Saturday, November 03, 2012

4-11-2012

4-11-2012:

1. Joging pagi di trek joging kolej-10. Buat 3 pusingan x 1.2km/pusingan = 3.6 km jarak berjalan. Mmg terbaekkk! Sblm tu pekena roti canai 2 keping, habis joging pekena milo ais sebungkus. Terus cancel-out kalori yg dibakar, kekeke. Sempat juga pusing2 kwsn olej kediaman upm smpi ke bukit ekspo. hehe, saja melihat kawasan..

2. Semlm melawat afza & keluarga di bdr sri permaisuri, KL sambil makan thri kat umah dia. Bbrp kali tersesat hingga nak smpi ke KLCC, tapi mujurlah jumpa jugak jalan yang lurus.. hehe. Apa2pun biasala, klu x sesat mmg x KL-lah org kata, haha. Sempat bungkuskan ayam bkr n ikan keli bkr utk dibawa ke umah afza. Cuma tak sempat nak tgk baby afif sbb tido thri, hehe. Tapi siap bw balik oleh2 rempeyek sebalang lagi tu drpd tuan rmh. TQVM bro :-)

3. Masih bertungkus-lumus menyiapkan report utk brake lever design. Mgg serius takde idea kali ni. Tak brp nampak cmne nak jalan ceritakan report tu. Sbbnya x cukup reference utk brake lever design. Hanya bley cerita secara umum jer, tu pun tak bnyk isi yg boleh dimasukkan dan banyk goreng kosong jer. Maknanya Allah blom bagi ilham lagi utk report kali ni. Semoga Allah beri petunjuk untuk siapkan tugasan terbaru ni.

4. Jumaat mber2 lab ajak pekena nsi campur kat padang (tmn sri serdang) juga chicken chop best area sana huga sebelah malamnya. TQVM geng. InsyaAllah nnt bley layan lagi makan2 kat situ.

5. Nak siapkan juga report harini.. insyaAllah semoga dipermudahkanNya.

No comments: