31/5/2010:
Alhamdulillah, akhir pada awal april 2010 lalu aku berjaya dapatkan kunci utk rumah baru kami di jalan tekukur, bandar putra kulai. Maka dengan rasminya setelah selesai semua urusan pembelian, aku kini menjadi pemilik umah sendiri, he3. Walaupun agak pahit kerana terpaksa membayar penalti disebabkan lewat jelaskan deposit pinjaman rumah sebanyak ~RM500 (wlupun ternyata bukan salah aku, pihak peguam yang lewat hantar cek drpd bhgn pinjaman perumahan kerajaan kepada IOI properties bandar putra kulai), tp aku terima sebagai pengalaman dan iktibar di masa hadapan. Yang pasti, sebenarnya kes sedemikian mmg pengguna akan menjadi mangsa, pemaju dan peguam (tentunya yg disyorkan oleh pemaju kononnya dapat memudahkan urusan pembelian) akan sentiasa menang dan berjaya memperdayakan pengguna yang kebanyakannya naif dan tidak berpengetahuan dalam selok belok pembelian rumah ni.
Satu lagi iktibar berguna ialah bila aku membuat keputusan untuk mengubahsuai dapur rumah. Dengan niat asal untuk membantu kontraktor sebangsa yang difikirkan berpengalaman dalam hal ini, tapi akhirnya ubahsuai yang diharapkan tidak kesampaian, boleh kata cacat plak rumah setelah dibuahsuai. Saja aku catat disini supaya menjadi teladan di masa hadapan ubahsuai yang sama nk dibuat lagi.
Terdapat 3 masalah utama yang berlaku pada dapur kami:
1)Kedudukan sinki yang terbalik, terlalu rapat dengan dinding tingkap, juga bhgn basuh yg rapat dgn 3-pin plug dinding (bahaya). Penyelesaian: Terbalikkan kedudukan sinki,(bhgn utk membasuh). Kesannya: Perlu pecahkan jubin dinding utk ubah kedudukan paip air sinki.
2) Jarak antara lantai dan tingkap terlalu rendah. Masalah mungkin kerana masa pasang bingkai tingkap, masa tu tak ambil kira lantai yang ditinggikan 1.5’ drpd ketinggian asal. Kesannya, bila nak pasang tabletop nnt, maka sinki akan menjadi lebih rendah mungkin serendah paras pinggang! Selalunya ada kelegaan sebanyak ¼’ drpd permukaan tabletop dan bhgn bawah bingkai tingkap. Penyelesaian: Kena tinggikan jarak tingkap dari lantai, maka terpaksa pecahkan dinding.
3) Kawasan ni asalnya nak letak mesin basuh, tapi kedudukan paip air keluar dan injap tutup air terlalu rendah. Mungkin berlaku sebab silap perkiraan jarak apabila lantai dinaikkan seperti kes kesilapan no.2. Penyelesaian termurah: Ubah kedudukan mesin basuh ke dinding berhadapan dengan pintu bilik air #2 dan salur air keluar dari mesin basuh dihalakan terus ke bilik air. Kesan: Kena buat saluran air masuk baru terus daripada paip air utama (bukan drpd tangki), jadi kena pecahkan dinding utk tanam paip tersebut. Juga perlu buat plug-3pin baru utk bekalan kuasa mesin basuh (juga kena pecahkan dinding).
Teladan bagi diri sendiri:
1) Jangan anggap semua kontraktor tau apa yang kita maksudkan. Kena tulis apa yang kita nk mrk buat, lebih baik jika sertakan dengan lakaran dan serahkan kepada mereka. Dari situ perbincangan yang lebih baik antara kita dan kontraktor dapat dibuat, dan mengelakkan masalah tak ikut spesifikasi rbtk berlaku selepas ubahsuai selesai (klu nk betulkan, sudah tentu perlu kos yang membazir). Klu cakap mulut sahaja, nnt kontraktor akan lupa.
2) Kena luangkan masa utk periksa progress kerja yang dibuat. Jgn dh siap baru nk periksa samada ikut spesifikasi atau tidak, dah terlambat utk kesan masalah dan buat pembetulan, terutama bagi kerja2 awam seperti ni yang perlu libatkan proses pecah dinding, tampal jubin yang mahal dsb.
3) Pesan kat kontraktor, klu terpaksa buat ubahsuai diluar rekabentuk asal, kena maklumkan pada owner utk dapatkan persetujuan owner.
Bagi aku, disebalik hasil ubahsuai yang merencatkan skit mood utk masuk rumah, tp alhamdulillah dapat belajar ilmu berguna disebalik masalah ni. Harap2 utk pengubahsuaian di masa hapadan, dh tak jadi la masalah yang sama. He3, belajar dengan cara yang susah dan kos yang mahal!!!
Lain2 kerja ubahsuai alhamdulillah dh selesai dengan baik. Iaitu pasang jeriji (grill) umah. Hasil akhir pun cantik, kos pun ok, RM3700 untuk wrought iron bagi umah lot tepi. Skrg tinggal urusan untuk pendawaian umah sahaja, termasuk pasang lampu, kipas, tambahan plug 3-pin, pendawaian untuk pemanas air. InsyaAllah semoga urusan yang tu berjalan lancar. Tp sebutharga belum dapat lagi drpd kontraktor.
Target hujung bulan ni dh boleh 100% pindah ke umah baru, insyaAllah. Klu lagi cantik minggu ni dah boleh basuh umah. Minggu ke 3 jun dh boleh pindahkan barang2 dari melaka ke kulai.
Till then.. pengalaman..pengalaman... yang berharga :D
1 comment:
salam ziarah...tuan kontraktor mungkin mahir tapi tukang buat yang tak mahir juga menyebabkan masalah timbul..sebaik2nya lakar dan tunjuk gambar jika boleh
Post a Comment