Harini hari ke-6 umat islam di malaysia meraikan aidilfitri 2009. Tak ketinggalan juga kami sekeluarga yang mana tahun ini raya mmg best. Sbbnya tahun ni dapat cuti lama, jadi sempat la dok lama beraya di umah kedua2 keluarga di Johor dan Kedah.
Hari raya pertama tahun ni disambut di kulai, johor. Agak spesel sbb tahun ni semua ahli keluarga ainur dapat berkumpul bersama di 1 syawal. Mmg ramai kat umah, plus anak2 sedara seramai 5 org yang energetic. InsyaAllah awal tahun depan tambah lagi 2 org plak, kekeke.
Hari raya ke-2 kami dh bertolak balik ke a.setaq. Perjalanan memang lama, n jem plak drpd r&r g.semanggol sampai la ke butterworth. Tp alhamdullillah, selamat gak sampai selepas mengharungi perjalanan selama hampir 13 jam drpd kulai ke a.setaq. Adam pun mood baik sepanjang perjalanan, tak banyak karenah n asyik layan tidoq sepanjang jalan.
Hr raya di a.setaq pun best. Semua ahli keluarga berkumpul mcm biasa. Sempat gak berkunjung ke umah mak2 sedara di a.setaq n pdg kunyit. 1st time gak bawa ainur pi jejalan kat umah makngah di Lengkuas. Khamis (semlm), anak arwah paklong bakaq pun melangsungkan majlis perkahwinan di pdg kunyit. Mmg rmi n meriah klu majlis kenduri buat kat sana.
hrni plak kami sekeluarga pi jalan2 kat bendang tok di Gelam. Mmg syok tgk padi tgh masak, n nampak jentera padi sibuk menuai hasil padi tahun ni. Sempat gak test mengail ikan kat bendang sambil2 tu. Boleh la 2 ekor, seekor ikan puyu n seekor anak haruan, dengan berbekalkan umpan ulat.
Kebanyakan famili dh bertolak balik umah. Pakcik det pagi td. Pakchaq plak hr raya ke-3 lagi. Anyway, adam mmg enjoying himself raya tahun ni. Kat johor pun puas main dgn sepupu2 dia. Baik a.setaq pun sama. Asyik berjalan pusing kampung! Yelah, 'natural playground' terbentang luas, mmg menunggu adam utk explore (sambil2 mengejaq ayam, kucing tokwan dia, kekeke).
InsyaAllah esok kami akan bertolak balik ke melaka semula. Timing pagi kot, nk try kurangkan skit drpd terperangkap dlm jem. Hopefully perjalanan esok takdak masalah dan kami dpt sampai ke destinasi dengan baik n selamat.
So, till the next post...Selamat Hari Raya!
No comments:
Post a Comment