Sunday, March 30, 2014

31-3-2014

31-3-2014:

1) Alhamdlh, akhirnya selesai hntr draf book chapter tentang LCA on NFC kpd sv untuk disemak. Took me frm august2013 till mac2014 to complete it! Takpa la, biar lambat asalkan siap juga akhirnya, alhamdulillah :-)

2) Pi ke kl hntr ainur sbb ada keja pd jumaat lepas. Sempat singgah tdoq umah beeh di bangi. Noeni pun mai join skali. Tak sempat nk berjalan sgt wlupun bw adam n naurah, sbb thri sabtu dah gerak blk kulai. Perjalanan yg sangat lama ke kulai, hampir 8 jam dgn kereta sbb highway yg sesak (maklumlah dh ujung cuti sekolah). Tp alhamdulillah perjalanan takdak masalah n anak2 semuanya sihat wlupun letih hehe.

3) Sempat berjalan2 bersama family ke cameron highlands pada 21-23 mac lepas. Kali ni mmg ramai sbb termasuk family mertua & family sepupu ainur dari kelantan n perling dlm trip ni. Siap sewa van starex la utk trip kali ni. Tidoq di heritage apartment ala homesty dkt green hill, tanah rata, harga pun ok rm250 semlm bagi apartment 3 bilik siap dgn dapur. Yg tak oknya cuma bilik air yg kerap takdak air n water heatr yg tetiba tak berfungsi pd hari kedua di sana. Cuaca mmg sejuk waktu mlm, tp klu siang tu mmg panas la..haha. Overall mmg ok, cuma tak tahan dgn liku2 jalan dari tapah-cameron tu jer, mmg pening semua passenger sementara nak sampai tu hehe.

4) So next task: siapkan tesis untuk dihntr hjg semester nnt, inshaAllah! Juga bersiap utk pi ke korea n hatyai bulan april ni bg present paper kat sana. Semoga dipermudahkan Allah semua urusan, ameen.

Saturday, March 08, 2014

9-3-2014

9-3-2014

1) 3-3-2014: Besday Adam ke-6! Alhmdlh..dah besaq dah our little boy. Cepat sungguh masa berlalu, tup2 dah umur 6 tahun minggu lepas. Semoga Adam terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh, inshaAllah.

2) Berada di UTeM kejap hari jumaat lepas utk berjumpa dgn co-sv. Dah lama tak turun melaka, jadi kali ni dtg dgn satu keluarga. Menetap kat d'village semlm, blh la budak2 enjoy mandi kolam hehe. Mlm jumaat sempat makan2 ikan bkr bsama geng2 lama bsama keluarga masing2. Jumaat plak jumpe geng2 fkm sambil bersarapan kat warung sblh kubur jln lama ke durian tunggal. Then bergegas ke fkp utk jumpe co-sv. Alhamdlh all went ok, n dapat la jugak naik skit semangat yg dah malap nih, terutama utk being passonate again to write the thesis n complete the book chapter. Bertolak balik kulai slps solat jumaat n alhamdlh smpi di rmh kul 7 p.m.

3) Berita tergempar di msia semlm, yg mana pesawat mas MH370 dari kl-beijing hilang di laut china selatan. Boeing 777 mas tu ilang drpd radar kul 2.41am selepas bertolak dari klia kul 12.30am bersama 239 penumpang n kru. Heran betol n smpi skrg masih dk cari kat mana kesan kapalterbang tu. Semoga semuanya selamat dan operasi mengesan & menyelamat berjaya secepat mungkin. Kami sekeluarga pun terpaku menunggu update berita seharian semlm.

4) Back at ainur's office today. Hopefully the writing bottleneck will collapse today, ameen!