Thursday, February 21, 2013

21-2-2013

21-2-2013:

1) Semlm (rabu 20feb2013) naurah hadir ke kiwanis down syndrome center, johor bharu di majidee park untuk sesi pertama bersama cikgu2 di sana. Terima kasih kpd cik shelly bing, cik julia n cik lim atas tunjuk ajar yang diberi. Mereka menunjukkan kaedah2 fisioterapi untuk naurah supaya otot2nya dapat berkembang dengan kuat. Bnyk juga teknik senaman dan urutan yang ditunjukkan.. untuk bahagian muka (2 teknik), kaki, tangan dan tapak kaki serta belakang menggunakan alat bantuan spt bola dan bantal. Yg guna bola tu nmpk agak agresif skit caranya, sampai naurah pun menangis sbb terkejut, hehe. Juga teknik cmna nak memegang naurah supaya dia dapat duduk dengan postur yang baik. Semoga berkat tunjuk ajar cikgu2 di Kiwanis JB maka naurah akan dapat membesar dengan baik disebalik kekurangan dirinya, insyaaAllah.

Senyum lepas balik dari Kiwanis

Sesi naurah bersama cikgu Julia. Tekun membaca buku cm biasa.

2) Jadi lepas ni tggu arahan seterusnya dari pihak Kiwanis samada sesi seterusnya di Kiwanis JB atau di Kulai. Juga mrk ada syorkan supaya mohon sesi fisioterapi dan speech therapy yang berterusan drpd pihak HSA untuk naurah.

3) I'm touched after seeing all the children at the center yesterday. Although they are greatly being taken care of by the volunteering teachers at the center, with their smiles and laughter, but having to face the bitter reality that naurah will eventually grow up with her disability makes me feel sorry for her. Apa2pun, syukur kepada Allah atas anugerah yang diberikannya kepada aku sekeluarga, dan semoga Allah melindungi dan membantu puteri kesayangan kami yang kekurangan ini dalam menempuh kehidupan sebaik mungkin sepanjang hayatnya. Semoga Allah turut memberikan kekuatan dan memudahkan aku dan isteri untuk menjaga naurah, juga abangnya adam, dengan sebaik mungkin sepanjang hayat kami, dan supaya Allah menjadikan anak2 kami dpt membesar menjadi org2 yg beriman di sisiMu, Amin Ya Rabbal A'lamin.

3) Harini sampai semula ke UPM untuk menyambung urusan keja. Erm, dah nak masuk bulan ke-12 atau dah nak dekat setahun aku di sini. Yet so much to do in so little time. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan dalam baki 2 tahun pembelajaran lagi di sini.

Sunday, February 17, 2013

17-2-2013

17-2-2013:

1) Alhamdulillah, naurah dah mula boleh duduk..wlupun lom kemas lagi pergerakannya. Comei btol!


2) Kembali semula ke UPM selepas bercuti sejak 6 feb haritu. Mmg betol2 cuti kali ni, siap sempat balik kenduri ke Tendong sempena kenduri sedara kat sana 9feb lepas. Tapi terlepas kenduri anak maklong pada tarikh yg sama di Pdg Kunnyit.

3) Bermula sem. baru (sem.2) sesi 2012/2013 pada esok hari. Secara rasminya aku pun dah masuk semester 3 pengajian di UPM ni. Fuh, mmg kejap jer rasanya. Msih banyak keja yg perlu dibuat dan milestone yg perlu dicapai..harap2 Allah permudahkan semua urusan dan berikan petunjuk, amin.