Friday, April 17, 2009

Review: Week 14

Minggu bermula dengan penganjuran (dh 2 x dh) ceramah teknikal yg aku anjurkan, kali ni utk pelajar thn 2 BMCA pd 30/3/09. Penceramah jemputan ialah dr MPOB, tak lain tak bukan Emon ler, hehehe. Ceramah bertajuk "Biofuel technology", dan dihadiri semua pelajar thn2 BMCA (70org) bertempat di makmal NVH FKM, Cubic. Alhamdulillah, ceramah berjalan dengan lancar dan baik sekali.

Minggu ni juga minggu LI. Ptg isnin tu trus gerak ke jhr. Ade 3 lagi sykt yg dilawat iaitu Material Science Complex Malaysia & Pelabuhan Tg Pelepas di Gelang Patah (31/0/09) dan Shimano Components, P.Nanas (1/4/09). Alhamdulillah semua sesi berjalan dengan baik. Siap dapat tour lagi keliling PTP dgn diiring oleh Stndt & Engineer PTP (Farizan). Kira gempak gak la PTP ni, dan baru je masuk fasa ke-2 drpd 5 fasa keseluruhan. Semoga PTP dpt mencapai perancangannnya dan membantu negara menjadi antara pelabuhan terbaik di dunia. Habis LI jer kami trus balik melaka.

Hr khamis aku naik semula keja. sesi tutorial pagi tu dh habis minggu lepas. cuma ptg khamis tu ada sesi perjumpaan dengan pelajar PSM yg wat tajuk FEA disc brake. Di psm 1, pencapaian dia mmg baik sekali, siap dapat siapkan 1 kertas penyelidikan lagi (utk ICAMe 09). Tp di psm 2, yg mana dia kena wat analisis FE gunakan patran nastran, bnyk betul mslh tertutama drpd nk import geometry model (drpd CAT.part ke Patran). Pstu mslh yg dijangka iaitu analisis transient yg tak dapat ditentukan kesahihan prosedur analisisnya, menyebabkan keputusan analisis yg diperoleh x sama dgn teori (drpd segi trend dan nilai akhir).

Apapun ni jd panduan wat aku selaku penyelia. Mungkin pasni boleh boleh tambhbaik lagi teknik penyeliaan utk pastikan pelajar awal2 lagi dh wat ttg analisis tsb dgn cara "validation", gunakan model2 mudah jer. Dh dpt prosedur analisis yg tepat dan betul, baru kemudian import model sebenar utk dianalisis. InsyaAllahakan dibuat utk projek2 penyelidikan yang seumpamanya di masa depan.

Hari Jumaat pagi plak ada mesy pembangunan kampus di bilik mesy pej. pembangunan lama (cubic). Apa lagi klu tak psl perpindahan FKM la, he3.

weekend aktivit jalan2 jer dgn keluarga. Hari ahad (5/4/09) paling best, sebab bw adam ke Zoo Melaka! Fuh, drpd kul 10pg lagi dh masuk zoo, ptg lepas mkn thri kat rest terapung zoo baru gerak balik umah. Adam mmg suka tgk binatang2, cuma dia tak tahan panas (panas--> peluh-->gatal2--->garu2-->tak selesa). Satu lagi dia pun tak takut dgn binatang,he3. Bnyk la dia bercakap ms kat zoo tu.. ayat "te..te" mmg kluar setiap kali dia tgk binatang dr dekat. Dh tu asyik nk turun merangkak kat jalan plak tu, adoii... terpaksa la pegang dia nk berjalan (fuh, lenguh gak belakang terpaksa tunduk,ke3).


Hari isnin (6/4/09) ade kelas akhir pd pagi tu. Aku wat sesi pembentangan projek bg BMCB & BMCA. Dprd kul 8.15 smpi la 1 thri br siap! Fuh, lega, semuanya dh selesai (P&P). Tggu final exam jer pasni. Ptg plak aku n tuek jumpe supplier bg brief diorg ttg perpindahan makmal servis auto. Minggu depan dh kena dptkan sebutharga perpindahan drpd supplier yang berminat. Alhmdlh, perjumpaan berjalan lancar.

esoknya...CUTI BALIK KEDAH!!

No comments: