Sunday, May 30, 2010

Ubahsuai dapur yang tak menjadi

31/5/2010:

Alhamdulillah, akhir pada awal april 2010 lalu aku berjaya dapatkan kunci utk rumah baru kami di jalan tekukur, bandar putra kulai. Maka dengan rasminya setelah selesai semua urusan pembelian, aku kini menjadi pemilik umah sendiri, he3. Walaupun agak pahit kerana terpaksa membayar penalti disebabkan lewat jelaskan deposit pinjaman rumah sebanyak ~RM500 (wlupun ternyata bukan salah aku, pihak peguam yang lewat hantar cek drpd bhgn pinjaman perumahan kerajaan kepada IOI properties bandar putra kulai), tp aku terima sebagai pengalaman dan iktibar di masa hadapan. Yang pasti, sebenarnya kes sedemikian mmg pengguna akan menjadi mangsa, pemaju dan peguam (tentunya yg disyorkan oleh pemaju kononnya dapat memudahkan urusan pembelian) akan sentiasa menang dan berjaya memperdayakan pengguna yang kebanyakannya naif dan tidak berpengetahuan dalam selok belok pembelian rumah ni.

Satu lagi iktibar berguna ialah bila aku membuat keputusan untuk mengubahsuai dapur rumah. Dengan niat asal untuk membantu kontraktor sebangsa yang difikirkan berpengalaman dalam hal ini, tapi akhirnya ubahsuai yang diharapkan tidak kesampaian, boleh kata cacat plak rumah setelah dibuahsuai. Saja aku catat disini supaya menjadi teladan di masa hadapan ubahsuai yang sama nk dibuat lagi.


Terdapat 3 masalah utama yang berlaku pada dapur kami:

1)Kedudukan sinki yang terbalik, terlalu rapat dengan dinding tingkap, juga bhgn basuh yg rapat dgn 3-pin plug dinding (bahaya). Penyelesaian: Terbalikkan kedudukan sinki,(bhgn utk membasuh). Kesannya: Perlu pecahkan jubin dinding utk ubah kedudukan paip air sinki.
2) Jarak antara lantai dan tingkap terlalu rendah. Masalah mungkin kerana masa pasang bingkai tingkap, masa tu tak ambil kira lantai yang ditinggikan 1.5’ drpd ketinggian asal. Kesannya, bila nak pasang tabletop nnt, maka sinki akan menjadi lebih rendah mungkin serendah paras pinggang! Selalunya ada kelegaan sebanyak ¼’ drpd permukaan tabletop dan bhgn bawah bingkai tingkap. Penyelesaian: Kena tinggikan jarak tingkap dari lantai, maka terpaksa pecahkan dinding.
3)
Kawasan ni asalnya nak letak mesin basuh, tapi kedudukan paip air keluar dan injap tutup air terlalu rendah. Mungkin berlaku sebab silap perkiraan jarak apabila lantai dinaikkan seperti kes kesilapan no.2. Penyelesaian termurah: Ubah kedudukan mesin basuh ke dinding berhadapan dengan pintu bilik air #2 dan salur air keluar dari mesin basuh dihalakan terus ke bilik air. Kesan: Kena buat saluran air masuk baru terus daripada paip air utama (bukan drpd tangki), jadi kena pecahkan dinding utk tanam paip tersebut. Juga perlu buat plug-3pin baru utk bekalan kuasa mesin basuh (juga kena pecahkan dinding).

Teladan bagi diri sendiri:
1) Jangan anggap semua kontraktor tau apa yang kita maksudkan. Kena tulis apa yang kita nk mrk buat, lebih baik jika sertakan dengan lakaran dan serahkan kepada mereka. Dari situ perbincangan yang lebih baik antara kita dan kontraktor dapat dibuat, dan mengelakkan masalah tak ikut spesifikasi rbtk berlaku selepas ubahsuai selesai (klu nk betulkan, sudah tentu perlu kos yang membazir). Klu cakap mulut sahaja, nnt kontraktor akan lupa.
2) Kena luangkan masa utk periksa progress kerja yang dibuat. Jgn dh siap baru nk periksa samada ikut spesifikasi atau tidak, dah terlambat utk kesan masalah dan buat pembetulan, terutama bagi kerja2 awam seperti ni yang perlu libatkan proses pecah dinding, tampal jubin yang mahal dsb.
3) Pesan kat kontraktor, klu terpaksa buat ubahsuai diluar rekabentuk asal, kena maklumkan pada owner utk dapatkan persetujuan owner.

Bagi aku, disebalik hasil ubahsuai yang merencatkan skit mood utk masuk rumah, tp alhamdulillah dapat belajar ilmu berguna disebalik masalah ni. Harap2 utk pengubahsuaian di masa hapadan, dh tak jadi la masalah yang sama. He3, belajar dengan cara yang susah dan kos yang mahal!!!

Lain2 kerja ubahsuai alhamdulillah dh selesai dengan baik. Iaitu pasang jeriji (grill) umah. Hasil akhir pun cantik, kos pun ok, RM3700 untuk wrought iron bagi umah lot tepi. Skrg tinggal urusan untuk pendawaian umah sahaja, termasuk pasang lampu, kipas, tambahan plug 3-pin, pendawaian untuk pemanas air. InsyaAllah semoga urusan yang tu berjalan lancar. Tp sebutharga belum dapat lagi drpd kontraktor.

Target hujung bulan ni dh boleh 100% pindah ke umah baru, insyaAllah. Klu lagi cantik minggu ni dah boleh basuh umah. Minggu ke 3 jun dh boleh pindahkan barang2 dari melaka ke kulai.

Till then.. pengalaman..pengalaman... yang berharga :D

Wednesday, January 27, 2010

2010 Posting

27Jan10:

Posting pertama untuk 2010. Notable facts for me:

27/1/10: Tukar meter mileage keta wira (previously was 150,000km) sbb kerosakan meter. Jadi hrni meter keta dh mula dgn 000 000 km, jejeje. Keta baru beb!

Alhamdullillah, 3.1.10 selesai khatam quran.

Setakat 27 hari di bulan Jan 2010 ni, alhamdulillah target utk setelkan keje bf 5pm setiap hari keje masih terlaksana. Tips: cepatkan selesai kerja2 'value-added' dan minimumkan yang 'non-value added'!

Bermula awal thn gak, secara rasmi ofis berpindah ke bilik baru di tingkat 1 blok fkm fasa b.

Wednesday, December 02, 2009

change

sometimes, its hard for other people to accept other people for who they are. They may say yes at first, but as time progress, the reality is they will never.

Tuesday, November 17, 2009

17 Nov 2009

17/11/2009:

Br balik drpd menghadiri 2nd National Photovoltaic Conference anjuran MBIPV Msia di Marriott Hotel, Putrajaya dgn zaid n nazri daud. Satu pesidangan yang baik, keynote speaker semua mantap2, dr dalam & luar negara. Sempat gak re-unite dgn geng2 yang ambik PV-Grid course di PTM bulan 8 hrtu spt Murali, Tam, Crist, plus geng2 MBIPV UiTM spt Ayu, Shahril & dr Maliki.

12/11/09:

Lawatan kerja ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti teknologi Petronas di Tronoh Perak. 3 j.kuasa turut serta iaitu JK pembangunan kampus, jk ict dan jk pengurusan makmal. Mmg mantap sekali kampus UTP yg baru, sesungguhnya depa "set a new standard in Msia higher education infrastructure & planning". Tabik.! Harap2 dpt gunakan apa yg depa dh buat utk pembangunan kampus baru FKM nnt.

Monday, November 02, 2009

Tarikh t/tgn dokumen Sales n Purchase Agreement (SPA)

7-10-09: Kami pi ke Toong n Co di City Plaza JB utk t/tgn dokumen SPA bg pembelian rmh teres setingkat lot tepi di Bdr Putra Kulai. Harga perjanjian ialah RM 177, 900. Perjanjian selama 25 tahun, dengan memilih takaful ikhlas sbg sykt insurans.

Oleh kerana pinjaman adalah melalui skim pinjaman kakitangan kerajaan, maka borg permohonan pinjaman perlu diserahkan kpd Jab Perbendaharaan Msia di Putrajaya, manakala oleh krn beli umah siap (Jenis I dlm kategori pinjaman), maka penilaian harta perlu dibuat utk sahkan nilai harta yang ingin dibeli (klu umah belum siap x pyh). Jd kena la serah borg penilaian harta kpd Pej penilaian dan taksiran harta, JB yg mewakili kawasan kulai.

Pd 23-10-09 (jumaat), selesai urusan penyediaan dokumen permohonan pinjaman dan penilaian harta. Ptg jumaat tu aku terus poskan borg pinjmn ke pej pebendaharaan. Isninnya (26/10/09), aku ke Pej penilaian harta JB berdekatan wisma persekutuan utk serahkan dokumen penilaian harta. Lepas 8 hr drpd tarikh serahan dokumen ke pej penilaian, br boleh follow up dgn diorg. InsyaAllah esok aku setelkan, plus followup borg pinjmn dgn pej pbndhraan di putrajaya.

Semoga urusan ini dipermudahkan oleh Allah tanpa sebarang masalah, insyaAllah

Marking marking marking

2-11-09:

Minggu final exam utem dh pun bermula. Maknanya dlm 2 minggu ni dh start ler pengkhususan memanda markah pelajar. Fuh, mmg mencabar! Tp harap2 dh setel dgn aktiviti P&P bg semester ni, bley ler wat keje2 lain pulak yg dh lama tertangguh.

Adam pun insyaAllah esok (3-11-09), maka genaplah umur 1 tahun 10 bulan. Kejap jer dh besar! Skrg dh petah bercakap, wlupun x faham ape yg dia ckpkan. Tp rsnya banyak ber'lagu' drpd bercakap... hehehe, petah bernasyid kot sbb tu mmg favourite dia sejak baby lagi. Makin lasak pun iye jugak, baru 2 hari lepas (sabtu) dh dpt belang tarung kat idung, penangan menolak kerusi rotan kat umah ma-tok dia di kulai. Tp alhamdlulillah xde yg serius, cuma luka biasa.

Br pagi td balik dr johor, lepas 3 hari berbengkel di sofitel senai. Topik OBE & PBL la apa lagi, nk comply dgn requirement EAC. Presenter bagus2 drpd CTL UTM. Makaseh atas tunjuk ajar yg diberi :D!

Minggu lepas ainur n adam ade seminggu kat melaka. Kebetulan ainur ada nk ambik bbrp brg research kat umah. Cuma x sempat nk bw adam jejalan ms tu, sbb jadual pack betol (smpi malam) sbb minggu lepas minggu study week n seminar PSM bg FKM.

Good news gak, yg mana Daus dpt anak lelaki (dh 2 org ler skrg) pd hr sabtu hrtu. Alhmdlh keluarganya sihat n selamat.

Lain2 perkara xde yg menarik sgt. Cuma buat kai ke-2 thn ni, aku tertinggal kunci keta lagi dlm keta yg lock!!! Nasib baik jd di Fasa B, n nasib baik ade kengkawan (Daus, Afza n Yuszrin) dtg membantu utk "menyelamatkan" keadaan. Hai, makin pelupa la aku ni! tanda2 dh tua ler tu, kekeke.

Target minggu ni: habis kan marking subjek auto component design, jaga exam2 (4/11, 7/11, 11/11) serta masukkn markah dlm sistem! P&P week beb!!!

Wednesday, October 14, 2009

14 Oct 09

Back in Melaka again after 2 days of ICADME 09 conference in Penang.
My first international conference, and my 1st presentation experience in an international conference. Mine was on the 7th session, on the topic of "A Study of Thermal Behaviour od Automotive Clutch Disc Component". Alhamdulillah, went fine and manage to attract several questions from the audience, notably from Prof K.N. Seetharamu from India, one of current best and the well known figure in fluid-thermal related analysis community. He3..tq all for the suggestions and comments.

After lunch on the 2nd day, drive directly back to Melaka and finally arrived safe and sound alhamdulillah last night, and manage to stop for a while at umah pakcik det in Sepang for a break.

For today, completed the Hari Rekabentuk dan Automotif FKM 2009, held at UTeM Sports Complex, Main Campus as one of the organizing comittee. A very good event, combining the products of FKM students from year 2-4 in subjects such as product optimization, automotive styling, solid mechanics, engineering design and 3D modelling. Special event was the Paper Bicycle Event, the first of its kind to be introduce and held in Malaysia. Got a lot of attention from other universities and private companies (Proton tuh!).. and may see this sort of event to be organized more often in the future.

Friday, October 09, 2009

Jom pi Penang

Jumaat 9/10/09:

Malam ni dah bersiap2 untuk gerak ke P.Pinang awal lagi esok bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa ICADME 2009 anjuran Unimap di Bayview Beach Resort dari 11-13 oktober. Tajuk kertas kerja ialah "Thermal Behaviour of Automotive Clutch Disc Component".

Tp esok gerak sorg jer, sbb ainur n adam ada kat johor skrg ni utk setelkan projek Phd nya. Ape2pun, esok aku bakal gerak dgn zaid n family.. pagi esok hantar zaid dulu di KLIA (zaid nk pi training ISP di China), pastu ambik noeni di umah pakchaq, pastu drop mar n aimee di R&R sg buloh, sebelum bertolak balik ke kampung dgn noeni.

Hrni ni plak berlangsung ceramah teknikal oleh pihak Lotus Malaysia, diikuti dengan mesyuarat kerjasama kali ke-3 antara FKM UTeM dgn Lotus Eng Malaysia. Pas jumaat plak ada majlis jamuan hari raya aidilfitri anjuran KESURI di Fasa B.

Sekian update utk minggu ni.. hehehe..

Tuesday, September 29, 2009

1MF1Team


Everyone in Malaysia are getting excited with the new 1Malaysia F1 Team that will be entering the prestigious F1 race next year. A lot of talks are in the air of the project that will elevate Malaysian engineering competencies and bring new standards to the nation.

Heard that 225 jobs are available for the 1MF1T. Here are the list <source: http://forum.lowyat.net/topic/1177648> :

send CV and cover letter to : 1MalaysiaHR@lotusf1team.com

1 FUTURE

1Malaysia and Lotus are launching a new era in F1 history. Have you got what it takes to join us?

AERODYNAMICS
> Project Leader Aerodynamics
> Junior Aerodynamicist
> Head of CFD
> CFD Engineer

COMPOSITES DESIGN
> Head of Composite Design
> Senior Composite Designer
> Junior Composite Designer
> Composite Engineer

COMPOSITE
> Head of Composite Layup Shop
> Senior Layup Technician
> Junior Layup Technician
> Head of Composite Trim Shop
> Senior Trim Shop Technician
> Junior Trim Shop Technician

ELECTRONICS
> Head of Electronics
> Senior Electronics Engineer
> Junior Electronics Engineer
> Senior Control Engineer
> Control Software Engineer

FACTORY
> Factory Manager
> Senior Maintenance
> Junior Maintenance

GEARBOX DESIGN
> Head of Gearbox Design
> Senior Gearbox Design
> Junior Gearbox Design

GEARBOX ASSEMBLY
> Head of Gearbox Shop
> Race Gearbox Technician

HYDRAULICS
> Head of Hydraulics Shop
> Race Hydraulics Technician
> Test Hydraulics Technician

MECHANICAL PRODUCTION
> Head of Mechanical Production
> Senior Mechanist
> Junior Mechanist
> Fabricator

MECHANICAL DESIGN
> Head of Mechanical Design
> Senior Mechanical Design Engineer
> Senior Mechanical Designer

PATTERN SHOP
> Head of Pattern Shop
> Senior Pattern Maker
> Junior Pattern Maker

PRODUCTION, PRODUCTION CONTROL & PURCHASING
> Head of Production
> Senior Production Engineer
> Mechanical Buyer
> Composite Buyer
> General Buyer
> Aerodynamics Buyer

QUALITY CONTROL & INSPECTION
> Head of Inspection
> Senior Inspection Technician
> Junior Inspection Technician

DESIGN OFFICE
> Drawing Office Manager

RESEARCH & DEVELOPMENT (R&D)
> Head of R&D
> Senior R&D Engineer
> Senior R&D Technician

RACE ENGINEERING
> Test Engineer
> Race Data Engineer
> Test Data Engineer
> Aero Support Engineer

RACE & TEST
> Logistic Manager
> Race & Test Travel Secretary
> Clothing & Team Gear

RACE TEAM
> Race Chief Mechanic
> Race Parts Mechanic

STRESS ANALYSIS
> Senior FEA Engineer
> Junior FEA Engineer

SUB ASSEMBLY
> Head of Sub Assembly
> Sub Assembly Technician

TEST TEAM
> Test Chief Mechanic
> Test Part Mechanic
> Test Team Truckie
> Test Team Mechanic

VEHICLE SCIENCE
> Head of Vehicle Dynamics
> Vehicle Dynamics Engineer
> Senior Software Engineer
> Junior Software Engineer

MARKETING & PUBLIC RELATIONS
> Head of Marketing
> Marketing Manager
> Tri-Lingual Website Designers (Bahasa Malaysia, English + others)
> Graphic Designers
> Executive Assistant
> Business Development Manager
> Sponsorship Manager
> Sponsor Account Manager
> Head of Public Relations
> Tri-Lingual Public Relations Officer (Bahasa Malaysia, English + others)
> Press Officer
> Hospitality Coordinator

FINANCE
> Finance Controller
> Finance Manager
> Finance Executive

LEGAL
> Head of Legal
> Legal Manager
> Legal Executive

HUMAN RESOURCES
> Head of Human Resources
> Human Resources Manager
> Human Resources Executive

INFORMATION TECHNOLOGY
> Head of Information Technology
> CAD Manager
> Senior IT Engineer
> Race IT Engineer
> Test IT Engineer
> IT Technician

"DARE TO TAKE THE CHALLENGE....??"

Adam n raya






For the first time, capturing adam in his first baju melayu for Aidilfitri 2009 just a week ago.

Smile :D! Adam dah besaarrrr!!

Sunday, September 27, 2009

Selamat Sampai

Ahad, 27-Sept-09:

Alhamdulillah, jam 11.30pm semlm akhirnya kami sekeluarga selamat sampai di Melaka setelah mengharungi perjalanan panjang pulang drpd beraya di kampung. Syukur gak sbb sepanjang perjalanan takdak apa2 yang tak diingini berlaku, jalan pun tak sesak, n adam pun dalam mood yang baik.

Sebelum sampai kami sempat gak singgah rehat+raya kat umah pak chaq di Shah Alam. Pas tu hantaq noeni di UiTM, n kemudiaannya Yatie di UM.

Hrni plak kami sekeluarga gi membeli brg2 keprluan kat maidin mitc, plus bawa adam jalan2. Pun sempat gak singgah beraya di umah Wan J kat Tmn Tasek Utama.

Adam pun tgh tidoq ni, insyaAllh ptg ni mber2 opis (Zaid,Wan J n Faizil) plak dijangka dtg beraya. So till then, nk pi siap2 utk tetamu nk mai nih..hehehe...!

Thursday, September 24, 2009

Aidilfitri 1430 H/ 2009 Masihi

25-Sept-09, Jumaat:

Harini hari ke-6 umat islam di malaysia meraikan aidilfitri 2009. Tak ketinggalan juga kami sekeluarga yang mana tahun ini raya mmg best. Sbbnya tahun ni dapat cuti lama, jadi sempat la dok lama beraya di umah kedua2 keluarga di Johor dan Kedah.

Hari raya pertama tahun ni disambut di kulai, johor. Agak spesel sbb tahun ni semua ahli keluarga ainur dapat berkumpul bersama di 1 syawal. Mmg ramai kat umah, plus anak2 sedara seramai 5 org yang energetic. InsyaAllah awal tahun depan tambah lagi 2 org plak, kekeke.

Hari raya ke-2 kami dh bertolak balik ke a.setaq. Perjalanan memang lama, n jem plak drpd r&r g.semanggol sampai la ke butterworth. Tp alhamdullillah, selamat gak sampai selepas mengharungi perjalanan selama hampir 13 jam drpd kulai ke a.setaq. Adam pun mood baik sepanjang perjalanan, tak banyak karenah n asyik layan tidoq sepanjang jalan.

Hr raya di a.setaq pun best. Semua ahli keluarga berkumpul mcm biasa. Sempat gak berkunjung ke umah mak2 sedara di a.setaq n pdg kunyit. 1st time gak bawa ainur pi jejalan kat umah makngah di Lengkuas. Khamis (semlm), anak arwah paklong bakaq pun melangsungkan majlis perkahwinan di pdg kunyit. Mmg rmi n meriah klu majlis kenduri buat kat sana.
hrni plak kami sekeluarga pi jalan2 kat bendang tok di Gelam. Mmg syok tgk padi tgh masak, n nampak jentera padi sibuk menuai hasil padi tahun ni. Sempat gak test mengail ikan kat bendang sambil2 tu. Boleh la 2 ekor, seekor ikan puyu n seekor anak haruan, dengan berbekalkan umpan ulat.


Kebanyakan famili dh bertolak balik umah. Pakcik det pagi td. Pakchaq plak hr raya ke-3 lagi. Anyway, adam mmg enjoying himself raya tahun ni. Kat johor pun puas main dgn sepupu2 dia. Baik a.setaq pun sama. Asyik berjalan pusing kampung! Yelah, 'natural playground' terbentang luas, mmg menunggu adam utk explore (sambil2 mengejaq ayam, kucing tokwan dia, kekeke).

InsyaAllah esok kami akan bertolak balik ke melaka semula. Timing pagi kot, nk try kurangkan skit drpd terperangkap dlm jem. Hopefully perjalanan esok takdak masalah dan kami dpt sampai ke destinasi dengan baik n selamat.
So, till the next post...Selamat Hari Raya!

Sunday, September 13, 2009

10 Malam terakhir ramadhan 1430 H/2009 Masihi

13-Sept-2009 (Ahad):

Hrni dh masuk hr ke 23 ramadhan 1430H, bermakna sudah 23 hari aku sekeluarga serta seluruh umat islam mengerjakan ibadah puasa ramadan. Dan tinggal 7 hari shj lagi sebelum menjelangnya 1 syawal, Hari Raya Aidilfitri.

Setakat ni, sambutan puasa kami sekeluarga sederhana sahaja. Makan pun kurang ms berbuka, setakat nasi n 1-2 lauk pauk shj. Kuih pun jarang2 ada dlm menu berbuka. Sejak akhir2 ni, selera makan dh main menurun, yang makin naik ialah selera minum plak. Mmg betol la, melaka sgt2 terkenal dgn cuaca panasnya.. tu yg skrg ni letih puasa bukan sebab bnyk keje or kurang makan, tp dek dahaga. Klu berbuka jer, confirm air sejuk, n confirm satu jag kami 2 org jer yg habiskan, kekeke.

Jadual keje pun dh makin slow, tambahan plak aku pun akan mula cuti hr rabu ni. Naik keje plak lama lagi, isnin 2 minggu lagi. Syok skit raya tahun ni, kebetulan raya di awal minggu, dan student pun cuti lama. Jd bley la staf2 semuanya apply cuti panjang n habiskan cuti msg2 sempena raya ni, hehehe.

InsyaAllah Raya pertama di Kulai, n hr ry kedua kami sekeluarga balik beraya plak ke kedah. Bley la jalan2 lama skit kt kampung kali ni, sambil2 bw adam ke bendang tgk padi yg sdang masak, klu ade rezeki bley rmi2 turun mengail ikan puyu, hehe.

Mungkin nk pi jugak jalan2 kali ni ke air terjun, saja nk bg pengalaman kat adam. Aku n keluarga sendiri pun dh lama x pi mandi air terjun ni. Sejuk n menyegarkan!

k, gtg.. tinggal 3 jam lagi nk berbuka! Nyum nyum nyum! Menu air hrni: Air Oren! Horrey!

Tuesday, September 08, 2009

Berbuka puasa ramadan 2009









ahad, 6/9/09:

Hrni berpakat ramai2 utk berbuka puasa bagi ramadan 2009 @ umah daus. Rmi yg join, antaranya afza, pot, tini, zaid, mar, aimee, faizil, farhana, yusla, simma, daus, insyirah, lokman, nora & irdina, termasuk aku, ainur n adam.

Mcm2 menu yg ada, sbb msg2 bw pot luck sendiri, dh nk sama mcm menu bufet kat hotel!

Ape2pun, alhmdlh majlis berjalan dgn lancar, n dpt berkumpul ramai2 meneruskan tradisi berbuka puasa ex-cov utem 2006 bersama keluarga dan anak2. Dh makin membesar dh keluarga alumni ni, kekeke.

TQ very much to our kind host, daus n famili :D!

Kejayaan!

8/9/09:
Alhamdulillah, syukur kpd Allah, dan berkat bantuan drpd zaid a.k.a. maliki n afza a.k.a solarman hrni dpt berita gembira drpd BIPV Msia yg mana aku berjaya lulus kursus Design & Installation of PV-Grid Connected System dengan markah 88.5% dlm PEA yang dibuat.

Signifikan kejayaan ini:
1) berkat usaha diri dan kawan2 yg minimum basic skill dlm kej elektrik dan sistem solar PV-Grid, tp berjaya juga membuktikan setanding dgn peserta2 lain yg drpd kelulusan kej elektrik-elektronik & berkecimpung dlm bidang yg sama di Malaysia
2) mendapat sijil profesional pertama buat diri ini utk ISP PV-Grid yg diiktiraf di serata dunia (fuiyooo!)

Mlm ape lagi, pi celebrate bersama rakan2 sekursus & keluarga dgn ikan bakar umbai lama, hehe.

To my beloved family & dear friends, the success is for you!

Saturday, September 05, 2009

Adam 1 thn setengah!

3-9-2009: Adam dh masuk setahun setengah! Alhamdulilah.. kejap jer rasanya. 3/9/09 gak kali terakhir dia dptkan rawatan imunisasi.. mcm biasa kat klinik dr alias di bkt baru.

Jd utk meraikan adam dh jadi budak besar, disebalik sedang berpuasa ramadan, hari sabtu lepas (5/9/09) kami bw dia ke pantai puteri cm biasa. Dh la x dpt makan2 n jalan2 kat sana. Mmg menyegarkan, dgn udara yg nyaman, redup di bawah pohon pine, pantai yg bersih dan lengang.. best btol la! Ditambah plak dgn bg adam makan makanan kesukaan dia.. nasi ayam! hehee...Alhamdulillah.


Adam skrg ni pun dh terer berjalan, dh petah bercakap (wlupun dlm loghat 'jerman' dia tu), & dh pandai senyum bila depan kamera, hehehe. Dh pandai merajuk dan pandai marah! Tp masih comel dgn gigi 6 batangnya tu.

Sunday, August 23, 2009

Selamat berpuasa 1430H

Hrni hari ke-3 posa bagi ramadhan 1430H. Alhmdlh, setakat ni ibadah puasa dpt dijalankan dengan baik. Semlm br balik ke melaka drpd ambik ainur n adam kat johor. Dekat 2 bulan jugak la dorg stay kat sana, memandangkan ainur nk setelkan PhD proposal presentation di UTM. Adam plak mcm biasa, makin ligat n buas, hehehe. Badan pn dh kurus la sbb demam panjang.

Minggu ni bnyk benda nk setel. Semoga semuanya dpt diselesaikan dgn baik di samping dpt habiskan puasa dgn sempurna, insyaAllah.

Sunday, May 10, 2009

week 19 dalam memori

Minggu yang penuh dengan aktiviti jalan2. Sampai drpd JB pd ahad 3mei, esoknya masuk opis cm biasa. Tak bnyk sangat aktiviti di opis, cuma yg utama spt key-in markah dlm smp utk subjek sains bahan. Selain tu, semak draf psm pelajar2 aku yang mana diorg bakal hantar tesis berjilid pd 18mei depan. Diam2 x diam dh lengkap satu pusingan pengalaman (1 thn=2 semester) aku jadi penyelia PSM pelajar tahun akhir di UTeM ni. Minggu ni juga sesi seminar psm oleh pelajar. Aku jd panel penilai psm pd 5,6 & 7 mei 09. Lokasi seminar spt biasa di makmal2 FKM cubic (the last event di sana sebelum pindah ke tapak baru bulan 6 nnt).

Pengalaman menjadi penyelia projek psm seramai 6 org utk sesi 08/09 kepada pelajar2 automotif org kita:-
i) yg mana bagus mmg cemerlang dlm menyiapkan projek masing2
ii) ada separuh yg nmpknya under-estimate skop kerja dan expectation bg psm. Diorg cm biasa last minute tanpa sikap yg profesional terhadap projek, malah x sedar2 diri melalui sikap pandai menjawab terhadap komen yg diberi. Tp aku pun setuju dgn kata2 seorg rakan setugas.."Klu diorg x nk tolong diri sendiri, jd biarkan jer la. Mmg itu pun hakikat sebenar di alam pekerjaan kelak.". Setuju sangat2 dgn pendapat mber aku tuh.

Pengalaman penyeliaan psm utk sesi 08/09:
1) Design and development of composite suspension push rod for Formula Student race car; oleh Hafizi, 4bmca (0125772294) : *****
2) Conceptual design of composite differential casing for Formula Student race car; oleh Ariff 4bmca (0122178041): ****
3) Development of disc brake rotor for Formula Student race car; oleh Nur Ridhwan 4bmca (017-8801681): ****
4) Design and development of composite side-pot body panel for Formula Student race car; oleh Muslim 4bmca (0176252799): ***
5) Design and development of hybrid chassis for Formula Student race car; oleh Firdaus 4bmca (0124400886): ***
6) Design and development of composite double wishbone suspension for Formula Student race car; oleh Muhsin 4bmca (019-5429779): **

Drpd projek yg dihasilkan juga, tajuk no.#1 & 6 adalah utk STG PJP/2208/FKM(19)-S465 aku, manakala tajuk no.#4 adalah utk STG PJP/2008/FKM(1)-S399. Hasil drpd projek2 psm utk sesi 08/09 ni, 2 technical paper dapat dihasilkan, iaitu daripada projek no.#1 (ICET09), #3 (ICAME 09). Target 2 lagi paper dapat dihasilkan iaitu kesinambungan bagi projek no.#1, serta #3 utk dipublish tahun depan, insyaAllah.

Aktivit hujung minggu plak..hari jumaat 8mei09 tu aku ambik cuti. Mlm jumaat tu aku gerak ke jhr. Ptg jumaat, kami sefamili pi tidoq umah pakcikdet kat KLIA, n attend majlis nikah yan di tmn dato harun, PJ pada ptg sabtu. Mlm sabtu kami sefamili tidoq kat umah along di tmn mega (dkt kg cheras baru), ampang. Ahad thri sempat pi melawat azni sekeluarga dkt2 kota kemuning shah alam. Pak pun mai gak masa majlis nikah yan, dgn bas. Mlm tu lepas majlis dia pun balik semula ke a.setaq dgn bas. Kira full weekend dengan aktiviti ronda2 KL!

Adam pun dh terer jalan2! He3, alhamdulillah, mmg cm org baru dapat lesen! Keja nk berjalannnn saja la ni. Berhenti berjalan bila nk tidoq ja. Makan pun berjalan gak! Best tgk dia berjalan2, dh boleh wat plan utk bw dia pi tempat2 yg lagi best pasni, hehehe.

Hari isnin, 11mei09, masuk balik opis. Pagi sempat pi pasar besar melaka beli brg2 dapur. Thri plan pi wat balancing & alignment tayar, kena charge RM40 total (Rm5/tayar utk balancing n RM20 per keta utk alignment). Ptg karang nk bawa adam jejalan kat tasik ayer keroh, hehehe.

Monday, May 04, 2009

Week 18

Minggu yg sangat x produktif! Final exam pun x habis marking. maybe tgh mood celebrate lagi kot. Wat keje gitu2 jer, sambil hr isnin 27/4 tu ada seminar LI fkm, jadi esoknya pulun marking report LI.

Hr kahmis ptg aku gerak balik ke jhr. On d way singgah muar jap ambik kad kawin adam. then gi melawat arab kat umah dia. Mujur dia pun ada sama ms tu. Sempat jumpe emeera jer, adiknya eshairin kat umah mak lub. he3.

Weeknd balik johor sempena cuti hr pekerja! Horey, 3 hari kat jb. Adam pun dh boley jalan dgn lajunya! Ape lagi, hari sabtu bw dia jalan2 sehari suntuk sambil melawat kawan2 n pas kad kawin a'an kat diorg. Pagi gerak ke umah pejan di Pulai perdana, then jumpe mary n lunch sama2 kat jusco, then gerak ke umah mertua botak kat kempas. Ptang br balik ke kulai. sblm tu sinngah jap kat Giant kulai beli brg. Then kul 6pm bw adam pi jalan2 kat hutan bandar bandar putra! Syok betol tgk adam dh leh jalan2 sendiri. Malam punya la kepenatan sampai trus dia tertido ms tgk tv. He3, penat betol tuh!

Hr jumaat n ahad (1 & 3 mei) aku tolong mengecat umah ainur, prepare utk kenduri a'an awal bulan depan. Ptg ahad aku dh gerak balik ke jb semula.

Sad news, pada 2 mei 09 (sabtu), paklong bakaq pdg kunyit meninggal dunia akibat serangan jantung semasa di rumah. Innalillah. Sedih gak sbb dia banyak support aku n keluarga dlm apa shj aktiviti melibatkan kami. Ms kenduri aku kawin dia la yg bertungkus lumus gak layan tetamu, walaupun kenduri wat kat a.setaq bukannya di kampung. Semoga arwah sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan roh2 mereka yg beriman, insyaAllah. Aku pun x dpt nk balik sbb ada kat jb.

Saturday, April 25, 2009

Week 17

Minggu ni minggu per'sendirian'.. adam pun kat johor lagi. Rasa bnyk sgt masa, terutama bila balik umah. Selalunya jadual mmg padat, main dgn adam etc sampai x sempat la nk wat kerja (kecuali ms adam tidoq jer), jejeje. Mmg life aku dh transform 100% sejak kawin n dapat adam.. he3.. setiap saat kini lebih bermakna!Jd bila adam xde ni, awal2 minggu tu rs pening gak sbb xtau nk wat apa2, tp la ni dh ok skit sbb utk hilabgkan bosan jer aku gerak pi umah kawan2 sembang2 dgn depa n sibukkan diri kat opis.

Minggu ni sebenarnya rilex gak wat aku, sbb semua crry mark dh kluar minggu lepas lagi(alhamdulillah). Hasil minggu ni:
1) jaga f.exam pd 22 n 24hb april
2) siapkan n submit full paper bg ICADME 09 (conference day: oktober 09)
3) ada majlis makan2 kesuri pd isnin 20/4 sempena staf yg akan gi sambung belajar serta staf yg baru masuk kerja ke FKM. Ptg isnin plak wat game frendly bola antara staf FKM vs student thn 4 BMCT. Game tu main penuh, hehehe.. lagipun x cukup org. Keptusan akhir kalah 1-2. Tp main ok la, aku sendiri pun dpt main at par (sesuai la dgn dh lama x main pun). Ni yg semangat balik nk main nih, hehehe.
4) Lain2 kerja pengurusan skit2, jumpa student psm yg mana ok tu. Sempat gak hantaq abstrak ke ICET 09, taktau la diorg accept or tak.. tp janji kita dh cuba kan? hehehe.

Hr khamis mlm faiz belanja makan2 kat ikan bakar crystl view. Mmg ramai geng2 yg join sama. Tq very much to faiz.. n selamat sambung phd. Jumpa lagi 3 thn, insyaAllah. Maka hilangla org kuat bola FKM, yg mana semangat serta komitmen dlm game ni sangat2 la baik.. mmg "bola forever" la.!

Semlm (sabtu) rilex jer kat umah afza, pagi tu plak zaid dtg jap umah makan2. Mlm tido umah afza, sambil layan final piala FA antara Sngor s K'tan.

Erm, harini plan nk tanda final exam paper, hopefully dapat la 10 paper kot, insyaAllah. pengalaman pertama tanda final exam bg student, hehehe.

Uncompleted planned tasks:
1) stg report
2) bricscad module