Thursday, March 23, 2006

me n my pc


aha,
best btl ade laptop sendiri..mobility beb!
pastu broadband connection 24-7 plak, celik mata jer trus online..
mmg bnyk buang masa la klu dh akses internet ni, tp rs cm takde life plak klu takleh k akses internet!! peh...rs cm taklengkp plak idup nih,hihihi..
mmm, assignment tak buat lagi, journal tak baca lagi, component tak explore lagi..adoiiii..berat sungguh nk siapkan 1st assignment nih..yelah, dh lama tak study :)
anyway, apa2hal pun, must meet the deadline!! MALAYSIA BOLEHH!!!

Sunday, March 19, 2006

my first snow experience



mmm, it was sunday, early in the morning, the snow falls. engalaman merasai salji di cventry. Salji tak lebat, cm hujan gerimis, tp dh cukup utk menggembirakan aku n hmate2 lain pagi tu. Dpt gak tgk real live snow. Kami dok rmi2 kat belakang umah, ambik gambar...excited sgt...hehehe..suhu mmg sejuk ms tuh, agaknya antara 1-2 oC, yelah, klu idak takkan la sajli nk terbentuk :). hehehehe..

Saturday, March 18, 2006

gambar di coventry

McD at schiphol airport, amsterdam (9-mac-2006, amsterdam)
erin di jeti mersing...lawanyaaa.....(mac2006)
berdoa sblm flight ke coventry, mencari keredaan Allah supaya dipermudahkan segala urusan dll (8-mac-2006)
First batch twinning programme KUTKM-Coventry dlm Msc in Manufacturing System Engineering. Dr kiri: faizey,faizilridzuan jamli, aku, fendi,firdaus,lokman, afza, zaid. shafizal tlg ambik gmbar. Ni pada 8mac2006 di klia.
my beloved family n future family in law...peh, ramainyer....(8-mac-2006), ms hantar aku di klia...

Wednesday, March 15, 2006

D-day-One : Flight to Coventry

-Hijrah-

Mmm, bnyk betol cerita nk bgtau selama seminggu kat sini. Sedar atau tak, dh 7 hari aku kat sini.

9-mac-2006


Flight depart kul 12.30pm dr KLIA. Peh, penat betoi naik flight dr KL ke amsterdam. 12.5 jam! Mula2 masuk dlm plane, peh, rs janggal gila, sbb penuh dgn omputih! Kiri-kanan-depan-belakang! Mmg full flight mlm tuh. nasib baik la aku dok dgn kawan kat sebelah, tu pun kat tengah. So, ada la kawan sorg nk borak2. Kat sebelah kiri aku, org Ireland, dia dok kat Cork. Kat sebelah kanan plak, org Amsterdam. Nasib baik gak kt setiap seat ada TV kecik, so blh la boring2 tgk citer yg depa tayangkan. Baru dok sat dlm flight, MAS dh hidang minuman n roti (appetizer). then tak lama pastu, dpt plak makan mlm. Aku pilih M'sian food, nsi lemak n kari ikan. Tp tak best lagsung, makan pun tak habis, mmg tak sedap! then, depa hidang kopi plak, sbm semuanya rest utk long-journey. mmg long-journey btl, mana idak, dh bnyk kali tidoq pun tak sampai2 lagi. yg aku paling ingat, ms melintasi iran, mmg plane bergegar kuat..ms tu la perut meragam, pening2, dh tak tahan sgt, kena la pi ke tandas...refresh balik muka!! Haaa...br lega, wlupun pening lagi...pas thru iran tu, bru la plane stabil balik, n boleh tidoq skit. Tp sebnrnya mmg penat dh tidoq, tp tak sampai2 lagi..tgk jam kat tv, ada 5 jam lagi bru nk sampai amsterdam! Adoi, lamanya... lagi 2 jam nk sampai (ms lalu ruang udara germany), MAS hidang sarapan pagi, so sempat la pekena nasi lemak n sambal sotong. Pun tak sedap gak, tp aku pun heran, omputih2 dlm flight ni semuanya makan smpi habis mknn yg dihidangkan, mmg agaknya depa ni lapaq sgt kot? Or sedap sgt makan kat dlm plane MAS ni?

Akhirnya, kul 5.30 am (waktu amsterdam), kami smpi kat airport Amsterdam. So, sempat la solat subuh kat sana, n jalan2 smbil ambik gambaq kat airport tu. Lgpun, kena tunggu 3 jam sebelum next flight ke birmingham.
Kul 9.3am (amsterdam time), kami naik flight KLM ke birmingham. Pun penuh gak flight tu dgn omputih. He3..rs cm bangla kat m'sia la pulak..yelah, ada 10 kerat sj org melayu, yg lain semua omputih, hehehe!!!

Alhamdulillah, kul 10.30am (waktu UK), kami smpi kat airport birmingham. After clear airport custom, trus jumpa kengkawan yg dh siap sedia tunggu kami kat airport tu. Bas utk jemput kami pun dh ready. So kami trus gerak ke umah mber kutkm kat coventry tu, kat cholchester road, di mana kat sana kami dijamu makan t'hari (nasi putih n kari ayam)..haaaa...tu baru real malaysia food! Pas rehat2, mber kat sana bw kami ke town, utk beli bantal n duvet (selimut tebal). then, di bawa ke umah sewa masing2. aku n 4 lagi org kawan, kami dok kat alamat la:
170, stoney stanton road, coventry, CV1 4FN, United Kingdom.

anyway, thanks a lot to kamal, zack, faizul, helmi, fendi (x-KJ auto), rizal, hambali sbb tolong kami settledown kat sini...hanya Allah yg dpt balas budi baik korg semua...terutama hmate zack yg sudi bg aku tumpag guna tepon utk call umah jap)..yg sedihnya takleh cll cik ainur sbb hal2 yg tak dpt dielakkan...

On d way ke town, kami singgah jenguk2 fakulti. Bukan hapa, supaya esok senang skit nk ek universiti sendiri2. So, sempat jumpa Ms Sarah Spears, person in charge kami kat sini. Fortunately, dia cakap kelas akan mula isnin depan, so kami ada 4 hari utk rehat n sesuaikan diri sementara mula kelas kat sini. he3...legaaaa...

umah sewa pun ok, baru sj renovate. tuan umah org pakistan. baik sgt orgnya. Mybe sbb sama2 org islam kot. kawasan yg aku dok rmi org pakistan kat sini, so kedai runcit halal pun bnyk, n takdak mslh lansung nk dapatkan makanan mentah. Kawasan ni pun bnyk kedai, kedai hardware, kedai handphone, masjid pun dkt, dll. Bak kata org, mmg senang la nk sesuaikan diri kat sini. Mlm pertama kat coventry, kami masak nasi, lauk sambal tumis ikan bilis, serunding daging n telur goreng. Sambil tu makan cucur meneram yg mak kirimkan..mmm..sedap sungguh!! hehehehe..

klu nk citer psl cuaca, mmg sejuk ms kami smpi. suhu cuma 8oC. Mmg sejuk, sbb tak brp biasa. Kena pakai baju tebal, n snow cap, plus glove. tambah2 ms angin tiup, pehhh...sejuk gila! cuaca kat sini terang, tp tak nmpk matahari. haa.. boleh bayang tak? itu la sbbnya, wlupun siang, tp sejuk. Bndr coventry pla agak tersusun, tp kecik sj. ada town centre, jd semua kedai2 utama, bazar, main market, ada kat town centre ni. Kebetulan, university of coventry pun terletak dlm bandar, jd senang la nk buat urusan bank, pej pos dll kat sini. Pas kelas boleh lari jap utk settlekan semua urusan tuh. bandar ni cantik, n tenang (mybe sebab cuaca mendung n sejuk kot). Klu dr umah sewa, cuma 10 minit berjalan kaki sj. kat sini klu jln kaki tak terasa sgt, sbb sejuk.Badan pun tak berpeluh. Jd baju mmg tak berbau, n klu pki bju yg sama 4 hari pun takpa, takdak org perasan :)
university of coventry plak scattered, tp bangunan2 dia tak jauh antara satu sama lain. Balong dok kat jaguar Building, tpt utk post-graduate student belajaq. university ni gabungan bangunan lama n bangunan baru, ada town hall + church yg cantik (dulu2 punya design), plus bangunan2 baru. kat coventry ni, multiracial, so ada rmi org pakistan, india, omputih, arab dll. Sbb tu bnyk kedai2 mknn halal dsb kat sini.

Dikesempatan ini, aku dh install yahoomessenger, so klu nk chat, dh boleh dh. Anyway, kelas minggu ni n minggu depan dari kul 9am-1pm saja. So, klu nk chat, pas kelas mmg boleh sgt. Kat sini klu jam kul 6 am, bersamaan kul 6+8= 2 ptg waktu m'sia. Klu kul 10pm m'sia, sama dg kul 2ptg waktu UK. Jadi, klu nk chat, antara waktu2 tu la kot yg sesuai..pasni nk cari nk cari webcam-earphone-speaker, supaya blh borak dgn cik erin n family puas2!!

Okla, pjg sgt kot ni...he3..ni baru cerita hari pertama..esok2 sambung dgn pengalaman hari kedua plak ! K, adios (itu pun klu rajin ler)