Thursday, November 29, 2012

Naurah 7 bulan

29-11-2012:


1. My precious little naurah di usia 7 bulan tgh melayan baby.tv kat umah, hehe

2. Lunch bersama senior lect afza n senior eng. brader nizam di kedai pakya

3. Selesai report bil.10/2012 - AHP for mtrl selection. Kena selesaikan referencing format plak pasni.

4. Sabtu lepas pi berbuka posa di restoran hj. shahrin low cawangan seksyen 7 s.alam. Order menu chinese style dgn kos berikut:-
(Nasi putih x2=3.60, ayam pasir mas=18.00, sotong telur masin=15.00, kailan cendawan bwg putih=12.00, air milo=2.00, jus oren=3.50, Jumlah=54.10).
Bley tahan gak harga dia, tapi masakan sedap dan lain dari yg lain.

5. Ahadnya bergerak memanjat bukit broga kat semenyih bsama geng2 lab (uzair, sairizal, hatim n muslim). Mmg best, tapi utk yg gayat cm diri ini mmg ambik masa skit la nak sesuaikan diri. Kemudian ramai2 gerak ke kaki gunung nuang berdekatan sg congkak utk mandi manda!










6. Selasa: Pekena durian dari Langat di lab bsama mber2. Seguni durian kampung dgn kos 60hinggit abis dikikahkan..termasuk ler dgn sv, hehe.

7. Rabu: Melawat MAHA2012 di bukit MAEPS, serdang bsama mber2 lab. Mmg gempak pameran tu. Wlupun dari thri sampi asar kat sana, tak abis gak melawat semua pameran kat situ. Yg paling berbaloi ialah dpt tgk dengan mata sendri pokok Kenaf!! Alhamdlh... seakan2 dah dapat lesen utk buat keja berkaitan dgn kenaf ni, haha. Pokok seakan pokok bendi, tempoh matang 90-120 hari, sama spesis dgn pokok bunga raya, daun pun sama mcm daun bunga raya, asal dari barat afrika. Beli 2 beg alatulis yg diperbuat dari kenaf, haha, sbg souvenir :)

Saturday, November 24, 2012

24-11-2012

24-11-2012:

1. Alhamdulillah, medical checkup kat naurah tadi tunjukkan yg naurah sihat wlupun dh 16 hari tak berak. Hari khamis jumpa dr di klinik pembedahan utk followup.Semoga Allah melindungi baby istimewa kami yang comel ni.

2. Berada di upm wkend ni selepas 2 mggu cuti rehat di kulai sempena cuti sem break sejak 10nov lepas. Selamat dah menyambut 1 Muharram 1434H bersamaan 15Nov2012. Semoga amalan di tahun baru ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya, in-shaa-Allah.

3. 10Nov 2012 ada konvo tadika adam (kembara warisan) di ioi mall bdr putra. Seronok tgk adam buat persembahan dan terima hadiah. Dapat no.2 terbaik akademik utk pelajar umur 4 tahun. Alhmdlh, semoga adam membesar menjadi anak yg soleh, berjaya dunia dan akhirat dan dapat menjaga adiknya dengan penuh kasih sayang hingga akhir hayat, amin.





4. Nov2012 ade kolokium upm dgn wakil jsms dari jepun. Pertama kali ambik pengalaman jadi pengacara majlis. Dapat jumpe mber lama azmi yg kebetulan join perwakilan dari jepun tsb ke upm.

5. 1 Muharram hrtu juga buat BBQ kat umah. Bakar ayam, ikan cencaru, ikan tuka n sosej ramai2 bsama keluarga tok din. Semua sedara tok din di jb dtg ke umah makan2 mlm tu. Alhamdlh, bley buat lagi acara yg sama pasni.

6. Akhirnya mggu tu juga selesai repair suma perkakas elektrik yg rosak. Tukar 2 lampu dan 1 kipas. He3, pasni klu ada rezeki lebih nak repair bilik tgh plak supaya dpt tetamu stay kat umah. Kos lampu dan kipas serta kos pasang = 45+159+100 ~rm300.

7. Selesai submit paper ke simposium UPM-UniKL on polymer materials. Bakal dibuat jan 2013 anjuran bersama UPM dan UniKL melaka. Alhmdlh.
Cuma masih sangkut utk 3 report lagi: brake design, hybrid composite dan mtrl selection. Adoii...bnyk lagi blm siap nih!

8. Juga selesai submit test 2 subjek research method semalam. Alhmdlh. Tggl 1 final exam dan 1 asgmnt lagi utk diharung bagi sem ni.

9. Satl nak pi jumpa noeni di s.alam, in-shaa-Allah. Klu ada rezeki juga esok pagi panjat bukit broga dgn mber2 lab, hehe.

Wednesday, November 07, 2012

7-11-2012

7-11-2012:

1. Selesai kursus Workshop on Rheology anjuran UKM selama 2 hari. Mmg mantap kursus ni, pagi sampai thri sesi kuliah dan sebelah petang sesi praktikal menggunakan alat reometer. Walaupun diakhir kursus kesimpulannya reologi tak berkait sangat dengan projek yg tengah jalan skrg, tapi sekurang2nya dah ada asas tentang reologi dan mmg boleh sgt2 klu nak dilanjutkan projek skrg untuk sentuh aspek reologi pula di masa hadapan. Kursus yang sangat disyorkan untuk beginner dalam reologi.

2. Selesai buat pembetulan untuk PDS brake lever. Tggu komen selanjutnya. Esok sambung semula kerja utk review ttg brake lever.

3. Mmg betol la, bila dah jadi student, dapat rasa balik tekanan dan kebuntuan bila buat projek penyelidikan ni. Tapi mcm biasa, bila lepas jumpa sv, kebuntuan hilang, idea pun datang dan semangat pun naik. Lepas 2/ 3 hari jumpa sv, kebuntuan dtg balik, idea pun jadi samar2 dan semangat pun jadi kurang. Hahaha, kesimpulannya, rajin2 la jumpa sv :-)

4. Pengalaman jadi pelajar phd ni mengajar satu benda yang penting, yang mana bila dah keja selalu dilupakan. Iaitu bahawasanya semua ilmu itu milik Allah, dan selalu kena mohon agar diberi petunjuk / hidayah / dibukakan hati dan akal dalam menyelesaikan urusan harian. Bila dah keja, sebab asyik buat dan tahu benda yang sama, kekadang leka dan ambil mudah. Bila dah belajar, baru sedar setakat manalah ilmu yg kita ada jika nak dibandingkan dgn ilmu Allah, dan jika Allah tak beri petunjuk, cuba sedaya upaya cmna pun kita tak dapat selesaikan urusan yang ingin diselesaikan. Mmg benarlah nikmah menuntut ilmu ni, sbb ianya akan mendekatkan kita dengan Allah swt dan mengakui Allah Maha Kuasa dan Maha Bijaksana.

5. Selain tu, dalam proses pembelajaran ni juga dapat merasai erti sebenar ayat 153 Surah Al-Baqarah yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” Memang benar, dalam proses belajar ni serta semua proses kehidupan, kesusahan atau ujian daripada Allah akan sentiasa ada, tapi dengan memohon pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat, ianya akan dapat diatasi InsyaAllah.

Kesimpulan kursus reologi spt yg difahami:
1. Reologi adalah kajian tentang "aliran dan perubahan yang berlaku". Ia berkait rapat dengan kelikatan bahan dan perlakuannya.
2. Bahan yang sering dikaji dalam reologi ialah bahan visco-elastic (separa pepejal), yang mana bahan tsb mempunyai ciri-ciri elastik (pepejal) dan viscous (bendalir) dalam masa yang sama. Dengan diberikan tertentu daya, bahan tersebut akan berubah bentuk dari pepejal ke bendalir atau sebaliknya.
3. Governing equation: viscosity = shear stress (Pa)/shear rate(s-1) = Pa.s-1.
4. Bahan yang sukar mengalir = kelikatan tinggi (high viscosity) spt pepejal; bahan yang senang mengalir = kelikatan rendah (low viscosity) spt air.
5. Cecair newtonian = cecair yang mengalir dengan kelikatan yang tetap sepanjang masa, cecair bukan newtonian = cecair yang mengalir dengan berubah kelikatannya mengikut perubahan daya yang dikenakan terhadapnya.
6. Parameter asas dalam kajian tentang reologi adalah kelikatan, daya ricihan, kadar regangan akibat ricihan (shear strain rate), kawasan dan nilai linear viscoelastic (LVE), titik gel (gel-point/cross over point), G' (storage modulus = modulus di bahagian elastic bahan separa-pepejal). G'' (loss modulus=modulus di bahagian viscous bahan separa-pepejal) dan tan delta (loss factor atau damping factor, tan delta=G''/G' = nisbah antara bahagian viscous dan bahagian elastic bahan separa-pepejal tsb).
7. Perlakuan bahan visco-elastic yang ingin diketahui ialah flow curve (shear stress vs shear strain rate atau shear stress vs time), dan graf G',G'' vs shear strain rate (amplitude sweep) serta G',G'' vs frequency (frequency sweep).
8. Flow curve memberitahu samada bahan separa pepejal menunjukkan samada sifat i) ideally viscous (kelikatan malar), ii) shear-thinning (berubah dari kelikatan tinggi ke rendah)  atau iii) shear thickening (berubah dari kelikatan rendah ke tinggi), apabila dikenakan daya ricihan.
9. Viscosity curve memberitahu samada bahan separa pepejal tsb menunjukkan perubahan sifat pepejal-ke-cecair atau cecair-ke-pepejal sepanjang proses daya dikenakan.
10. Alat biasa untuk mengukur kelikatan ialah reometer, dan ada 3 kaedah pengukuran iaitu menggunakan pengukur berbentuk kon-dan-plat (cone-and-plate), plat selari (parallel plate) dan cawan (cup).
11. Alat reometer membekalkan daya ricihan kepada bahan yang ingin diuji melalui pergerakan secara pusingan (rotational) ataupun ayunan (oscillatory).

Saturday, November 03, 2012

4-11-2012

4-11-2012:

1. Joging pagi di trek joging kolej-10. Buat 3 pusingan x 1.2km/pusingan = 3.6 km jarak berjalan. Mmg terbaekkk! Sblm tu pekena roti canai 2 keping, habis joging pekena milo ais sebungkus. Terus cancel-out kalori yg dibakar, kekeke. Sempat juga pusing2 kwsn olej kediaman upm smpi ke bukit ekspo. hehe, saja melihat kawasan..

2. Semlm melawat afza & keluarga di bdr sri permaisuri, KL sambil makan thri kat umah dia. Bbrp kali tersesat hingga nak smpi ke KLCC, tapi mujurlah jumpa jugak jalan yang lurus.. hehe. Apa2pun biasala, klu x sesat mmg x KL-lah org kata, haha. Sempat bungkuskan ayam bkr n ikan keli bkr utk dibawa ke umah afza. Cuma tak sempat nak tgk baby afif sbb tido thri, hehe. Tapi siap bw balik oleh2 rempeyek sebalang lagi tu drpd tuan rmh. TQVM bro :-)

3. Masih bertungkus-lumus menyiapkan report utk brake lever design. Mgg serius takde idea kali ni. Tak brp nampak cmne nak jalan ceritakan report tu. Sbbnya x cukup reference utk brake lever design. Hanya bley cerita secara umum jer, tu pun tak bnyk isi yg boleh dimasukkan dan banyk goreng kosong jer. Maknanya Allah blom bagi ilham lagi utk report kali ni. Semoga Allah beri petunjuk untuk siapkan tugasan terbaru ni.

4. Jumaat mber2 lab ajak pekena nsi campur kat padang (tmn sri serdang) juga chicken chop best area sana huga sebelah malamnya. TQVM geng. InsyaAllah nnt bley layan lagi makan2 kat situ.

5. Nak siapkan juga report harini.. insyaAllah semoga dipermudahkanNya.