Tuesday, October 30, 2012

31-10-2012

31-10-2012:

1. Hari terakhir bulan ke-10 tahun 2012. 2 bulan lagi sebelum masuk tahun masihi 2013. Kira-kira 2 minggu lagi sebelum masuk tahun baru Hijrah 1434.

2. Selesai beraya aidiladha di kedah tahun ni. Alhmdlh perjalanan selamat pergi dan balik. Sempat beraya 2 hari di rumah. Cuma perjalanan pergi dan balik beraya tahun ni penuh dengan kesesakan di sepanjang lebuhraya. Erm, ape nak buat, dah bergerak di waktu semua org pun bergerak sama balik ke kampung, hehe. Raya yang ringkas, takdak buat korban tahun ni, tapi sempat jumpa dengan mber2 lama di kampung. Man, Di dan Zaki. Mlm raya ke-2 sempat beraya ke umah toktom, cuma sempat beraya di umah bangLi saja, takke rumah pakcikmat pun thn ni. Jumpa juga dgn jat n keluarga serta Jan di sana. Adam pun mmg suka balik ke kampung, dapat main dgn tokwan dia serta najmi di bkt pinang. Alhamdlh semua sihat, luka pembedahan kat tangan mak pun dah baik, toktom pun sihat dengan cara dia, cuma tokwan saja la yg nampak uzur skrg. Badan kurus betol. Semoga Allah pelihara kesihatan dia dan semua ahli keluarga serta panjangkan umur, insyaAllah.

3. Semlm selesai medical checkup naurah di HSA. Alhamdulillah hormon tiroid naurah kedua2nya dah normal (T4 & TSH). Cuma masih kena teruskan makan pil tyroxin untuk 2 bulan lagi dengan dos 25 mg setiap dua hari. Cuma skrg ni naurah masih selsema dan batuk, kesian tgk baby terpaksa bernafas dengan kahak di tekak. Semoga naurah cepat sihat, insyaAllah.

4. Semalam juga hari kerosakan. Hehe, 1: meter keta wira rosak lagi (takometer dan speedometer). Mileage terakhir sblm rosak ialah 66772 km. Masuk kali ni bermakna dah 2x meter keta wira tu terpaksa ditukar. Last tukar kena caj RM150 plak tu, huhuhu. 2: bateri keta wira kong. Nasib baik dah ada bateri spare yang dibeli masa 1st kong kat upm 14okt haritu. Harap2 bateri saja la yg problem, bukannya melibatkan alternator, sistem wiring dll. 3: cover mesin basuh patah. Tapi masih boleh tutup n diguna. 4: Water filter kat singki dapur retak dan sedikit bocor bila paip dibuka. Tapi keretakan kecik saja dan masih boleh diguna. Klu nak tukar baru dalam RM80 juga la seunit harga dia. 5: Lampu bilik tidur utama plak rosak. Dah tukaq mentol tapi xidup juga, Suspek electronic balast yg bermasalah. Ade spare komponen tu tapi takreti cmna nak pasang, hehe. 6: Radiator keta saga nmpknya mungkin skit bocor. Ada kesan air radiator kat lantai laman pagi tadi. Harap2 tak serius dan sempat bertahan sehingga next service (nak kena tukar gasket kat cylinder head nnt sbb bocor juga).
Hai, macam2 rosak sejak balik beraya ni. Hehehe, apa nak buat, ujian Allah :-)

5. Selesai mesin rumput keliling umah. Hehe, lagi sebulan la sblm operasi disambung. Sedap bau laman dgn rumput yang baru dipotong... fresh!

6. Harini patutnya hadir meeting jk penganjur kolokium komposit jam 10pagi. Hehe, takpa la, keja dah siap, esok boleh followup keja yang perlu dibuat. Nampaknya bakal berjumpa lagi dgn sv NurAzmi dari jepun di kolokium tsb mggu depan.

7. InsyaAllah esok bertolak ke UPM. Target mggu depan siap paper review, insyaAllah. Pastu boleh bercuti dengan aman selama seminggu sempena Awal Muharram dan cuti mid-sem upm.

Tuesday, October 23, 2012

24-10-2012:

1.  Dah mula bercuti sempena raya korban jumaat ni. InsyaAllah esok gerak balik ke kampung :-)

2. Selesai ambik darah naurah di HSA isnin lepas. Kali ni cian kat naurah, sbb 4x cucuk baru berjaya ambil sampel. 3x nangis, 1x tertido sbb tahan sakit sebelum cucuk yg ke-4.

3. Xde ape2 sgt nak dibuat, 2hari jadi babysitter sbb maknye ade kursus di jb, hehe.

Thursday, October 18, 2012

siap

18-10-2012:

1. Malam ni hujan lagi. Rasanya dah seminggu sejak di serdang ni, tiap2 petang atau malam hujan. Hehe, alhamdulillah hujan rahmat :-)

2. Thri bw ex-student pekena gulai kawah pakya kat taman sri serdang. Syok jumpe dgn bekas2 student yg skrg dh jadi mber2, sembang2 psl keje dll.

3. Berakhir 2 hari berhibernasi di hostel. Alhamdulillah siap gak PDS utk brake lever. Erm, dari bulan april smpi hujung oktober la baru dapat setelkan PDS tu, hahaha. So tggu komen dr Sv n co-Sv utk pembetulan. Klu dah approve, dah bley proceed utk concept design n material selection plak. Yg mtrl selection mcm ok, bley pilih antara aluminium, glass-PA 6,6, natural fiber composites dan hybrid natural fiber composites. Cuma utk brainstorm concept design tu terpaksa la buka buka Triz balik, hehehe, Dah lama tinggal, dah lupa.

4. Esok ade kelas, pas kelas nak balik jhr. Otw singgah melaka ambik cheese tart tuek, hehehe, insyaAllah. Minggu depan smpi pas raya dah boleh rehat panjang kat johor.

Tuesday, October 16, 2012

Kira-kira lagi

16-10-2012:

1. Hujan jer sejak lepas asar smpi malam di serdang. Hujan rahmat tu, aminnn.

2. Pekena mihun sup + daging kat kedai PakYa di Tmn Sri Serdang pagi tadi. Mmg sedap wlupun doktor pesan jgn makan daging sbb buasir (sbb rasa dah baik, tu yg makan jugak tu!) Kos RM3.50 utk bihun sup, + RM1 utk horlick ais (takpenah2 minum horlick, tapi sbb buasir punya psl, telan jer la).

3. Siapkan brosur utk kolokium UPM-JMSS. Habis sehari gak la wat brosur tu. Dh setel tugas sbg ajk n dah pas keje setrusnya kat ajk lain.


4. Layan lagi pengiraan utk predict stiffness hybrid composite guna ROM dan RoHM. Ntah nape dapat plak idea utk try recalculate. Mcm biasa, isu yg tak dpt dirungkai sehingga skrg ialah cmne nak dapatkan nilai Ec1 dan Ec2 yg betol. Klu ikut email drpd Venkateshwaran (2012), dia guna Ec1=Ef1 dan Ec2=Ef2 dalam RoHM utk validate result eksperimen yg dia buat. Manakala drpd ape yg Prof Zhenmin Wu (Uni.of.Manchester) komen, kaedah 1 yg ditulis spt dibawah adalah betol.

Kaedah 1: Ec1 = Ef1(Vf1) + Em(1-Vf1), Ec2=Ef2(Vf2) + Em(1-Vf2)

Kaedah 2: Ec1=Ef1, Ec2=Ef2

5. Pastu ade satu lagi isu, bila nak kira guna kaedah 1, nak guna rumus Ec1=Ef1(Vf1) + Em(1-Vf1) atau Ec1=Ef1(Vc1) + Em(Vm)?? sbb nilai Vm dan (1-Vf) klu dalam kes hybrid akan hasilkan nilai yg x sama. Lagi isu psl kira2 ni yg belom selesai.

6. Apa2pun, aku kira juga guna dua2 kaedah, dan ni result yg diperoleh:
Kaedah 1:



Kaedah 2:

7. Kesimpulannya result kaedah 1 sama pattern dgn result yg aku dapat sebelum ni, yg mana -ve hybrid effect dikesan bila kenaf+glass dalam PP. Wlupun berlawanan drpd teori, tapi tu la hasil pengiraan yg diperoleh. Utk kaedah 2 plak, hasilnya sama cm teori, yg mana klu ditambah glass dalam kenaf, maka akan meningkat stiffness hybrid material tu. Tapi bila dibuat perbandingan dgn nilai fiber loading yg berbeza, berlawanan juga dgn teori yg mana bila fiber loading meningkat, stiffness pula menurun utk kandungan glass fiber yg sama.
Jadi cmne skrg? hahaha, aku pun dh pening. Cuma lega sbb kaedah yg Prof Zhenmin Wu verify tu hasilkan pattern yg sama dgn yg aku dh kira sblm ni. Logik atau tak? tu kena validate dgn eksperimen aje la, hahaha (gelak sorg2).




Sunday, October 14, 2012

Xtvt hjg mggu

15-10-2012:

1. Isnin, minggu ke-6 kuliah semester 1 sesi 2012/2013. Bnyk lagi milestone yg belum dicapai untuk projek semester ni. i) lit.review utk hybrid biocomposite, ii) lit.review utk brakelever design, iii) PDS, iv) concept design brainstorm guna Triz, v) design selection guna AHP, vi) mater.selection guna AHP... bnyk tu! kadar-kerja pon plahan skit skrg ni.

2. Apa2pun semlm sehari kat MIMC Melaka, layan UTeM Formula Varsity 2012. Tahniah kat penganjur utk edisi ke-4 kejohanan yg hebat di litar yg sgt mencabar. Very well organized event! Tahniah kpd team FKM sbb berjaya menang 2 hadiah tahun ni, 3rd place design n 3rd place racing. Juga 2nd place overall. Bodywork mmg cun kali ni, wlupun bnyk ler kosnya utk dptkan hasil yg spt tu. Its worth it plus dgn ilmu yg diturunkan oleh team ctrm kpd pelajar dlm proses buat bodywork tsb. Mold guna polystyrene jer tu, mmg hebat workmanship moldmaker thn ni. Average time (personal count) utk jentera UteM dlm 1min 22 saat per lap, dgn enjin lc135 carb uma 30mm opening cubprix mod.spec, double wishbone dual absorber push rod suspension... boleh dilajukan lagi utk event depan bg cecah <1min 17s.="17s." br="br">

URT @ UTeM Formula Varsity 2012 (14Okt2012)

Pemenang utk kategori FV Racing

3. Peristiwa menarik di FV2012 ialah kereta FTK yg buat 3x complete rollover masa sesi qualifying pada hari ke-2 event. Alhamdulillah driver selamat, thx to well designed main roll-hoop yg dimestikan utk sume keta yg bertanding dlm FV. Klu idak muram la suasana di litar dek insiden tu. Punca? ade yg ckp keta tu masuk corner 1 (slps straight di main grandstand) terlalu laju, n cuba buat corner mcm bentuk L utk cepat kluar drpd corner tu. Akibatnya suspension belakang sblh kiri patah kat ball-joint connection, mgakibatkan keta berpusing. Kesannya? right rear susp pun patah, trmasuk front right susp yg bengkok. Rollhoop pun bengkok, tapi skit jer la tak smpi ke kedudukan dibawah kepada driver. Mmg hebat design rollhoop diorg, wlupun terpaksa dibuktikan dgn cara yg tidak disangka. Pengajaran: safety first especially when racing :-)

4. Kat corner tu juga, mmg bnyk benda blh belajar terutama berkenaan vehicle dynamics n suspension behaviour. Real life scene cmne tire lock (tayar depan n belakang), camber yg swing smpi very -ve angle, oversteer (plg bnyk berlaku), understeer. Kat situ juga bnyk berlaku pelanggaran sesama  kereta yg berlumba. Menarik tapi sungguh merbahaya.

oversteer (source: wikipedia)

Oversteer diagnostic (source: drivingfast.net)

5. Makaseh juga kat tuek. Dpt servis keta KBE plus supply bateri kering baru. rm260 harga kawan2, keke. Dh bley standy bateri incase bateri weak mcm yg jadi mggu lepas. Dh dpt kesan nape bateri weak. Sebabnya lampu kat boot belakang menyala wlupun boot dh ditutup. Solution: cungkil kuar mentol yg menyala tu, hehehe. So tgk ler solution ni beraya selesaikan kenapa bateri tetiba kong.

6. Juga makaseh kat alumni fv2010 sbb sudi belanja briyani tmn tasik utama semlm. Mini gathering team fv2010.. passion for motorsport masih membara, hehe.




Friday, October 12, 2012

Menulis rujukan cara CASS Index

13-10-2012:

1. Dalam tempoh belajar ni, rupa2nya banyak cara penulisan rujukan yang digunapakai. Klu tulis tesis, lain caranya, klu tulis jurnal, lain pulak xcaranya. Cuma untuk jurnal, lagi bnyk cara yg diguna, dan yg baru belajar ialah cara tulis reference gunakan format CASS Index.

2. Kebetulan tgh siapkan manuskrip untuk Journal of Polymer Materials, baru tahu yg jurnal tu guna format Chemical Abstracts Service Source Index untuk tulis nama jurnal.
Cthnya cmni: Anon., J. Polym. Mater. 20 (2012) 20 = Nama penulis, Nama Jurnal, Volume (di-bold-kan), Tahun terbitan, muka surat permulaan bagi artikel tersebut.

3. Yg uniknya ialah kat cara tulis nama jurnal tsb, klu cara biasa ditulis Journal of Polymer Materials, tapi klu ikut format CASS Index ni, kena tulis sbg J. Polym. Mater. Pastu takper ditulis tajuk artikel tsb, serta muka surat pun cuma perlu tulis muka surat pertama artikel tu shj.

4. Mula2 surat gak nak tulis nama jurnal, sbb tak tahu apakah singkatan yg betul untuk digunakan. tapi alhamdulillah, setelah dipermudahkan olehNya, dpt juga sumber utk tentukan singkatan yg betul tu. Rupanya cara tulis singkatan tu berdasarkan format ISO-4, yg mana standard tu mengandungi semua nama singkatan yg piawai yg digunapakai sekarang. Ni linknya: http://www.issn.org/2-22661-LTWA-online.php

5. Jadi klu nak tau nama singkatan yg betul (correct abbrevation), cuma perlu ke link tu dan taip nama penuh perkataan yg nak dijadikan singkatan dan tekan 'search', nnt link tu akan senaraikan nama singkatan yg diperlukan. hehe, mudah mudah!

6. Pasni, Polymer --> Polym., Material --> Mater., Design --> Des., Composite --> Compos. dsbnya, kekeke. Mmg terbaekkk!

Kereta KBE

12-10-2012:

1. Keta KBE kesayangan merajuk lagi. Sekali lagi enjin takleh start sbb bateri weak. Semlm pun cmtu gak, tapi kebetulan ade abg,nizam staf ftk tolong jumperkan bateri tu dari keta dia. Seminggu keta tak start sejak jumaat lepas, sbbtu bateri weak kot. Or mmg bateri kering yg guna skrg dh nak expired dan kena ganti baru. Hai.. zakat kenderaan lagi, haha. Baru ja 2 mggu lepas tukar cermin depan keta KBE tu, sbb tetiba bonet depan terangkat masa bw kat hway n hentam cermin depan. 1ts time dlm hidup experience cmtu, tapi alhamdulillah bonet x melayang  n cermin depan cuma retak. Klu berderai taktau la apa nak jadi, mau menginap lagi kat hospital smpi hrni, hehe. Melayang lagi RM350 utk tukar cermin double layer keta KBE kesayangan. Bonet kemek skit, tapi masih blh guna. Kesiannn KBE.

2. Tapi ade hikmahnya kejadian bonet terangkat tu. Kebetulan mmg masa tu bontot pun sakit sejak seminggu awalnya. Rupa2nya aku dh terkena buasir, n bila gi check kat doktor, dah tahap-2 buasir aku tu. So kena telan ubat buasir 2x sehari, sapu krim Anucare dan makan ubat utk kecutkan bonjol buasir tu 2x sehari. 2 minggu juga la ambik ubat2 tu, n alhamdulillah skrg bengkak n sakit dh sembuh. Cuma rasa masih ada lagi buasir kecik yg tinggal, harap2 insyaAllah makin sembuh ke 100% la pasni. Nak try ambik pil herba plak utk rawatan selanjutnya. Jadi kesimpulannya, keta KBE mmg tau ownernya perlu rawatan (klu idak menanggung sakit le ms study), tu yg dia korbankan diri supaya ownernya dpt berehat hingga sembuh di umah. Mmg terbaek kuasa n hikmah Allah ni ye, hanya Dia yg Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

3. Harini selesai ujian 1 r.method. alhamdulillah dpt le jwb, moga2 result pun baik. Selesai urusan submit borang gi kursus ke ukm utk bulan depan di pej TDP.

4. Petang hujan lagi, dh 3 petang berturut2 hujan kat serdang ni. Hehe, hujan rahmat, alhamdulillah.

Wednesday, October 10, 2012

10-10-2012

10-10-2012:

1. Naurah dh selesai suntikan imunisasi di K.K.Kulai untuk umur 5 bulan. Alhamdulillah, dah 5 bulan berlalu dan semoga Naurah sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi Allah swt. Perkembangan terkini, berat badan 5.3kg. Tapi pemeriksaan drpd jururawat mendapati naurah menunjukkan perkembangan seolah2 kanak2 berumur 3 bulan. Nevertheless, alhamdulillah dgn apa yg Allah berikan dan semoga Allah berikan bantuan kepada baby girl kami utk hidup senormal yang boleh sepanjang hayatnya. Checkup di HSA semalam pun positif, hormon tyroxin T4 berada dalam keadaan normal, cuma hormon TSH yg agak rendah.
Drpd penerangan doktor, otak keluarkan hormon TSH, yg mana drpd situ akan bagi signal kepada kelenjar tiroid utk keluarkan hormon tiroksin (T4) yang cukup bagi perkembangan otak. Dalam kes naurah skrg, hormon T4 dia dah normal, tapi paras TSH pula yg rendah. Ini mungkin sbb naurah tgh ambil pil tyroxin (25mg per day), yg mana mmg cukup utk tambung keperluan otak (nota: masa lahir hormon T4 naurah rendah) tapi telah sebabkan kurang ransangan semulajadi drpd otak utk hasilkan hormon TSH yg cukup utk sistem tiroid naurah berfungsi dgn normal.

Jadi skrg ni, doktor dh ubah jadual ubat naurah, yg mana pil tyroxin 25mg tu diambil 2 hari sekali sahaja. Tapi 2 mggu dari skrg kena dtg semula ambil darah naurah utk tgh kesan drpd ubahsuai ubat tu. Drpd search yg aku buat, kaitan TSH dan T4 bagi sistem tiroid manusia dan kesannya kepada perkembangan mental spt ni:

Jadi, skrg ni keadaan naurah TSH: Low dan T4: normal --> mild hyperthyroidism. InsyaAllah semoga pasni TSH naurah pun kembali normal dan perkembangan otaknya pun dapat berkembangan dengan baik.

2. Selesai sudah semua temujanji naurah di HSA dan KK.Kulai untuk bulan ni. 2hb ambik darah, 3hb check mata, 9hb check tyroxin dan kesihatan di klinik kanak2, dan pagi tadi suntikan imunisasi di klinik kesihatan. Next appointment: 22 hb okt ambik darah, dan 30hb okt jumpe doktor di klinik kanak2 lagi.

3. Alhamdulillah, dpt submit satu jurnal paper ke J. Polym. Mater (India) utk stiffness prediction mgunakan micromechanical model RoM dan RoHM pada 8Okt. Wlpun resultnya terbalik kuang drpd teori, tapi harap2 reviewer jurnal tu dpt detect dimana error pada analisis yg dibuat. Aku sendiri dah buntu utk cari solution bg error tu, dh bnyk email kpd journal author yg lain yg buat study yg sama tapi cuma sorg jer yg respon setakat ni. Tu pun bila tanya lagi, trus dh tak jwb smpi skrg. Mungkin kacang sgt kot soalan aku tu, sbb diorg malas nak layan..apa2pun keje dh buat, tawakal jer la dgn hasilnya.

4. Esok (11okt) pulak ade kolokium ttg polimer anjuran bersama Jab. Kimia, Fak. Sains, UPM dan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) di Bilik Saintis Gemilang Fak.Sains, bermula jam 9pagi-11.50 pagi. Free jer kolokium ni, n ada tajuk2 yg menarik yg kena dgn projek yg aku tgh buat la.

5. Lusa pulak ade test utk subjek KBP5900 R.Method utk sem ni. Aiyarkkk.. takleh nak predict cmne la bentuk soklan utk subjek R.Method. Apa2pun, kena la study malam ni, hehe. (kene score min. B weh utk subjek ni!)

6. Wknd (14Okt) ade event formula varsity 2012 di MIMC melaka. Raceday hari ahad, 14okt. InsyaAllah kena turun melaka utk tgk hasil kerjatangan student2 utem di event tu. Mana tau, kot2 rezeki n tuah di pihak mereka, dapat jadi juara keseluruhan utk edisi tahun ni :-)

7. Balik drpd kolokium esok, maybe singgah ke Pusat Komp. UPM utk ambik password utk wifi U-spot-upm. Rugi dh byr yuran tapi xguna kemudahan tu. Kad diskaun siswa 1Malaysia pun kene gi ambik juga la kat GSO esok.

8. Harini gerak ke UPM naik bas Super Nice. Naik bas kul 2.10 ptg n smpi di serdang kul 6 ptg. Dpt ler jimat skit belanja transport, tiket bas cuma RM31 plus kos air n cokelat 2.50, total RM33.50. Jimat 60% drpd kos klu bw keta sendiri (Tol Rm38.20, minyak RM40, makan rm10) utk perjalanan yg sama drpd kulai-upm. Turun kat hentian sebelah serdang mghala ke utara, then jalan kaki 1 km drpd situ utk smpi ke kolej. Boleh buat lagi la pasni, hehehe. Cuma letihnya tgu bas jer la. Takpela, asalkan save skit n takde la rush pun utk smpi ke upm hrni. Cuma kena standby baju hujan or payung jer la, kot2 hujan turun masa menapak dr hentian serdang ke kolej, hehe.

Tuesday, October 02, 2012

Di HSA

3-10-2012:

Berada di hsa lagi pagi ni. Kali ni utk temujanji pemeriksaan mata naurah pula. Sejak mei hrtu, mmg x outus2 kami sekeluarga ke hospital, berselang seli dgn checkup di klinik kesihatan. Apapun, syukur alhamdulillah, Naurah berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Paras hormon tyroxin dia masih dalam julat normal, walaupun menghampiri border ke hyperactive. Perkembangan harian pun baik, menyusu, bercakap, tindakbalas kaki n tangan, senyum bila ada org sapa dia, selalu mengiring (dan pernah 2x meniarap, tapi pastu menangis sbb tangannya sangkut, hehe), dan checkup jantungnya bulan lepas dah menunjukkan lubang kecil yang ada masa lahir dulu dahpun tertutup, alhamdulillah. walaupun cmtu, masih ada lagi 3 checkup penting: mata, telinga dan hidung, dan hernia. Cuma yang membimbangkan ialah naurah masih berhingus hidungnya dan keadaan lutut kedua2 kakinya yang sedikit timbul. Harap2 semua tu akan sembuh secepat mungkin dengan izin Allah.