Saturday, April 25, 2009

Week 17

Minggu ni minggu per'sendirian'.. adam pun kat johor lagi. Rasa bnyk sgt masa, terutama bila balik umah. Selalunya jadual mmg padat, main dgn adam etc sampai x sempat la nk wat kerja (kecuali ms adam tidoq jer), jejeje. Mmg life aku dh transform 100% sejak kawin n dapat adam.. he3.. setiap saat kini lebih bermakna!Jd bila adam xde ni, awal2 minggu tu rs pening gak sbb xtau nk wat apa2, tp la ni dh ok skit sbb utk hilabgkan bosan jer aku gerak pi umah kawan2 sembang2 dgn depa n sibukkan diri kat opis.

Minggu ni sebenarnya rilex gak wat aku, sbb semua crry mark dh kluar minggu lepas lagi(alhamdulillah). Hasil minggu ni:
1) jaga f.exam pd 22 n 24hb april
2) siapkan n submit full paper bg ICADME 09 (conference day: oktober 09)
3) ada majlis makan2 kesuri pd isnin 20/4 sempena staf yg akan gi sambung belajar serta staf yg baru masuk kerja ke FKM. Ptg isnin plak wat game frendly bola antara staf FKM vs student thn 4 BMCT. Game tu main penuh, hehehe.. lagipun x cukup org. Keptusan akhir kalah 1-2. Tp main ok la, aku sendiri pun dpt main at par (sesuai la dgn dh lama x main pun). Ni yg semangat balik nk main nih, hehehe.
4) Lain2 kerja pengurusan skit2, jumpa student psm yg mana ok tu. Sempat gak hantaq abstrak ke ICET 09, taktau la diorg accept or tak.. tp janji kita dh cuba kan? hehehe.

Hr khamis mlm faiz belanja makan2 kat ikan bakar crystl view. Mmg ramai geng2 yg join sama. Tq very much to faiz.. n selamat sambung phd. Jumpa lagi 3 thn, insyaAllah. Maka hilangla org kuat bola FKM, yg mana semangat serta komitmen dlm game ni sangat2 la baik.. mmg "bola forever" la.!

Semlm (sabtu) rilex jer kat umah afza, pagi tu plak zaid dtg jap umah makan2. Mlm tido umah afza, sambil layan final piala FA antara Sngor s K'tan.

Erm, harini plan nk tanda final exam paper, hopefully dapat la 10 paper kot, insyaAllah. pengalaman pertama tanda final exam bg student, hehehe.

Uncompleted planned tasks:
1) stg report
2) bricscad module

Friday, April 17, 2009

Review: Week 15 & 16

Harini (7/4/09) aku mula cuti n gerak balik ke Kedah. Dh lama x balik kg, lagipun sejak mak operate CAPD bulan 2 hrtu aku x sempat nk balik lawat mak. Kami gerak awal pagi cm biasa. alhmdlh jalan pun x sesak n keta xde masalah. Thri kami singgah jumpa yatie kat UM, saja makan thri sama2. Kul 2.30 kami gerak balik kedah. Kul 10 malam baru sampai a.setaq. Sepnjg jalan dr perak ke kedah hujan jer, lebat kat perak. Bgsnya cuaca jd sejuk, n adam pun selesa sepanjang perjalanan. Btw, hari ni pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bkt Selambau n batang Ai. Ms lalu bkt gantang n sg petani boleh nmpk bnyk bendera2 parti tergantung sempena pilihanraya.

Kami dok kedah sampai ahad (12/4/09). Di kedah x jalan mana2 sangat cm dulu, cuma pi umahtoktom hr sabtu tu n sempat gak ziarah kubur arwah Razif. Erm, dh 9 tahun dia meninggal. Kenangan yg x dpt dilupakan. Alhmdlh mak pun dh sihat sejak wat CAPD ni. Dh tak demm2 cm dulu. Cuma masa dia la ni bz skit la, sbb tiap2 4-6 jam kena ulang rawatn kat umah. Tok, wan n tok tom pun semua sihat. Adam pun suka balik kg, sbb dia dpt peluang main2 dgn miow2 (kucing), ayam n itik. Suka betol dia,hehe. Yelah, dok melaka kan kat taman, mana la nk jumpa binatang2 cmtu kat umah. Adam pun bnyk berjalan ms kat kedah ni. He3, insyaAllah x lama lagi buleh 100% la tu (lesen penuh!!..la lesen L lagi).

Hari ahad kami gerak balik mlk. Noeni n kawan dia pun join sekali. Drop depa kat umah pakchaq sbb dua2 ada interview program Mara (oversea). Noeninya interveiw pd 15/4/09. Malam br kami smpi melaka semula.

-----------------------------------------------------------------------------------
Week 16:

Isnin masuk keja semula. kelas semua dh habis. Aku folow up sebutharga minggu lepas n marking asgmt pelajar. Isnin mlm plak Arab dp baby br, pmpn gak. Jd kami rmi2 gi melawat dia kat hosp melaka thri selasa tu. Rmi yg join: aku sefamili, zaid+mar, daus+sima, wan j, hisyam, afza, faizey.

Hr rabu cuti umum, melaka bnrya bersejarah. Pagi tu bw adam pi beli brg2 kat pasar melaka. Spare lauk utk noeni mai n juga nk bawa ke umah faizey ptgnya. Unfortunately depa x jadi mai melaka, sbb kena balik temankan mak kat kedah sbb pak outstation. Thri kami pi makan nasi kat umah faizey, plan nk bw adam mandi pool kat sana, tp adam plak mood tak baik (sebab mengantuk n org ramai kot). Anyway, makan2 mmg best.. faizey sekeluarga jd host, zaid n famili, daus n famili plus afza n faizil pun ader skali.

Hr khamis n jumaat mcm biasa habiskan marking. Pg khamis ada taklimat Notional hours oleg dekan FKM kat fasa b. alhamdulillah, lain2 dh setel semua marking, termasuk psm n lengkap semua markah kerja khusus kecuali S/bahan (tgu f.exam pd 24.4.09). Fuh, lega btol! Mcm ringan je kepala! Nk concentrate wat penulisan plak yg tertangguh lama. Jumaat ptg ainur n adam ikut atuk diorg balik jhr, Ainur ada keja kat jhr psl projek phd. Mlm tu gak pejan singgah mai melaka, makan2 skali.

Plan for nx week:
1) Setel f.exam n habiskan marking final
2) ICADME paper
3) submit extension utk STG S465
4) bricsCAD module chapter

Review: Week 14

Minggu bermula dengan penganjuran (dh 2 x dh) ceramah teknikal yg aku anjurkan, kali ni utk pelajar thn 2 BMCA pd 30/3/09. Penceramah jemputan ialah dr MPOB, tak lain tak bukan Emon ler, hehehe. Ceramah bertajuk "Biofuel technology", dan dihadiri semua pelajar thn2 BMCA (70org) bertempat di makmal NVH FKM, Cubic. Alhamdulillah, ceramah berjalan dengan lancar dan baik sekali.

Minggu ni juga minggu LI. Ptg isnin tu trus gerak ke jhr. Ade 3 lagi sykt yg dilawat iaitu Material Science Complex Malaysia & Pelabuhan Tg Pelepas di Gelang Patah (31/0/09) dan Shimano Components, P.Nanas (1/4/09). Alhamdulillah semua sesi berjalan dengan baik. Siap dapat tour lagi keliling PTP dgn diiring oleh Stndt & Engineer PTP (Farizan). Kira gempak gak la PTP ni, dan baru je masuk fasa ke-2 drpd 5 fasa keseluruhan. Semoga PTP dpt mencapai perancangannnya dan membantu negara menjadi antara pelabuhan terbaik di dunia. Habis LI jer kami trus balik melaka.

Hr khamis aku naik semula keja. sesi tutorial pagi tu dh habis minggu lepas. cuma ptg khamis tu ada sesi perjumpaan dengan pelajar PSM yg wat tajuk FEA disc brake. Di psm 1, pencapaian dia mmg baik sekali, siap dapat siapkan 1 kertas penyelidikan lagi (utk ICAMe 09). Tp di psm 2, yg mana dia kena wat analisis FE gunakan patran nastran, bnyk betul mslh tertutama drpd nk import geometry model (drpd CAT.part ke Patran). Pstu mslh yg dijangka iaitu analisis transient yg tak dapat ditentukan kesahihan prosedur analisisnya, menyebabkan keputusan analisis yg diperoleh x sama dgn teori (drpd segi trend dan nilai akhir).

Apapun ni jd panduan wat aku selaku penyelia. Mungkin pasni boleh boleh tambhbaik lagi teknik penyeliaan utk pastikan pelajar awal2 lagi dh wat ttg analisis tsb dgn cara "validation", gunakan model2 mudah jer. Dh dpt prosedur analisis yg tepat dan betul, baru kemudian import model sebenar utk dianalisis. InsyaAllahakan dibuat utk projek2 penyelidikan yang seumpamanya di masa depan.

Hari Jumaat pagi plak ada mesy pembangunan kampus di bilik mesy pej. pembangunan lama (cubic). Apa lagi klu tak psl perpindahan FKM la, he3.

weekend aktivit jalan2 jer dgn keluarga. Hari ahad (5/4/09) paling best, sebab bw adam ke Zoo Melaka! Fuh, drpd kul 10pg lagi dh masuk zoo, ptg lepas mkn thri kat rest terapung zoo baru gerak balik umah. Adam mmg suka tgk binatang2, cuma dia tak tahan panas (panas--> peluh-->gatal2--->garu2-->tak selesa). Satu lagi dia pun tak takut dgn binatang,he3. Bnyk la dia bercakap ms kat zoo tu.. ayat "te..te" mmg kluar setiap kali dia tgk binatang dr dekat. Dh tu asyik nk turun merangkak kat jalan plak tu, adoii... terpaksa la pegang dia nk berjalan (fuh, lenguh gak belakang terpaksa tunduk,ke3).


Hari isnin (6/4/09) ade kelas akhir pd pagi tu. Aku wat sesi pembentangan projek bg BMCB & BMCA. Dprd kul 8.15 smpi la 1 thri br siap! Fuh, lega, semuanya dh selesai (P&P). Tggu final exam jer pasni. Ptg plak aku n tuek jumpe supplier bg brief diorg ttg perpindahan makmal servis auto. Minggu depan dh kena dptkan sebutharga perpindahan drpd supplier yang berminat. Alhmdlh, perjumpaan berjalan lancar.

esoknya...CUTI BALIK KEDAH!!