Monday, September 03, 2012

Semester 2

4-Sept :

Semester 2 bakal bermula minggu depan. Kejap jer rasanya masa berlalu sejak mula2 mendaftarkan diri pada april lepas. Mmg tepat skali mcm makna dlm surah A-Asr berkenaan masa.

Bermula dengan sangat baik pada awal semester lepas, dapat siapkan satu bab dlm buku supervisor. Kerja sangat fokus, hadir ke kursus, banyak paper yg dpt direview dan progress report utk keja2 yg telah dibuat dapat disiapkan dengan baik dlm bentuk writing. Pembentangan progress pertama bersama kumpulan penyelidikan berjalan dengan baik dan mendapat komen memuaskan drpd panel penyeliaan.

Walaubagaimanapun, tiba2 mendapat ujian yg besar drpd Allah swt kepada kami sekeluarga. Walaupun pada awalnya terasa berat untuk dihadapi, tapi perlahan-lahan dengan sokongan dan bantuan keluarga serta rakan2 baik, alhamdulilah perkara itu dapat diterima dengan penuh reda dan akur sesungguhnya setiap yg berlaku itu ada hikmahnya yang Allah sahaja maha mengetahuinya.


Bermula dari saat itu, perjalanan hidup me n family mula berubah. TCA (to come again) ke HSA adalah menjadi rutin bulanan sejak naurah dilahirkan, tambahan dengan selang-seli ke KK.Kulai. Mujurlah supervisor memahami keperluan ini, asalkan progress kerja dapat kekal memuaskan.

Sejak itu juga, tak dapat dinafikan ianya memberi kesan kepada momentum kerja yang dibuat. Apapun, yakin bhw semuanya ada hikmahnya, dan selepas setiap kesusahan akan datang kesenangan, Walaubagaimanapun, alhamdulillah kerja masih berjalan walaupun tak sepantas awal2 dulu, cuma masa lebih banyak dihabiskan di rumah berbanding di makmal. Dapat bertemu pic di introp utk kenalpasti alatan memproses komposit dan membuat produk injection moulding kat sana, juga pic di Proton utk maklumat serta pandangan berkenaan projek yang sedang dibuat. Tapi sejak Julai hingga harini progress drop, atas kurangnya motivasi dan sedikit leka dengan selesanya di rumah.

Jadi post harini adalah sebagai tanda bermulanya hari yang baru dalam perjuangan hidup. Dengan berlalunya 1 syawal, alhamdulillah rutin baru pengurusan keluarga kini berjalan dengan baik dan makin ceria. Maka skrg ni perlu pastikan kerja2 diri pula dapat berjalan lancar mengikut perancangan seperti di awal dahulu. InsyaAllah, semoga diberikan kemudahan dan pertolongan dari Allah kepada diri ini dalam melaksanakan semua tanggungjawab yang ada, Aminnn...

********
"5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, 6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." : Surah Al-Insyirah Ayat 5-6

"8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon" : Surah Al-Insyirah Ayat 8

**********
Hadis Nabi S.A.W dari  Abu Hurairah ra. berkata , Rusulullah S.A.W bersabda:
“Pertolongan dari Allah diturunkan dari langit menurut kadar beban keperluan dan turunlah kesabaran menurut kadar ujian musibah. Jika engkau telah selesai dari urusan duniamu maka tegakkan dirimu untuk melakukan ibadah dan kepada Rahmat Tuhanmu sajalah engkau tetap berharap.”



No comments: