Wednesday, November 07, 2012

7-11-2012

7-11-2012:

1. Selesai kursus Workshop on Rheology anjuran UKM selama 2 hari. Mmg mantap kursus ni, pagi sampai thri sesi kuliah dan sebelah petang sesi praktikal menggunakan alat reometer. Walaupun diakhir kursus kesimpulannya reologi tak berkait sangat dengan projek yg tengah jalan skrg, tapi sekurang2nya dah ada asas tentang reologi dan mmg boleh sgt2 klu nak dilanjutkan projek skrg untuk sentuh aspek reologi pula di masa hadapan. Kursus yang sangat disyorkan untuk beginner dalam reologi.

2. Selesai buat pembetulan untuk PDS brake lever. Tggu komen selanjutnya. Esok sambung semula kerja utk review ttg brake lever.

3. Mmg betol la, bila dah jadi student, dapat rasa balik tekanan dan kebuntuan bila buat projek penyelidikan ni. Tapi mcm biasa, bila lepas jumpa sv, kebuntuan hilang, idea pun datang dan semangat pun naik. Lepas 2/ 3 hari jumpa sv, kebuntuan dtg balik, idea pun jadi samar2 dan semangat pun jadi kurang. Hahaha, kesimpulannya, rajin2 la jumpa sv :-)

4. Pengalaman jadi pelajar phd ni mengajar satu benda yang penting, yang mana bila dah keja selalu dilupakan. Iaitu bahawasanya semua ilmu itu milik Allah, dan selalu kena mohon agar diberi petunjuk / hidayah / dibukakan hati dan akal dalam menyelesaikan urusan harian. Bila dah keja, sebab asyik buat dan tahu benda yang sama, kekadang leka dan ambil mudah. Bila dah belajar, baru sedar setakat manalah ilmu yg kita ada jika nak dibandingkan dgn ilmu Allah, dan jika Allah tak beri petunjuk, cuba sedaya upaya cmna pun kita tak dapat selesaikan urusan yang ingin diselesaikan. Mmg benarlah nikmah menuntut ilmu ni, sbb ianya akan mendekatkan kita dengan Allah swt dan mengakui Allah Maha Kuasa dan Maha Bijaksana.

5. Selain tu, dalam proses pembelajaran ni juga dapat merasai erti sebenar ayat 153 Surah Al-Baqarah yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” Memang benar, dalam proses belajar ni serta semua proses kehidupan, kesusahan atau ujian daripada Allah akan sentiasa ada, tapi dengan memohon pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat, ianya akan dapat diatasi InsyaAllah.

Kesimpulan kursus reologi spt yg difahami:
1. Reologi adalah kajian tentang "aliran dan perubahan yang berlaku". Ia berkait rapat dengan kelikatan bahan dan perlakuannya.
2. Bahan yang sering dikaji dalam reologi ialah bahan visco-elastic (separa pepejal), yang mana bahan tsb mempunyai ciri-ciri elastik (pepejal) dan viscous (bendalir) dalam masa yang sama. Dengan diberikan tertentu daya, bahan tersebut akan berubah bentuk dari pepejal ke bendalir atau sebaliknya.
3. Governing equation: viscosity = shear stress (Pa)/shear rate(s-1) = Pa.s-1.
4. Bahan yang sukar mengalir = kelikatan tinggi (high viscosity) spt pepejal; bahan yang senang mengalir = kelikatan rendah (low viscosity) spt air.
5. Cecair newtonian = cecair yang mengalir dengan kelikatan yang tetap sepanjang masa, cecair bukan newtonian = cecair yang mengalir dengan berubah kelikatannya mengikut perubahan daya yang dikenakan terhadapnya.
6. Parameter asas dalam kajian tentang reologi adalah kelikatan, daya ricihan, kadar regangan akibat ricihan (shear strain rate), kawasan dan nilai linear viscoelastic (LVE), titik gel (gel-point/cross over point), G' (storage modulus = modulus di bahagian elastic bahan separa-pepejal). G'' (loss modulus=modulus di bahagian viscous bahan separa-pepejal) dan tan delta (loss factor atau damping factor, tan delta=G''/G' = nisbah antara bahagian viscous dan bahagian elastic bahan separa-pepejal tsb).
7. Perlakuan bahan visco-elastic yang ingin diketahui ialah flow curve (shear stress vs shear strain rate atau shear stress vs time), dan graf G',G'' vs shear strain rate (amplitude sweep) serta G',G'' vs frequency (frequency sweep).
8. Flow curve memberitahu samada bahan separa pepejal menunjukkan samada sifat i) ideally viscous (kelikatan malar), ii) shear-thinning (berubah dari kelikatan tinggi ke rendah)  atau iii) shear thickening (berubah dari kelikatan rendah ke tinggi), apabila dikenakan daya ricihan.
9. Viscosity curve memberitahu samada bahan separa pepejal tsb menunjukkan perubahan sifat pepejal-ke-cecair atau cecair-ke-pepejal sepanjang proses daya dikenakan.
10. Alat biasa untuk mengukur kelikatan ialah reometer, dan ada 3 kaedah pengukuran iaitu menggunakan pengukur berbentuk kon-dan-plat (cone-and-plate), plat selari (parallel plate) dan cawan (cup).
11. Alat reometer membekalkan daya ricihan kepada bahan yang ingin diuji melalui pergerakan secara pusingan (rotational) ataupun ayunan (oscillatory).

No comments: