Sunday, November 21, 2010

minggu akhir di brisbane

not feeling very well, got myself serious gum problem.
Kena pulak kat gigi geraham kiri, yg paling dlm. Mmg sakit betol! Palinh sakit bila menjelang malam. Takleh tdo dibuatnya. Asyik kena makan panadol je utk tahan sakit. Dh hr ketiga sejak jumaat lepas. Terencat skit plan jalan2 di minggu terakhir kat sni.

Tp alhamdulillah, disebalik tu ainur dpt selesaikan misi dia di sni dgn baik. Dia pun gembira bila dapat feedback2 yg positif psl projek phd nya. Wlupun dia terpaksa all-out kat sni, sediakan semua keperluan utk aku n adam sblm ke uni dan balik dr uni, juga selesaikan mcm2 urusan dgn mcm2 org di brisbane n gold coast utk projeknya, tp alhamdulillah in turn out very good for her. Dh ler kat sni kami pun asyik terpaksa melayan karenah adam yg abnormal nakalnya (boring ditambah dgn kekangan ruang dok di umah ni..smpi kena sound dgn tuan umah sbb melalak malam2), tp makin dh nak balik ni adam pun mcm faham jer dan dh kurang angin panasnya.

Harap ainur dpt balik nnt dengan keyakinan baru dan dpt siapkan phd nya dengan baik dalam masa yg dirancang. Juga harap sakit ni cepat2 la hilang, insyaAllah. Ni pun kul 4.46 pagi brisbane br je telan 2biji panadol lagi, huhuhu. Sabar jerla.. :D

Sunday, November 07, 2010

Di Brisbane, Australia 2010

8-11-2010 (5.33pagi waktu brisbane):

Alhamdulillah, kami sekeluarga skrg telah hampir seminggu selamat berada di bumi Brisbane Australia. Satu lagi negara baru yang jauh dari Msia. Kami sekeluarga bertolak ke sini pada 1 November 2010 jam 10 mlm waktu msia dengan menaiki pesawat A330 AirAsia-X terus dr LCCT KL ke Coolangata Airport, G.Coast. Perjalanan hampir 8 jam alhamdullilah sangat baik, adam terus tido sepanjang penerbangan dek keletihan amat sangat gara2 bnyk bermain sblm tu. Kami bertolak dr Kulai jam 11pagi, dan sampai di rmh pakcik det di kuarter kastam klia jam 4ptg. Pak, pakchaq, borhan & noeni pun dh siap tunggu kami di sana. Jam 6.30 petang, kami bertolak ke LCCT utk check in bsama keluarga pakcik det. Di LCCT, keluarga ainur pun dh siap menunggu kami di sana. Alhmdlh, urusan check in dan boarding berjalan lancar, takde masalah masa pemeriksaan kastam dsb. Muatan bagasi pun dalam had yg dibenarkan, kamu cuma check in 40kg muatan shj drpd 60kg yg dibenarkan.

Semasa dlm penerbangan, alhamdulillah dsbbkan ainur dh buat pre-booked seat dan meal, kami duduk 3org sekeluarga dalam barisan yg sama (tepi tingkap plak tu..seat 9H,J & K). Mmg rasa selesa kali ni berbanding pengalaman ke Coventry dulu, mungkin sbb tak berapa keletihan dan lebih bnyk persediaan berbanding dahulu. Menu di atas pesawat: Nasi Lemak Pak Naseer mmg sedap.. habis satu pinggan aku makan kali ni, he3. Semua makanan yg dijual di atas pesawat dalam RM, jadi mujurlah ada duit RM yg aku bw bersama dan dpt diguna utk beli air kotak milo utk adam. Penerbangan pun baik, takde turbulen yg teruk, rasa selesa betol kali ni. Dlm fligt, kami dikehendaki mengisi borang utk declare brg2 yg dibawa utk diserahkan kpd kastan australia setibanya di airport nnt.

Jam 7.45 pagi waktu Gold Coast, alhamdlh kami selamat mendarat di Coolangata Airport, Gold Coast. Airport biasa jer, nmpk lebih canggih LCCT berbanding airport ni. Pemeriksaan kastam Australia pun berjalan lancar. Tips supaya diasingkan pakaian dan brg2 makanan kering di beg yg berlainan mmg sangat baik. Juga tips supaya disenaraikan barang2 makananan yg dibawa, dan tunjukkn list tsb semasa pemeriksaan kastam sgt membantu. Cuma perlu patuh kpd larangan kastam di sini yg mana makanan berunsurkan susu takboleh dibawa masuk (termasukla milo instant 3-in-1). Semasa pemeriksaan kastam juga kami serahkan borang yg telah diberi sblm ni, jgn risau utk jujur dan declare brg2 yg dibawa, insyaAllah dipermudahkan urusan semasa pemeriksaan kastam. Ubat2 adam juga tak terkecuali.

Jam 9pagi, kami selesai check-out dan akhirnya keluar drpd airport. Suami rakan ainur, Abg Zahid telah siap menunggu kami di sana. T.kasih bnyk2. Lega rasanya bila ada yg sudi menolong utk menghantar kami sampai ke rumah selepas perjalanan yg jauh, tambahan dgn mbawa ahli keluarga dan muatan beg yg banyak. Kami dibawa ke rmh beliau di gold coast, berhampiran Uni.of Griffith Gold Coast Campus. Kat sana kami berjumpa dgn keluarga Abg Zahid, dihidangkan makan thri nasi ayam dan lasagna yg sangat sedap. Sempat mandi utk segarkan badan serta solat jamak sblm meneruskan perjalanan ke Brisbane.

Jam 1.30 petang (zhor masuk awal kat sni, jam 11.30pagi), kami bergerak dengan bantuan abg zahid ke brisbane. perjalananan sejauh 90km mmg seronok, sambil2 berborak panjang dan menikmati pemandangan di bumi australia. Mmg nampak kelainannya drpd msia. Jam 3.00 petang, kami sampai tepat di lokasi rmg sewa iaitu di No *, Springwood St, Mount Gravatt East. He3, dok di rumah kayu yg cantik la pulak kami kali ni. Selepas berurusan dengan tuan rmh, Pn Debbie dan selesai urusan mendapatkan kunci, kami pun dapat la berehat di bilik yg disewa sehingga akhir bulan ni. Wlupun bilik sewa mmg mahal iaitu AUD200 seminggu, tp termasuk kos elektrik,air dan internet. Kami juga dikehendaki membayar deposit 2 minggu (AUD400) serta deposit kunci (2 set=AUD100) bersama sewa 2 minggu pertama. Deposit disni berbeza dgn msia, deposit di sini adalah bagi cover kos2 baikpulih oleh tuan rumah sekiranya penyewa membuat kerosakan di dalam premis yg disewa. He3, klu di msia, deposit rmh ialah bagi mengelakkan penyewa tak membayar sewa bulan berikutnya. Jadi kami kena la hati2 supaya bilik yg disewa berada dalam keadaan yg baik sepanjang tempoh sewaan bagi ngelakkan deposi ditolak oleh tuan rumah. Sama juga keadaannya seperti di UK. Tp mmg agak mencabar memandangkan ada anak kecik yg mmg aktif dan nakal.

..tamat episod 1 di brisbane. T.kasih byk2 kpd abg zahid sekeluarga yg sgt bnyk membantu kami sekeluarga di sini. Semoga Allah membalas budi baik mereka, aminnn..