalam masa singkat ini. Terlalu ramai manusia yang berkuasa meraih terlalu banyak keuntungan daripadanya. Bagi mereka, hakikat bahawa keuntungan yang diperolehi itu walau pun atas penderitaan orang yang sudah daif dari negara yang miskin pula tidak dikisahkan.
Seperti yang pernah dikiaskan oleh seorang Perancis, “jin itu sudah dilepaskan daripada botol kurungannya dan tiada seorang pun di dunia ini yang boleh memasukkannya kembali”. Kenyataan itu ialah satu pengakuan yang menarik terutama jika mengambil kira bahawa mereka yang melepaskan jin itu ialah orang yang melantik diri mereka sendiri sebagai polis dunia, jaguh hak asasi manusia dan pembela golongan yang tertindas di seluruh pelosok dunia. Warga dunia yang miskin dan lemah sepatutnya membuka mata mereka. Mereka harus sedar bahawa harga diri mereka tidak dipedulikan; yang pentingnya ialah kebebasan peniaga mata wang untuk berniaga mesti dikekalkan.
Pengalaman Malaysia dalam menangani kegawatan ekonomi dan kewangan ini akan menjadikannya lebih mantap dan bersedia menghadapi krisis serta kegawatan yang mungkin datang pada masa depan. Pengajaran utama daripada pengalaman ini ialah perlunya kita mengetahui punca sebenar ia berlaku, bagaimana ia berlaku dan hubungan di antara pelbagai faktor yang berbeza. Sebaik sahaja maklumat terperinci itu diketahui, tidak mustahil satu strategi dapat dirumuskan untuk menentang kuasa penyebab masalah itu. Beberapa penyelesaian mungkin datang untuk sesuatu masalah dan ia perlu dibincang serta dicuba. Rumusan alternatif sebagai sokongan perlu juga disiapkan kiranya rumusan terpilih gagal. Pelaksanaan sesuatu penyelesaian itu harus dipantau oleh mereka yang merumuskan strategi itu sekurang-kurangnya untuk melihat proses pelaksanaannya bagi membolehkan sebarang langkah pembetulan diambil apabila perlu.
Maklumat yang lengkap lagi berterusan mengenai apa yang berlaku di peringkat akar umbi adalah amat penting. Angka, graf dan carta memberikan gambaran yang lebih jelas berbanding hanya laporan dengan perkataan. Penjelasan perlu dibuat secara lisan oleh pelapor itu sendiri. Sudah tentu mereka yang menerima laporan juga perlu berpengetahuan berhubung apa yang diperkatakan bagi membolehkannya membuat penilaian dan memutuskan apakah tindakan yang sepatutnya diambil. Memang sesuatu sistem itu penting tetapi yang lebih mustahak ialah orang yang bekerja dalam sistem terbabit. Sebenarnya, sesuatu sistem yang baik hanya mampu memberikan sebahagian daripada penyelesaian kepada sesuatu masalah. Orang yang mengendalikan sistem itulah yang sebenarnya mampu menentukan bahawa ia benar-benar berkesan.
Satu lagi pengajaran yang penting ialah Malaysia perlu sentiasa berhati-hati dalam menguruskan ekonominya. Ia tidak harus memberi ruang dirinya dilemahkan oleh kecuaian dalam penyenggaraan ekonomi dan kewangannya yang kukuh. Hanya dengan kesungguhan yang tinggi kita dapat memastikan bahawa kadar pertumbuhan Malaysia cukup untuk membolehkannya mencapai status negara maju seperti yang diaspirasikan dalam Wawasan 2020.
Krisis mata wang yang melanda ialah krisis yang tidak kita perlukan dan tidak seharusnya berlaku jika matlamat tata cara kewangan antarabangsa adalah untuk mempermudahkan dagangan dan interaksi di antara negara termasuk dari segi pelaburan langsung asing. Bagaimanapun, kuasa besar kapitalis Barat mahukan sesuatu yang lebih daripada itu. Mereka mahu turut mempromosikan agenda politik mereka dan kerana itulah sistem kewangan antarabangsa yang ada hari ini bukan sekadar membenarkan dagangan mata wang diteruskan, malah ada kalanya digalakkan pula, walaupun ia sebenarnya tidak perlu dan hanya memusnahkan lebih banyak kekayaan berbanding jumlah kekayaan yang diciptanya.

Thursday, November 06, 2014

6-11-2014

6-11-2014

1) Alhmdlh, syukur kpd Allah krn dengan izinNya aku selesai menjalani viva phd hari ni, n berikan kejayaan lulus utk phd :
Sesungguhnya terasa amat puas dengan keputusan lulus tersebut...skrg tinggal utk buat pembetulan dalam tempoh 2 bukan yang diberi, inshaAllah.
Terima kasih atas doa keluarga, sv serta kawan2 ...semoga Allah memberikan kejayaan dunia & akhirat kpd anda semua juga, ameen.
2) Proses viva bermula jam 9.30pagi di bilik viva 6, SGS UPM. Pembentangan bermula lewat sedikit, selama 20minit. (kemudian diikuti sesi Q&A yg sangat mencabar selama 2 jam. Alhmdlh diakhir sesi panel melalui pengerusi sebulat suara mengumumkan aku bjaya lulus dengan diberikan pembetulan 60 hari.
3) Selesai keputusan, afza n afif dah siap menunggu di dluar bilik viva. Lega dapat tengok familiar faces selepas sesi yg ketat hehe. Sempat text keputusan kpd sv, ahli keluarga n kawan2...selepas tu bergerak ke blanja kawan2 n sv mkn sebagai meraikan pencapaian nih...Alhmdlh.

Bersama examiner n chairman viva, serta co-sv

4) Alhamdlh juga dah dapat keta exora baru tuk family pd 29/10 lepas. InshaAllah harap makin selesa la perjalanan kami sekeluarga pasni, hehe. Start byr 30.11 utk 9 tahun. Fuh...semoga diberikan kemudahan utk jelaskan pinjaman tsb smpi selesai, ameen.

Tuesday, October 07, 2014

6-10-2014

6-10-2014:

1) Baru selesai menyambut Aidiladha 1435H pada Ahad lepas (5Okt). Kali ni kami beraya di kulai saja, tu pun sesama family sbb parent ainur blk beraya di kelantan. Pagi raya sempat solat hari raya di masjid bandar putra dgn adam, pas solat balik pekena menu raya (nasi briyani) spesel ainur hehe. Ptg semua berehat (kecuali adam of course, yg cuma tidoq pkl 10 malam setiap hari hehe). Mlmnya keluaq sat pi cari vitamin utk anak2 di jusco, tu pun sat saja n balik awal sbb esoknya adam dah start tadika.

2) Alhamdlh berehat di rumah selama 3 hari sempena cuti hari raya. Takdak xtvt sgt sbb kebetulan sakit kepala n demam. Alhamdlh hari raya badan dah sihat. Semlm (raya ke-2) sempat bersenam memotong rumput kat laman rumah, xtvt yg dah lama tak buat hihi.

3) Masih diberi kesempatan berehat di Kulai setelah submit tesis bulan julai lepas. Harini dah masuk 3bulan penuh berehat di rumah bersama family sementara menunggu tarikh viva. Sebenarnya sepatutnya dah viva 23/9 hrtu, tp ditangguhkan sbb salah sorg examinar tak dapat hadir n postpone ke tarikh baru. Takpala, apa2 shj tarikh yg Allah tentukan inshaAllah adalah yg terbaik utk diri sendiri, n semoga diberikan kejayaan dalam viva n projek phd ni, ameen.

4) Minggu lepas sempat balik 3 hari ke asetar, solo saja kali ni. Just nak balik tgk family kat kg. Alhamdlh semua sihat, n inshaAllah tgh bulan ni blh la balik satu family pulak ke asetaq sempena cuti mid sem.

5) Mendapat hint gembira drpd sv utk projek phd ni, anyway kena maintain fokus dan bersedia untuk soklan2 power drpd examiner. Sempat jumpa sv masa join dia meeting utk defend proposal geran di rmc upm bulan lepas. Sempat juga jumpe beeh n family sambil tumpang tidoq rmh dia semlm. Juga sempt lunch sama2 dgn mber2 di lab cadcam setelah lebih 2 bulan officially exit the lab hehe.

6) Skrg dok menunggu tarikh viva, sambil bzkan diri buat paper skit2 utk keep updated with the necessary knowledge on the project. Klu lama tak revise mau lupa semua benda yang dah buat hihi..haru tu klu jd masa viva nnt.

Saturday, September 06, 2014

7-9-2014 (b)

7-9-2014:

1) Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

2) Dah bulan ke-2 berada di kulai selepas selesai hntr tesis 3Julai lepas. Klu ikut buku panduan upm, tempoh viva biasanya 3bulan dari tarikh submit tesis tu hehe. Anyway, waiting anxiously for the challenging and pinaccle moment of my study, praying to Allah to grant success to my study, ameen.

3) Baru balik dari HSA, harini anurah ambik darah. Alhmdlh kali ni skali jer suntikan diperlukan utk sampel darah dia. Semoga keputusan ujian darah memuaskan, ameen.

4) Bulan ni kami sekeluarga berselang-seli diuji sakit. Adam demam+tonsil bengkak+batuk+sakit perut, naurah demam+selsema+batuk+jangkitan kuman pada kulit di bhgn mulut, aku sendiri kena biasir+tonsil...apa2pun alhmdlh dah makin sembuh semuanya dan hopefully jangkitan kuman kat mulut naurah cepat sembuh, ameen.

syukur kpd Allah atas segala kurnia nya :-)

Lukisan adam sempena kemerdekaan Malaysia ke-57

7-9-2014

7-9-2014:

Kata2 hikmah:

(dipetik dari fb doctorate support group)

Wednesday, August 06, 2014

7-8-2014

1) Dah sebulan ada kat rumah selepas submit tesis 3julai lepas. Alhamdlh diberikan kesempatan menghabiskan posa ramadan 1435H selama hampir sebulan bsama family di kulai.

2) 28Julai-Hari Raya Aidilfitri 2015 bersamaan 1 Syawal 1435H. Kali ni first day raya di Kulai, raya ke-2 baru bertolak balik ke asetaq. Raya kali ni juga agak sepi di kampung pdg kunyit memandangkan kali ni arwah toktom dah takdak.

Dikongsi bbrp gambar terbaru family kami.

1) Gambar masa lepas jumpa co-sv di melaka pada mei lepas...rehat sat di pantai puteri hehe



2) Berada di kota kuala kedah pada jun lepas


3) Gambar raya 2015






 4) adam beraya di tadika




5) Baby baru arif..insyirah as-safiyya


6) lawatan ke hutan bandar lagi..adam 6thn, naurah 2 thn :-)