Monday, April 22, 2013

23-4-2013

23-4-2013:

1) Lost my wallet n hp yesterday kat asrama hostel. kejadian dijangka dalam tempoh kul 4,30-6,00 ptg. Bangun tdo cm biasa cari hp. Merata2 cari tak jumpe. Pastu perasan yg wallet atas meja pun xde. Haa, mmg dah sah la org dah curi ms tgh tido. Silly mistake tak kunci pintu. A costly experience but a very good reminder to myself for the future. Alhamdlh asalkan tak jadi perkara yg sama kat family dan rakan2. Tqvm kat abgnizam sbb sudi pinjamkan tel utk urusan telefon2 utk blok kad atm, sim card dan call ainur. Jazakallah.

2) The whole night at balai polis sri serdang n balai polis dato bakar baginda settling all the reports. Alhamdlh went fine. InsyaaAllah harini nak setelkan urusan buat kad pengenalan baru, kad atm n simcard plus hp. Nasib baik laptop tak ilang. Klu idak mmg trus lost communication dgn family n kwn2. So dlm masa terdekat ni nmpknya fb n email la saluran berkomunikasi rasmi, hehe.

3) Walaubagaimanapun, Allah Maha Adil. Sabtu lepas dapat 2 perkhabaran gembira berkenaan projek phd yg sedang dibuat. Alhamdlh 2 paper yg dihantar sebelum ni akhirnya diterima untuk penerbitan.

i) "Dear Prof. Mansor,
It is our great pleasure to inform you that your manuscript has been accepted for publication in JPM and is sent for processing in Press. Thank you for your interest to JPM. We look forward to your interest to JPM for future also.

Regards,
Dibyendu S. Bag
CO-EDITOR"

ii) "Dear Sapuan,
I am pleased to inform you that your paper "Hybrid natural and glass fibers reinforced polymer composites material selection using Analytical Hierarchy Process for automotive brake lever design" has been accepted for publication in Materials and Design.
Below are comments from the editor and reviewers.
Thank you for submitting your work to Materials and Design.
Yours sincerely,
Kevin Edwards
Editor in Chief
Materials and Design

Comments from the editors and reviewers:
Editor: Thank you for making the latest changes, which are satisfactory. Your paper is now considered to be acceptable for publication in the journal."


4) Dapat dua2 notis penerimaan serentak tu bila buka email pagi sabtu lepas. Alhamdlh, bila dah dpt official published copy pasni bermakna syarat minima utk lulus spt yg UPM perlukan dah diperoleh. Harap2 dapat acceptance juga bagi paper conceptual design, insyaaAllah. Motivasi yg sgt baik utk tahun ke-2 ni. TQVM kpd SV dan co-SV yg banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan kpd aku sehingga beroleh kejayaan penerbitan ni, alhamdulillah.

5) Sabtu: bw noeni jln2 jb. Dia mai tidoq semlm n ikut ke kulai sama2 dari upm petang jumaat sebelumnya. Hari sabtu juga lunch sama2 dgn azli n faizil sekeluarga. Diorg dtg jb utk sama2 melawat faizey kat hosp.pakar kempas sambil survey keta baru azli, hehe. Alhmdlh faizey dah recover drpd sakit Nicrotizing Fasciitis. Very lethal desease. Ptg sabtu dia dh boleh discaj dari hospital.

6) Insiden kehilangan wallet n hp ni membuatkan aku teringat balik satu cerita yang sama berlaku kat mber suhaimi di ukm tahun ni. Mbernya tu pelajar foreigner. Hilang keta masa parking kat solar park. Cuma sedar keta hilang bila dah petang n nak balik umah. Yg paling menyentuh hati, bila ayat pertama yg org tu kata bila dpt tau ketanya hilang ialah "Alhamdulillah, at least kejadian ni tak berlaku kat keluarga aku". Betapa redanya beliau atas ujian Allah, dan sentiasa berfikiran positif disebalik perkara buruk yg menimpa dirinya. Bayangkanlah dah ler student foreigner, dok negara org, dah sure sumber kewangan pun ketat, dan dgn keta tu la dia gunakan utk selesaikan urusan keluarganya di sini. Yet despite the incident, he's still cool n always thankful to Allah for it. Becoz he really knows that Allah know better in everything that had happened, dan dia reda atas ujian yg Allah berikan. I hope someday i can be at least 10% of him, and always thank Allah for the nikmat n ujian yg Allah berikan, insyaaAllah.

Tuesday, April 16, 2013

Prosedur Mengundi PRU13

Dipetik drpd mylaunchpad maxis:

Tanggal 5 Mei 2013, selaras dengan hari pengundian Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), pemilih (pengundi) warganegara Malaysia yang berdaftar wajib mengikut beberapa langkah untuk mengundi.
 
Pertama sekali, sebelum keluar mengundi, anda harus membawa bersama Kad Pengenalan anda yang akan disemak oleh kerani pengundian.
 
Apabila tiba di pusat pengundian, anda perlu beratur di luar bilik mengundi dan hanya akan dibenarkan masuk oleh anggota polis yang mengawal pintu masuk tersebut.
 
Seterusnya, kemukakan Kad Pengenalan anda untuk disemak oleh kerani pengundian pertama. Anda juga perlu tunjukkan tangan anda untuk diperiksa bagi memastikan tiada kesan dakwat pada jari-jari anda. 
 
Selepas itu, gerak ke kerani pengundian kedua yang akan minta anda meletakkan tangan anda di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari. 
 
Sebelum anda menerima kertas undi dari kerani pengundian ketiga, nombor dan nama anda akan ditanda oleh kerani pengundian pertama. Setelah nama anda disebut, ambil kertas undi daripada kerani pengundian ketiga. 
 
Langkah seterusnya ialah untuk anda bergerak ke petak undian dan tanda ‘X’ pada ruang calon dalam kertas undi anda. Ingat, anda hanya boleh memilih satu calon sahaja.
 
Selepas selesai membuat pilihan calon, masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
 
Apabila sudah selesai mengundi, anda tidak dibenarkan menunggu di dalam bilik mengundi dan harus keluar dari bilik mengundi dengan segera.
 
Proses pengundian akan diperhatikan oleh ejen-ejen calon yang dilantik dan jika anda mempunyai pertanyaan, anda boleh rujuk kepada Ketua Tempat Mengundi.

Friday, April 12, 2013

13-4-2013

13-4-2013:

1) Alhamdulillah, pada 5/4/2013 yg lepas, genap setahun sambung belajar di UPM. Dah complete mtrl selection sampai concept design dalam tempoh setahun tu. Bnyk yg telah aku bljr dalam tempoh setahun yg pertama ni, dan harap dapat bnyk belajar lagi dan yg paling penting dpt deliver results spt yg dirancang lepas ni, insyaaAllah.

2) Harini berada di UPM semula selepas cuti panjang hmpr 3 minggu di kulai. Sepanjang 2 mggu family tak sihat (mak cirit birit, adam demam, naurah demam n kembung perut). Tp alhamdlh depa semua dah sihat, cuma naurah masih dok kembung2 perut lagi. InsyaaAllah harap baby naurah cepat sembuh.

3) Terasa free betol harini lepas dah selesaikan urusan2 tertunggak utk projek skrg. Ringan jer rsnya bahu ni hehehe. Alhamdulillah 2 proposal dah submit utk geran sukan kpt dan sciencefund mosti. 2 paper dah dibuat pembetulan. 1 lagi dah selesai pinda ikut format Mater.Des. Harap semuanya dapat diterima insyaaAllah.

4) Dari mid mac smpi mggu lepas mmg penuh jadual naurah. Klinik paed, ent, surgery, klinik kesihatan, kiwanis... berderet2. Tp alhamdulillah kesihatan naurah makin baik. Kaki pun makin kuat dan harap naurah dpt berjalan dgn normal secepat yg boleh insyaaAllah.

Gambar2 terbaru my family:

Anak beranak posing sebelum nak pi kenduri amin

I'm airbone!

Kenduri amin di ayer baloi pd 31.3.2013! Mmg terbaekk!

1st time tgk F1 sepang wlupun cuma hari 1st practice (free, hehe). Bsama geng2 lab uzair,sai n muslim. Mmg terbaekkk la. Berdebar jantung ms dengar bunyi2 merdu enjin!

Posing sat kat jusco sambil tggu siap beli hadiah amin.

Jalan2 ke pontian sambil beli ikan segar bsama keluarga mertua

Motor baru atok din yg adam n haikal dah rasmikan hehe

Balik legoland mmg wajib kena pau tuttifruti dgn adam

Flowers of my family

Naurah n maktok tgh beli ikan. Buat muka comel la pulakk huhu

Self-expression

Muka syok masuk legoland...lagiiiii

Ni pun muka syok juga masuk legoland... hehehe