Sunday, November 21, 2010

minggu akhir di brisbane

not feeling very well, got myself serious gum problem.
Kena pulak kat gigi geraham kiri, yg paling dlm. Mmg sakit betol! Palinh sakit bila menjelang malam. Takleh tdo dibuatnya. Asyik kena makan panadol je utk tahan sakit. Dh hr ketiga sejak jumaat lepas. Terencat skit plan jalan2 di minggu terakhir kat sni.

Tp alhamdulillah, disebalik tu ainur dpt selesaikan misi dia di sni dgn baik. Dia pun gembira bila dapat feedback2 yg positif psl projek phd nya. Wlupun dia terpaksa all-out kat sni, sediakan semua keperluan utk aku n adam sblm ke uni dan balik dr uni, juga selesaikan mcm2 urusan dgn mcm2 org di brisbane n gold coast utk projeknya, tp alhamdulillah in turn out very good for her. Dh ler kat sni kami pun asyik terpaksa melayan karenah adam yg abnormal nakalnya (boring ditambah dgn kekangan ruang dok di umah ni..smpi kena sound dgn tuan umah sbb melalak malam2), tp makin dh nak balik ni adam pun mcm faham jer dan dh kurang angin panasnya.

Harap ainur dpt balik nnt dengan keyakinan baru dan dpt siapkan phd nya dengan baik dalam masa yg dirancang. Juga harap sakit ni cepat2 la hilang, insyaAllah. Ni pun kul 4.46 pagi brisbane br je telan 2biji panadol lagi, huhuhu. Sabar jerla.. :D

Sunday, November 07, 2010

Di Brisbane, Australia 2010

8-11-2010 (5.33pagi waktu brisbane):

Alhamdulillah, kami sekeluarga skrg telah hampir seminggu selamat berada di bumi Brisbane Australia. Satu lagi negara baru yang jauh dari Msia. Kami sekeluarga bertolak ke sini pada 1 November 2010 jam 10 mlm waktu msia dengan menaiki pesawat A330 AirAsia-X terus dr LCCT KL ke Coolangata Airport, G.Coast. Perjalanan hampir 8 jam alhamdullilah sangat baik, adam terus tido sepanjang penerbangan dek keletihan amat sangat gara2 bnyk bermain sblm tu. Kami bertolak dr Kulai jam 11pagi, dan sampai di rmh pakcik det di kuarter kastam klia jam 4ptg. Pak, pakchaq, borhan & noeni pun dh siap tunggu kami di sana. Jam 6.30 petang, kami bertolak ke LCCT utk check in bsama keluarga pakcik det. Di LCCT, keluarga ainur pun dh siap menunggu kami di sana. Alhmdlh, urusan check in dan boarding berjalan lancar, takde masalah masa pemeriksaan kastam dsb. Muatan bagasi pun dalam had yg dibenarkan, kamu cuma check in 40kg muatan shj drpd 60kg yg dibenarkan.

Semasa dlm penerbangan, alhamdulillah dsbbkan ainur dh buat pre-booked seat dan meal, kami duduk 3org sekeluarga dalam barisan yg sama (tepi tingkap plak tu..seat 9H,J & K). Mmg rasa selesa kali ni berbanding pengalaman ke Coventry dulu, mungkin sbb tak berapa keletihan dan lebih bnyk persediaan berbanding dahulu. Menu di atas pesawat: Nasi Lemak Pak Naseer mmg sedap.. habis satu pinggan aku makan kali ni, he3. Semua makanan yg dijual di atas pesawat dalam RM, jadi mujurlah ada duit RM yg aku bw bersama dan dpt diguna utk beli air kotak milo utk adam. Penerbangan pun baik, takde turbulen yg teruk, rasa selesa betol kali ni. Dlm fligt, kami dikehendaki mengisi borang utk declare brg2 yg dibawa utk diserahkan kpd kastan australia setibanya di airport nnt.

Jam 7.45 pagi waktu Gold Coast, alhamdlh kami selamat mendarat di Coolangata Airport, Gold Coast. Airport biasa jer, nmpk lebih canggih LCCT berbanding airport ni. Pemeriksaan kastam Australia pun berjalan lancar. Tips supaya diasingkan pakaian dan brg2 makanan kering di beg yg berlainan mmg sangat baik. Juga tips supaya disenaraikan barang2 makananan yg dibawa, dan tunjukkn list tsb semasa pemeriksaan kastam sgt membantu. Cuma perlu patuh kpd larangan kastam di sini yg mana makanan berunsurkan susu takboleh dibawa masuk (termasukla milo instant 3-in-1). Semasa pemeriksaan kastam juga kami serahkan borang yg telah diberi sblm ni, jgn risau utk jujur dan declare brg2 yg dibawa, insyaAllah dipermudahkan urusan semasa pemeriksaan kastam. Ubat2 adam juga tak terkecuali.

Jam 9pagi, kami selesai check-out dan akhirnya keluar drpd airport. Suami rakan ainur, Abg Zahid telah siap menunggu kami di sana. T.kasih bnyk2. Lega rasanya bila ada yg sudi menolong utk menghantar kami sampai ke rumah selepas perjalanan yg jauh, tambahan dgn mbawa ahli keluarga dan muatan beg yg banyak. Kami dibawa ke rmh beliau di gold coast, berhampiran Uni.of Griffith Gold Coast Campus. Kat sana kami berjumpa dgn keluarga Abg Zahid, dihidangkan makan thri nasi ayam dan lasagna yg sangat sedap. Sempat mandi utk segarkan badan serta solat jamak sblm meneruskan perjalanan ke Brisbane.

Jam 1.30 petang (zhor masuk awal kat sni, jam 11.30pagi), kami bergerak dengan bantuan abg zahid ke brisbane. perjalananan sejauh 90km mmg seronok, sambil2 berborak panjang dan menikmati pemandangan di bumi australia. Mmg nampak kelainannya drpd msia. Jam 3.00 petang, kami sampai tepat di lokasi rmg sewa iaitu di No *, Springwood St, Mount Gravatt East. He3, dok di rumah kayu yg cantik la pulak kami kali ni. Selepas berurusan dengan tuan rmh, Pn Debbie dan selesai urusan mendapatkan kunci, kami pun dapat la berehat di bilik yg disewa sehingga akhir bulan ni. Wlupun bilik sewa mmg mahal iaitu AUD200 seminggu, tp termasuk kos elektrik,air dan internet. Kami juga dikehendaki membayar deposit 2 minggu (AUD400) serta deposit kunci (2 set=AUD100) bersama sewa 2 minggu pertama. Deposit disni berbeza dgn msia, deposit di sini adalah bagi cover kos2 baikpulih oleh tuan rumah sekiranya penyewa membuat kerosakan di dalam premis yg disewa. He3, klu di msia, deposit rmh ialah bagi mengelakkan penyewa tak membayar sewa bulan berikutnya. Jadi kami kena la hati2 supaya bilik yg disewa berada dalam keadaan yg baik sepanjang tempoh sewaan bagi ngelakkan deposi ditolak oleh tuan rumah. Sama juga keadaannya seperti di UK. Tp mmg agak mencabar memandangkan ada anak kecik yg mmg aktif dan nakal.

..tamat episod 1 di brisbane. T.kasih byk2 kpd abg zahid sekeluarga yg sgt bnyk membantu kami sekeluarga di sini. Semoga Allah membalas budi baik mereka, aminnn..

Sunday, May 30, 2010

Ubahsuai dapur yang tak menjadi

31/5/2010:

Alhamdulillah, akhir pada awal april 2010 lalu aku berjaya dapatkan kunci utk rumah baru kami di jalan tekukur, bandar putra kulai. Maka dengan rasminya setelah selesai semua urusan pembelian, aku kini menjadi pemilik umah sendiri, he3. Walaupun agak pahit kerana terpaksa membayar penalti disebabkan lewat jelaskan deposit pinjaman rumah sebanyak ~RM500 (wlupun ternyata bukan salah aku, pihak peguam yang lewat hantar cek drpd bhgn pinjaman perumahan kerajaan kepada IOI properties bandar putra kulai), tp aku terima sebagai pengalaman dan iktibar di masa hadapan. Yang pasti, sebenarnya kes sedemikian mmg pengguna akan menjadi mangsa, pemaju dan peguam (tentunya yg disyorkan oleh pemaju kononnya dapat memudahkan urusan pembelian) akan sentiasa menang dan berjaya memperdayakan pengguna yang kebanyakannya naif dan tidak berpengetahuan dalam selok belok pembelian rumah ni.

Satu lagi iktibar berguna ialah bila aku membuat keputusan untuk mengubahsuai dapur rumah. Dengan niat asal untuk membantu kontraktor sebangsa yang difikirkan berpengalaman dalam hal ini, tapi akhirnya ubahsuai yang diharapkan tidak kesampaian, boleh kata cacat plak rumah setelah dibuahsuai. Saja aku catat disini supaya menjadi teladan di masa hadapan ubahsuai yang sama nk dibuat lagi.


Terdapat 3 masalah utama yang berlaku pada dapur kami:

1)Kedudukan sinki yang terbalik, terlalu rapat dengan dinding tingkap, juga bhgn basuh yg rapat dgn 3-pin plug dinding (bahaya). Penyelesaian: Terbalikkan kedudukan sinki,(bhgn utk membasuh). Kesannya: Perlu pecahkan jubin dinding utk ubah kedudukan paip air sinki.
2) Jarak antara lantai dan tingkap terlalu rendah. Masalah mungkin kerana masa pasang bingkai tingkap, masa tu tak ambil kira lantai yang ditinggikan 1.5’ drpd ketinggian asal. Kesannya, bila nak pasang tabletop nnt, maka sinki akan menjadi lebih rendah mungkin serendah paras pinggang! Selalunya ada kelegaan sebanyak ¼’ drpd permukaan tabletop dan bhgn bawah bingkai tingkap. Penyelesaian: Kena tinggikan jarak tingkap dari lantai, maka terpaksa pecahkan dinding.
3)
Kawasan ni asalnya nak letak mesin basuh, tapi kedudukan paip air keluar dan injap tutup air terlalu rendah. Mungkin berlaku sebab silap perkiraan jarak apabila lantai dinaikkan seperti kes kesilapan no.2. Penyelesaian termurah: Ubah kedudukan mesin basuh ke dinding berhadapan dengan pintu bilik air #2 dan salur air keluar dari mesin basuh dihalakan terus ke bilik air. Kesan: Kena buat saluran air masuk baru terus daripada paip air utama (bukan drpd tangki), jadi kena pecahkan dinding utk tanam paip tersebut. Juga perlu buat plug-3pin baru utk bekalan kuasa mesin basuh (juga kena pecahkan dinding).

Teladan bagi diri sendiri:
1) Jangan anggap semua kontraktor tau apa yang kita maksudkan. Kena tulis apa yang kita nk mrk buat, lebih baik jika sertakan dengan lakaran dan serahkan kepada mereka. Dari situ perbincangan yang lebih baik antara kita dan kontraktor dapat dibuat, dan mengelakkan masalah tak ikut spesifikasi rbtk berlaku selepas ubahsuai selesai (klu nk betulkan, sudah tentu perlu kos yang membazir). Klu cakap mulut sahaja, nnt kontraktor akan lupa.
2) Kena luangkan masa utk periksa progress kerja yang dibuat. Jgn dh siap baru nk periksa samada ikut spesifikasi atau tidak, dah terlambat utk kesan masalah dan buat pembetulan, terutama bagi kerja2 awam seperti ni yang perlu libatkan proses pecah dinding, tampal jubin yang mahal dsb.
3) Pesan kat kontraktor, klu terpaksa buat ubahsuai diluar rekabentuk asal, kena maklumkan pada owner utk dapatkan persetujuan owner.

Bagi aku, disebalik hasil ubahsuai yang merencatkan skit mood utk masuk rumah, tp alhamdulillah dapat belajar ilmu berguna disebalik masalah ni. Harap2 utk pengubahsuaian di masa hapadan, dh tak jadi la masalah yang sama. He3, belajar dengan cara yang susah dan kos yang mahal!!!

Lain2 kerja ubahsuai alhamdulillah dh selesai dengan baik. Iaitu pasang jeriji (grill) umah. Hasil akhir pun cantik, kos pun ok, RM3700 untuk wrought iron bagi umah lot tepi. Skrg tinggal urusan untuk pendawaian umah sahaja, termasuk pasang lampu, kipas, tambahan plug 3-pin, pendawaian untuk pemanas air. InsyaAllah semoga urusan yang tu berjalan lancar. Tp sebutharga belum dapat lagi drpd kontraktor.

Target hujung bulan ni dh boleh 100% pindah ke umah baru, insyaAllah. Klu lagi cantik minggu ni dah boleh basuh umah. Minggu ke 3 jun dh boleh pindahkan barang2 dari melaka ke kulai.

Till then.. pengalaman..pengalaman... yang berharga :D

Wednesday, January 27, 2010

2010 Posting

27Jan10:

Posting pertama untuk 2010. Notable facts for me:

27/1/10: Tukar meter mileage keta wira (previously was 150,000km) sbb kerosakan meter. Jadi hrni meter keta dh mula dgn 000 000 km, jejeje. Keta baru beb!

Alhamdullillah, 3.1.10 selesai khatam quran.

Setakat 27 hari di bulan Jan 2010 ni, alhamdulillah target utk setelkan keje bf 5pm setiap hari keje masih terlaksana. Tips: cepatkan selesai kerja2 'value-added' dan minimumkan yang 'non-value added'!

Bermula awal thn gak, secara rasmi ofis berpindah ke bilik baru di tingkat 1 blok fkm fasa b.