14-7-2013:
1) Mcm2 perkara berlaku beberapa hari kebelakangan ni sejak last entry. 1st mak masuk hospital lagi sbb ada masalah nak telan makanan. Punca ialah sbb otot tekak tak berfungsi dengan normal, jadi mengakibatkan makanan pejal yang dimakan tak dapat dihadam dan dimuntahkan kembali. 2 hari jadi cmtu, then hari ke 3 trus dimasukkan ke hospital. alhamdlh tak lama, n skrg mak dah ada semula kat umah dan sihat seperti biasa.
2) 10julai lepas bermula 1 ramadan 1434H. Alhamdulillah dah masuk bulan ramadan kembali. Semoga amalan tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya di samping dapat kurangkan skit berat badan, hehe.
3) Alhamdulillah khamis lepas dah berjaya submit paper ke ICE-SEAM 2013. Semoga diterima paper tersebut, insyaaAllah. Not bad gak la untuk 6 muka surat, walaupun terpaksa dipendekkan drpd asal laporan berkaitan LCA yg 10+ muka surat. Puas hati jugak utk laporan progress bil.3/2013 ni wlupun dimuatkan LCA ringkas menggunakan kaedah Eco-Indicator 99, itupun cuma perbandingan berdasarkan general eco-indicator score dan bukannya lebih detail sehingga ke damage impact categories (human health, resources dll). InsyaaAllah pasni harap dpt buat yg lebih detail menggunakan software simapro yg dh dpt full akses untuk 6 bulan.
4) Naurah plak kena demam yg teruk sejak rabu. Siap berkejar ke klinik kul 3 pagi sbb demam dia makin tinggi, plus selsema yang tak reda. Then kena pulak alahan di kulit disebabkan alah terhadap antibiotik. Erm, cian little princess. Dpt tau alahan tu pun semlm bila ulang ke klinik semula bila nmpk byk tompok2 kat badan. So skrg alahan dah stabil, harap2 cepat sembuh.
5) Hrni hari ke-5 berpuasa. Hehe. Aman menikmati puasa kat umah, peluang yang jarang2 dapat klu dah balik bekeje semula. Semoga dpt manfaatkan masa berharga ni selagi ada peluang di sambil masih dapat siapkan keja seperti yang dirancang, insyaaAllah.
No comments:
Post a Comment