Done on week 10:
-quite a busy week for me. All week was full of activities.
3/3/09: besday adam, ptg ada game bola SAJ, mlm majlis perjumpaan PA-pelajar BMCA.
4/3/09: pagi samapi lambat di opis, then hantar jersi ke dobi, ptg pi Pasar mlm kat kg tun razak. beli baju adidas 3helai=RM30
5/3/09: pagi ada kuliah ganti for 9.2.09 (s.bahan), mlm majlis perjumpaan PA-pelajar Diploma
6/3/09: pagi gi lewat ke opis. Solat jumaat. Ptg kul 5 br balik, then pi pasar mlm bkt katil.
7/3/09: pagi gerak balik ke jhr, mlm jumpe pejan n munir di tmn u
8/3/09: ptg pi giant beli kek adam.
9/3/09: ptg pi jakel jhr. Mlm gerak balik jhr. Btw, hrni cuti maulidur rasul 1430H (12 rabiulawal)
10/3/09: Ptg pjumpaan psm, then game bola SAJ dgn fkp. Mlm kuliah ganti s.bahan bg 9/3/09.
11/3/09: pagi setelkan pemilihan permohonan pelajar diploma yg nk masuk degree ke fkm utem. Ptg 2.30pm taklimat LI di fasa b. Hrni juga setelkan analisis soalselidik pelajar bmca n bmcd ms perjumpaan pa mggu lepas, pas kat KJ. Ptg juga pi pasar mlm kat kg tun razak.
11.3.09: hrni noeni habis kursus PLKN (mula sejak dis 08). Then dia pi teman mak ke hosp.
Rabu 4.3.09 mak dh diadmit ke hosp sbb urea content dia dh tinggi (38, normal 8 jer). Esoknya khamis operate utk buat tiub bg rawatan capd. nasib baik arif pun dh balik cuti n jaga mak smpi isnin. Jumaat mak dh blh balik ke umah (discharge).
Alhamdulillah, operation mak pun berjalan dgn baik. Adam pun dh kembali spt biasa.
Ptg jumaat ada insiden yg mengharukan serta menyedarkan aku tentang nikmat reseki yg Allah berikan kpd ku serta keluargaku selama ni. Ms kat pasar mlm tu, ada la sorg nenek ni yg sama2 jual kat sana, jual nasi lemak n mee rebus. Harga pun murah mee tu, cuma rm2 sebungkus. Yg menyayatkan hati tu ialah dlm keadaan sedemikian nenek tadi masih terpaksa gigh mencari rezeki, patutnya dlm usia n keadaan cmtu dia sepatutnya dok di umah berehat setelah bersusah payah bekerja dr usia yg muda. Yg lebih menginsafkan aku ialah dgn terpaksa berniaga sehingga tu pun still kecik jer untungnya. Yelah, jual rm2, mee dh ler bnyk, aku rs kos pun dh rm1. So dpt untung rm1 sebungkus. Nasi lemak? maybe dlm 60-70sen untungnyer sebungkus. So aku bajet klu laku 100% pun, mungkin untung cuma rm20-rm30 jer sehari. Dgn keadaan nenek tsb, memikirkan terpaksa prepare utk jualan sejak drpd thri or pagi, pastu berniaga plak smpi ke 8-9 malam, dpt untung rm20 jer. Then aku plak beli mee dia, rm2, tak habis makan, trus buang cmtu jer. Mana la nilai kesyukuran aku, sewenang2nya buang rm2 walhal nenek tsb terpaksa bertngkus lumus hanya utk dpt rm1 untung drpd mee td. Mmg terharu n tersentuh betol la dgn insiden tu. Tp alhamdullih aku dpt habiskan mee yg aku beli td, n syukur krn aku x membazir n mensia2kan susah payah nenek td mencari rezeki.
Sungguh berbeza nasib aku.. di kala aku alhamdulillah stabil dgn kewangan bersama keluarga, masih ramai insan yang berbeza nasibnya, yg saban hari berhempas pulas bukan nk kata utk mewah, tp setakat nk survive diri sehari2. sedih memikirkan jurang perbezaan ekonomi wujud skrg, di kala negara dikatakan mewah dan rmi org yg kaya, tp ramai lagi yg hidup dlm keadaan fakir dan miskin. :(
Ya Allah, aku bersyukur atas nikmat yg Kau berikan kpd ku n keluargaku, semoga nikmat itu terus Kau beri dan tambah di masa hadapan kpd kami. Dan ya Allah, semoga Kau elakkanlah aku dan keluargaku drpd lupa atas nikmat yg Kau berikan, dan supaya kami sentiasa ingat dan dpt menolong insan2 spt nenek td di masa hadapan, serta Kau berikanlah rezeki yg lebih kpd insan2 spt nenek td, terutama yg beragama Islam.. Amin Ya Robbal 'Alamin..
No comments:
Post a Comment