Wednesday, September 19, 2012

Habis kira

20-9-2012:

Selepas percubaan sejak julai, akhirnya harini menyerah kalah. Takdapat juga tentukan secara analitikal tensile strength untuk short-fiber hybrid composite. Daripada review yg dibuat, micromechanical model yg sedia-ada lebih fokus kepada penentuan stiffness berbanding strength.

Untuk penentuan stiffness, ada banyak model yg telah dibuat dan mampu predict nilai stiffness composite secara teori yang hampir sama dengan nilai sebenar yg diperoleh daripada eksperimen. Walaupun dh banyak usaha sendiri dibuat bagi verify result yg researcher lain publish, tapi end-up verification proses tu x dapat hasilkan result yg sama spt yg mrk laporkan. Taktau le kenapa, cuma yg melegakan ialah bila sample calculation menggunakan ROM dan RoHM sebelum ini disahkan benar kaedahnya oleh Prof Zhenmin Zue :). So dari segi konsep serta teknik dah betol, cuma tak dapat verify result yg dilaporkan shj. Prof Zue ckp mungkin paper yg dirujuk ada typo. Tapi mungkin ada bbrp maklumat yg tak sama digunakan spt original author dalam proses pengiraan tsb.

Antara model yg popular ialah ROM (plus IROM) dan Halpin-Tsai. ROM dibuat asalnya utk unidirectional continuous fiber composite, dan boleh tentukan stiffness composite dalam arah -11 serta -22. Result drpd ROM utk unidirectional continuous composite, kemudian boleh digunakan utk tentukan stiffness bagi short fiber composite dengan guna Tsai-Pagano equation. Halpin-Tsai equation pun cmtu, boleh predict stiffness dalam arah longitudinal dan transverse. Bnyk author yg declare H-T equation lagi tepat utk predict stiffness berbanding ROM kerana rumusnya ambilkira parameter fiber geometry (zeta = 2*(L/d)), packing geometry (eta) dan loading direction. Cuma klu xtau nilai fiber length dan diameter, xdpt la gunakan H-T equation tu. H-T equation ni juga ada author yg combine dgn Tsai-Pagano equation utk tentukan stiffness short random fiber composite, tapi ade juga author yg trus jer ambil nilai drpd H-T equation utk stiffness short random fiber composite. Klu ikut laporan mrk, mmg kedua2 teknik tu dpt predict dgn baik, tapi bila verify balik, x dpt plak mcm yg diorg laporkan. Hehehe, mcm-mcm!! Cuma H-T equation ni setakat yg aku review, terhad utk predict stiffness shj berbanding klu guna ROM yg dapat predict stiffness, strength dan density bagi single  fiber/matrix system. Satu lagi limitation, ialah Tsai-Pagano equation tu utk stiffness jer, blom jumpe yg bley calculate utk strength  (bump!).

Tapi yg pasti, utk overall hybrid composite stiffness, mmg semuanya (ROM dan H-T) guna RoHM di akhir proses pengiraan utk predict stiffness (juga strength dan density, jika ROM diguna utk langkah pengiraan awal). So that's good news. Maknanya klu jumpe jer Tsai-Pagano equation utk strength, maka dah boleh estimate hybrid strength guna RoHM tu (ataupun, H-T equation yg boleh predict strength).

Jadi pilihan yg ada cuma utk predict stiffness shj, dan drpd nilai tu, boleh la tentukan brp max.deflection utk design yg nak dibuat [del= (P*L^3)/(3*E*I)], I=(b*d^3)/12 (untuk rect.beam in bending).
Tak dapat nak tentukan strength n bandingkan dengan max.stress yg terhasil dalam bending --> nilai strength yg lebih penting untuk design apps (bump!).

Apa2pun, alhamdulillah, at least dah dpt belajar psl micromechanical model.. so skrg ni kena compile report utk tutup bab prediction ni, n move to another project scope :-)


Sunday, September 09, 2012

10-Sept-2012

10-Sept-2012:

Berada di umah jer minggu ni sbb ada temujanji dgn doktor naurah di HSA dan KK.Kulai pada esok n lusa. Tak brp cost and time effective rasanya klu tak dpt seminggu penuh di lab. Jadi harapannya dalam menyelesaikan urusan keluarga, dapat la juga siapkan bbrp tugasan projek sepanjang minggu ni.

Selesai pendaftaran utk semester baru, lengkapkan serta hantar borang progress report utem & kpt dan permohonan pengecualian kredit minggu lepas. Takde output terbaru berkaitan projek, cuma bnyk refresh project planning dan update project status. 5 bulan dah berlalu, tapi penulisan lengkap utk literature review masih belum siap. Utk 3 bulan akan dtg, perlu juga siapkan writing utk concept design beserta TRIZ method.

Target utk 2nd quarter (Month 7-12):
i) Literature review --> Review of Advanced Material Sciences
ii) Concept design --> concept development using triz n concept selection using AHP. Compare dengan Weighted Property Index Method+Digital Logic Method --> Mtrls & design
iii) Material selection --> using composite micromechanical model (Halpin-Tsai atau ROM+IROM serta Tsai-Pagano eqtn) for composite compounding design, kemudian material selection using AHP. Juga compare dengan Weighted Property Index Method+Digital Logic Method --> Mtrls & design
iv) research grant application (i)Sciencefund, (ii)RUGS, (iii) FRGS documents
v) attend n passed subject Research Method (3 credit)
vi) attend n passed subject Research Proposal (Seminar) (1 credit)

Utk 3rd quarter-project (Month 13-18):
i) Material purchase
ii) Sample preparation for hybrid biocomposite --> Chapter Research Methodology
iii) Sample characterization for mechanical properties (tensile strength & modulus, bending strength & modulus), moisture uptake (dimensional stability)
iv) Detailed design: CAD model of final design, FEA structural analysis using CATIA V5 GSA or Abaqus for static n transient (repeated loading) condition --> Mtrls & design
v) attend and passed subject Wood Quality Enhancement (3 credit)

Utk 4th-quarter (Month 19-24):
i) sit n passed Comprehensive Examination
ii) Component mould design
iii) MPI simulation
iv) Component fabrication guna Inj.Moulding

Too much? InsyaAllah, semoga dipermudahkan-Nya dalam semua urusan.

Skrg, jom keje! :-)


Monday, September 03, 2012

Semester 2

4-Sept :

Semester 2 bakal bermula minggu depan. Kejap jer rasanya masa berlalu sejak mula2 mendaftarkan diri pada april lepas. Mmg tepat skali mcm makna dlm surah A-Asr berkenaan masa.

Bermula dengan sangat baik pada awal semester lepas, dapat siapkan satu bab dlm buku supervisor. Kerja sangat fokus, hadir ke kursus, banyak paper yg dpt direview dan progress report utk keja2 yg telah dibuat dapat disiapkan dengan baik dlm bentuk writing. Pembentangan progress pertama bersama kumpulan penyelidikan berjalan dengan baik dan mendapat komen memuaskan drpd panel penyeliaan.

Walaubagaimanapun, tiba2 mendapat ujian yg besar drpd Allah swt kepada kami sekeluarga. Walaupun pada awalnya terasa berat untuk dihadapi, tapi perlahan-lahan dengan sokongan dan bantuan keluarga serta rakan2 baik, alhamdulilah perkara itu dapat diterima dengan penuh reda dan akur sesungguhnya setiap yg berlaku itu ada hikmahnya yang Allah sahaja maha mengetahuinya.


Bermula dari saat itu, perjalanan hidup me n family mula berubah. TCA (to come again) ke HSA adalah menjadi rutin bulanan sejak naurah dilahirkan, tambahan dengan selang-seli ke KK.Kulai. Mujurlah supervisor memahami keperluan ini, asalkan progress kerja dapat kekal memuaskan.

Sejak itu juga, tak dapat dinafikan ianya memberi kesan kepada momentum kerja yang dibuat. Apapun, yakin bhw semuanya ada hikmahnya, dan selepas setiap kesusahan akan datang kesenangan, Walaubagaimanapun, alhamdulillah kerja masih berjalan walaupun tak sepantas awal2 dulu, cuma masa lebih banyak dihabiskan di rumah berbanding di makmal. Dapat bertemu pic di introp utk kenalpasti alatan memproses komposit dan membuat produk injection moulding kat sana, juga pic di Proton utk maklumat serta pandangan berkenaan projek yang sedang dibuat. Tapi sejak Julai hingga harini progress drop, atas kurangnya motivasi dan sedikit leka dengan selesanya di rumah.

Jadi post harini adalah sebagai tanda bermulanya hari yang baru dalam perjuangan hidup. Dengan berlalunya 1 syawal, alhamdulillah rutin baru pengurusan keluarga kini berjalan dengan baik dan makin ceria. Maka skrg ni perlu pastikan kerja2 diri pula dapat berjalan lancar mengikut perancangan seperti di awal dahulu. InsyaAllah, semoga diberikan kemudahan dan pertolongan dari Allah kepada diri ini dalam melaksanakan semua tanggungjawab yang ada, Aminnn...

********
"5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, 6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." : Surah Al-Insyirah Ayat 5-6

"8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon" : Surah Al-Insyirah Ayat 8

**********
Hadis Nabi S.A.W dari  Abu Hurairah ra. berkata , Rusulullah S.A.W bersabda:
“Pertolongan dari Allah diturunkan dari langit menurut kadar beban keperluan dan turunlah kesabaran menurut kadar ujian musibah. Jika engkau telah selesai dari urusan duniamu maka tegakkan dirimu untuk melakukan ibadah dan kepada Rahmat Tuhanmu sajalah engkau tetap berharap.”