Wednesday, November 13, 2013

13-11-2013

13-11-2013:

1) Antara tarikh penting dalam proses belajar di UPM. Alhamdlh selesai urusan menghantar borang notis penghantaran tesis ke TDP petang tadi. Ikut prosedur, permohonan akan diproses dalam tempoh 3 bulan, dan selepas itu baru boleh beralih ke penghantaran tesis. Tempoh purata 3 bulan plak diperlukan selepas tesis selesai dihantar untuk tarikh viva voce. Semoga Allah permudahkan urusan2 selanjutnya dan memperkenankan kejayaan dalam pembelajaran di sini, ameen.

2) Next work: paper ICKEM dan ICBST : due date 30 November 2013! Lagi 2 minggu tuh!

Sunday, November 10, 2013

11-11-2013

11-11-2013:

1. Selesai majlis graduasi tadika Adam sabtu lepas (9-11-2013) di Dewan IOI Palm Vila. Mmg rmi ibubapa yg hadir, n ada penampilan istimewa oleh YB Dun Bkt Permai utk merasmikan program. Cayalah YB! Adam pun selesai buat persembahan konset pagi tu, cuma kali ni xde sgt gmbr2 yg blh diambik sbb keadaan dewan yg sgt pack. So tggu gambr nnt drpd teacher adam hehe.

2. Berada di kulai semula sejak jumaat lepas. Sebelum tu sempat 3 hari di upm menyelesaikan bbrp hal termasuk meeting simposium upm 2014 n byr yuran asrama sept-disember (4bulan). Alhamdlh sebelum dtg ke upm akhirnya berjaya submit penulisan utk paper bersama sv berkenaan composites in CE. Semoga paper review tu diterima penerbitannya inshaa Allah. Makan masa sebulan gak la wlupun nak taip 5 muka surat...sgt2 mencabar terutama bilamana kita nk tulis berdasarkan pendapat kita sendiri. Bak kata pepatah "Fill your paper with the breathings of your heart" [William Wordsworth]. Apa2pun bak kata Dr.OT "don;t make it right, make it written" benar2 membantu.

3. Anyway, alhmdlh dpt berita baik yg mana paper stiffness prediction telah diperingkat akhir penerbitan. Ade skit lagi pembetulan di pihak penerbit, dan insha Allah akan diterbitkan dalam Journal of Polymer Materials, Vol. 30(3) 2013. Tggu official page number drpd publisher insha Allah

4. Next project on halpin tsai, ahp-topsis, lca, review lca serta yg tbaru NFcomposites structure design. Taktau ler sempat atau tak, apa2pun cuba dulu n semoga dipermudahkan Allah hingga selesai, insha Allah.

5. Juga selesai hadir ke conference ICE-SEAM anjuran UTeM di MITC Melaka pada 30-31 september lepas. Tumpang tdo 2 mlm kat umah azli/zaid..hehe. Lama tak dok borak dengan kawan2 di tpt keje. hehe.. selesai present ptg rabu tu. Nervous gak sbb present psl LCA yg simple. Takde komen drpd hadirin ..so taktau la presentation tu ok atau tak. Harap2 dpt publish dlm AMM dalam masa terdekat, inshaa Allah.

6. Disebalik tu sempat juga hadir ke majlis pengkebumian jenazah staf fkm yg meninggal dunia ketika tengah mengandung akibat komplikasi kandungan di Tmn dato Keramat. Wlupun xde la sembg dgn arwah tp rasa sayu plak bila ade kes kematian ibu muda yg dlm pregnancy cmtu. Semoga Allah merahmati rohnya serta roh kandungannya dan menempatkan mereka bersama roh org2 yg beriman inshaa Allah.

7. Again, life goes on. Semoga mendapat iktibar drpd kejadian yang berlaku ameen.

Sedikit gambar2 masa majlis adam sabtu lepas:

Sesi persiapan. Adam dengan gaya tangan di mulut hehe. 

Adam n his performers

Sesi dimulakan dengan perbarisan semua pelajar dan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa. Mmg meriah!