Thursday, July 25, 2013

26-7-2013

26-7-2013:

1) Alhamdulillah, dah masuk hari ke-17 ramadan harini. Hari yg sangat baik..sempena turunnya al-quran, alhamdulillah :-).

2) Byk rezeki Allah bagi kat kami sekeluarga sepanjang ramadan ni. Pertama skali, alhamdulillah hasil checkup di klinik ENT dan Pembedahan, naurah dah beransur sihat. Masalah sembelit dah kembali normal, juga hasil ujian pendengaran mendapati tahap pendengaran naurah di 30 dB. Klu normal ialah 20 dB. So tinggi skit dari normal, yg mana efeknya mungkin menyebabkan naurah mungkin agak sukar mendengar bunyi dalam keadaan bising. Sebabnya ialah doktor syak ade cecair yg berkumpul di telinga tengah. Apa2pun yg penting naurah x perlu jalani pembedahan spt yg dijadualkan pd 6Ogos ni. Tapi kena dtg buat rawatan susulan di klinik ent semula 6 bulan lagi sambil monitor keadaan dia. Alhamdlh...lega dengar keputusan yg naurah sihat. Cuma skrg ni naurah dh ambik ubat tyroxin tu sehari sekali berbanding 2 hari sekali sebelum ni. Bulan sept nnt dtg ambik darah lagi di klinik kanak2 utk check perkembangan hormon T4 dan TSH.

3) Alhamdulillah akhirnya isteriku dah selesai proses pengesahan keputusan phd beliau daripada senat UTM serta semlm dah dapat surat pengesahan drpd sgs utm utk kelulusan phd tersebut. Tahniah...mmg terer la wife aku ni..kena panggil Dr. Mak plak la kat umah pasni, hehehe. Semoga beliau makin bermotivasi untuk menyumbang kembali segala ilmu yg ada kepada pelajar2nya serta makin berkembang karier di masa depan, in shaa Allah.

4) Juga dapat berita yg mber UTeM, Dr.Arab (hehe) dah berjaya dalam viva beliau minggu lepas. Tahniah.. the first person among us whom finally passed the phd challenged..mmg terbaekkkk!!

5) Alhamdulillah paper ke-3 ttg brake lever concept design and selection dah dpt reply. Dah hantar pembetulan kpd examiner pagi tadi. Semoga Allah kurniakan kejayaan untuk paper ke-3 ni, ameen.

6) Agak produktif juga buat paper setakat bulan posa ni. Alhamdulillah dpt siapkan 2 paper conference ke ICE-SEAM anjuran UTeM dan ICAM2E anjuran UPM. Klu kedua2nya diterima maka kena standby duit RM800 + RM1200 utk byr yuran conference tsb. Nasib baik ade lg duit elaun sara hidup yg kpt bagi. Buat rolling utk byr kos2 pengajian yg cmtu jer la. Yg paling puas hati ialah paper ttg brake lever LCA. Wlupun gunakan kaedah analisis yg mudah tapi hasilnya agak memuaskan yg mana dpt bandingkan prestasi bagi dua bahan berbeza iaitu GF/PP dan hybrid KF/GF/PP. Alhamdulillah, semoga kedua2 paper tersebut diterima, ameen.

7) Lagi 13 hari nak berpuasa. In shaa Allah tahun ni beraya kat kedah :-). First time naurah raya pertama di sana. Blh berpuasa byk hari juga gak kg tahun, in shaa Allah.

8) Next plan: siapkan fullanalysis utk LCA gunakan software Simapro. Juga kena submit proposal geran penyelidikan internal upm sebelum pertengahan ogos nnt. Semoga Allah permudahkan urusan yang dirancang, ameen.

Sunday, July 14, 2013

14-7-2013

14-7-2013:

1) Mcm2 perkara berlaku beberapa hari kebelakangan ni sejak last entry. 1st mak masuk hospital lagi sbb ada masalah nak telan makanan. Punca ialah sbb otot tekak tak berfungsi dengan normal, jadi mengakibatkan makanan pejal yang dimakan tak dapat dihadam dan dimuntahkan kembali. 2 hari jadi cmtu, then hari ke 3 trus dimasukkan ke hospital. alhamdlh tak lama, n skrg mak dah ada semula kat umah dan sihat seperti biasa.

2) 10julai lepas bermula 1 ramadan 1434H. Alhamdulillah dah masuk bulan ramadan kembali. Semoga amalan tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya di samping dapat kurangkan skit berat badan, hehe.

3) Alhamdulillah khamis lepas dah berjaya submit paper ke ICE-SEAM 2013. Semoga diterima paper tersebut, insyaaAllah. Not bad gak la untuk 6 muka surat, walaupun terpaksa dipendekkan drpd asal laporan berkaitan LCA yg 10+ muka surat. Puas hati jugak utk laporan progress bil.3/2013 ni wlupun dimuatkan LCA ringkas menggunakan kaedah Eco-Indicator 99, itupun cuma perbandingan berdasarkan general eco-indicator score dan bukannya lebih detail sehingga ke damage impact categories (human health, resources dll). InsyaaAllah pasni harap dpt buat yg lebih detail menggunakan software simapro yg dh dpt full akses untuk 6 bulan.

4) Naurah plak kena demam yg teruk sejak rabu. Siap berkejar ke klinik kul 3 pagi sbb demam dia makin tinggi, plus selsema yang tak reda. Then kena pulak alahan di kulit disebabkan alah terhadap antibiotik. Erm, cian little princess. Dpt tau alahan tu pun semlm bila ulang ke klinik semula bila nmpk byk tompok2 kat badan. So skrg alahan dah stabil, harap2 cepat sembuh.

5) Hrni hari ke-5 berpuasa. Hehe. Aman menikmati puasa kat umah, peluang yang jarang2 dapat klu dah balik bekeje semula. Semoga dpt manfaatkan masa berharga ni selagi ada peluang di sambil masih dapat siapkan keja seperti yang dirancang, insyaaAllah.