Thursday, June 27, 2013

28-6-2013

28-6-2013:

1) Last day di UPM. Plan insyaaAllah nak balik ke kulai semula satgi utk bercuti panjang sampai pas raya, hehe. Unfortunately dpt berita yg mak masuk spital lagi, kali ni sbb muntah2 bila tiap2 kali makan. Nasib baik Yatie kebetulan dah setel dan hrni balik ke a.setaq. Semoga sakit tu segera Allah sembuhkan, ameen.

2) Alhamdulillah selesai present paper di ISAHP2013 kat hotel istana hari selasa lepas. Program selama 4 hari bermula 23-26jun2013 ni mmg terbaek. Kali pertama hadir di simposium antarabangsa, yg mana kali pertama tgk jumlah peserta dari luarga negara jauh mengatasi peserta dari Malaysia. Dah ler dlm simposium tu dpt jumpe live dgn otai2 dalam bidang AHP/ANP ni termasuk isteri pengasas kaedah ni iaitu Rozann Saaty, juga key player lain dlm bidang ni spt Prof Wedley, Prof Vargas, Prof Asma, Prof Birsen Karpak, Prof Kirti, dll lagi yg mmg otai2 belaka (dah praktis dan join AHP ni sejak simposium pertama tahun 1988 di China dan sejak AHP diformalkan tahun 1977!!). Mmg menarik giler..menambahkan semangat utk jadi berilmu mcm diorg ni insyaaAllah. Jga dpt jumpa komuniti AHP/ANP di Malaysia spt Prof Rafikul (UIA), PM Latif (UPM), Dr.Rizza (UMP), Dr.Hambali (UTeM) dan Dr.Shukri (UUM), Azroy (UTeM)...boleh la buat link pasni, hehe. Bnyk idea dpt drpd simposium ni yg boleh diaplikasikan utk future works, terutama yg melibatkan ANP. Tapi kena ada asas modeling skit la utk guna teknik ni hehe.

3) Alhamdulillah dpt kebenaran drpd Pre-Sustainability utk guna full version software SimaPro, atas tiket Faculty License for non-OECD countries selama 6 bulan. Siap dpt ecoinvent databasa gak tu. Tqtq! Semoga Allah permudahkan urusan dan dapat selesaikan LCA dgn baik.

4) Jerebu yg teruk sejak minggu lepas. Dah alhamdulillah selepas 2 hari ujan wlupun skit, jerebu makin berkurang. Mmg jelas jerebu kali ni, dasyat sungguh. Mungkin tu la sedkit bayangan yg Allah nak bgtau kepada manusia di Malaysia cmna bila nak kiamat nnt bila masa tu asap2 akan keluar dari bumi. Semoga aku mendpat hidayah daripada petunjuk Allah ini.

Latest pic from my family:
Gambar budak comei baru lepas sepahkan suratkhabar MaTok dia...

Thursday, June 20, 2013

20-6-2013

20-6-2013:

1) Semlm selamat tiba semula di upm selepas lama bercuti sejak 29 Mei lalu. Alhamdulillah selesai siapkan final exam untuk subjek FHH5504 wlupun berlarutan smpi dekat subuh pagi tadi. Tggu nak submit saja sbb due datenye esok.

2) Alhamdulillah selasa lepas akhirnya dapat makluman yg paper ke journal of polymer materials akhirnya dah diterima untuk penerbitan. Selepas 6x revision, ada gak rezeki dari Allah kpd aku. Syukur.

3) 2 minggu lepas alhamdulillah Naurah dah boleh merangkak dengan baik. Mmg syok tgk dia merangkak sini sana. Bye-bye era mengesot ke belakang hihi.

4) Balik bcuti bersama keluarga ke alor setaq. Alhamdulillah syok tok n wan n toknek tgk cucu n cicit dah balik. Dah lama tak balik kg, terakhir masa naurah umur 3 bulan n kali ni naurah dh umur setahun sebulan! hehe. Apa nak buat bnyk kekangan masa disebabkan jadual temujanji naurah yg padat di HSA, KK Kulai dan Kiwanis Kulai.

5) 16/5/2013 ms otw balik dari kedah ke johor sempat singgah n tidoq semlm di Melaka bsama family. Menginap di Emperor Hotel dkt jln hang tuah. Puas bw family berjalan2 di pantai klebang, makan seafood di sana. Esoknya sempat melawat muzium kapal selam di klebang juga sebelum singgah makan thri bsama faizil, lokman n azli di restoran kari kepala ikan hjh rahmah. TQ faizil n azli sbb belanja kami sekeluarga.

6) Rehat pun dah lama... keje utk LCA masih blom siap. Dari tgh bulan april haritu smpi skrg (dah 2 bulan setengah) masih xdak hasil lagi utk LCA. Mencabaq betol la skop kali ni. Semoga Allah bantu mempermudahkan urusan untuk skop ni, insyaaAllah. Apa2 pun kena buat jugak skit report drpd takdak langsung, at least ada gak value added utk kerja ni. Masih pending keja sbb takdpt nak akses software LCA di utm ikut perancangan. Tp kebetulan dpt nasihat drpd PM Norhashimah dari USM yg bgtau bhw kita bley mintak fullsoftware tu skali dgn database eco-invent V2 secara percuma selama 6 bulan bagi pemohon dari negara non-OECD. Just perlu download borang, isi n dptkan t/tgn sv, then hantaq kpd PRe' utk kelulusan. Blh akses melalui link ni:
http://www.pre-sustainability.com/download/SimaPro_Order_Form_FreeFaculty.pdf

Harap2 usaha ni berjaya n dpt selesaikan skop LCA dengan jayanya, insyaaAllah.

Sedikit gmbr2 terkini utk kenangan

Mak posing kat kapal selam

Sunset at the beach

My sweet little princess

Syok menunggang haiwan ternakan di hutan bandar putra

Yeay..dpt masuk kapal selam!

Tok n naurah menjamu selera..pekena cucuq udang seround

Melawat UTM-Johor Horse Show 2013 pada 6 jun lepas di tapak equin UTM

Mak n anak2 plak tgh posing...maklumlah lama tak tgk pantai hehe

Mak n anak tgh posing

Admiral Adam

Wan n cucu-cucu

Tok n cucu-cucu

Tok n Naurah setahun sebulan


Sunday, June 09, 2013

10-6-2013

10-6-2013:

2 teladan diperoleh hari ini:

1) “If you can’t explain it to a six year old, you don’t understand it yourself.” – Albert Einsten

2) Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk."(Surah al-Baqarah: 155-157)

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130609/

Sunday, June 02, 2013

3-6-2013

3-6-2013:

1) Berada di utm. Sedang cuba menyelesaikan satu lagi skop projek iaitu LCA di sini. Masih menunggu mendapatkan kebenaran untuk menggunakan software yg diperlukan daripada pihak utm. Harap berjaya dlm permohonan tu dan seterusnya berjaya menyiapkan kerja yang dirancang, insyaaAllah.

2) Feeling very complacent about myself... april 2013. List of publications for far: 2 national proceedings (1 main and 1 co-author), 1 ISI-index journal paper. Coming soon insyaaAllah: 1 international proceedings, 1 book chapter (UPM Press). Submitted and in the reviewing process: 2 journal papers. Total: 7 publications within 14 months (3 journals, 3 proceedings, 1 book chapter). Alhamdulillah and i truly thanked Allah swt for  all the accomplishments He has given to me and to my family as well.
But the downside of complacent is negligent or 'leka'. Leka dengan ibadah kepada Allah swt, juga leka dengan tanggunggjawab yang masih perlu diselesaikan dalam projek ni.

Semoga Allah menjauhkan aku drpd menjadi hambamu yg lalai...ameen.

Nabi saw mengajarkan sebuah do’a kepada segenap ummatnya supaya terhindar dari kemalasan,

“…Allaahumma inna na’uuzubika minal ajzi wal kasal”, yang terjemahnya,
“Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan…” (
H.R. Abu Dawud).

Tips dari Al Qur’an
Dalam hal ini, ayat ke 7 dari surat Al Insyirah dapat dijadikan pelajaran,
“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain”.
Ayat ini, ditafsirkan oleh sebagian mufasir, bahwa apabila engkau telah selesai melaksanakan urusan dunia, maka kerjakanlah urusan akhirat. Sebagaimana juga, bila telah selesai mengerjakan urusan akhirat, maka kerjakanlah urusan dunia. Sebagaimana firman Allah dalam surat Al Jumu’ah ayat 10,
“Apabila telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”.
Kesimpulannya adalah, cara untuk menghindari rasa malas adalah dengan terus bergerak (beraktivitas), yang tentunya bersifat positif (amal shalih). Jika telah selesai dalam suatu urusan, maka bersegeralah mengerjakan urusan lain tanpa menunda-nunda. Karena sekali menunda/diam maka rasa malas akan datang. Dan bila kemalasan sudah menyelimuti kita, maka kita akan semakin sulit untuk bergerak.
Selain itu, jangan lupa terus berdoa kepada Allah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah untuk menghindari timbulnya rasa malas disetiap pagi dan petang. Semoga Allah menjauhkan rasa malas dari kita semua, dan menjadikan kita orang-orang yang terus bergerak dalam berburu ridha Allah.
(sumber: http://ninotannio.wordpress.com)