Friday, May 10, 2013

11-5-2013

11-5-2013:

1) Khamis lepas, alhamdulillah genap setahun usia baby kesayangan kami, Naurah Amani. Despite her down syndrome disability, alhamdulillah Allah swt had blessed her and us with health and happiness. Semoga Naurah dapat membesar senormal yang boleh dan membesar menjadi anak yg solehah, insyaaAllah.

2) Semlm (Jumaat) akhirnya touch-down semula kat UPM selepas bercuti sempena PRU13 di A.Setaq sejak 1 Mei lepas. Dekat 10 hari dok di kg. Pengalaman manis tahun ni yg mana kali pertama bergelar pengundi dan alhamdulillah selesai menunaikan kewajipan selaku warganegara Malaysia pada 5Mei lepas. Tunggu 5 tahun lagi la pulak utk kemeriahan pilihanraya cmni, hehe.

3) Alhamdulillah akhirnya berjaya publish jurnal berindeks pertama buat diri ini. 3 more to go. Terima kasih kepada family yg banyak menyokong serta SV yg bynk memberikan tunjukajar hingga terhasilnya penerbitan ini. Secara rasminya, pada 28 April 2013 lalu, artikel ini sudah mula diterbitkan secara online:

Mansor, M. R., Sapuan, S. M., Zainudin, E. S., Nuraini, A. A., & Hambali, A. (2013). Hybrid natural and glass fibers reinforced polymer composites material selection using Analytical Hierarchy Process for 
automotive brake lever design. Materials & Design. DOI:10.1016/j.matdes.2013.04.072
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0261306913003956

Semoga makin murah rezeki pasni dengan jurnal2 selanjutnya, insyaaAllah.

4) Esok cm biasa tugasan menghantar ainur balik ke jb melalui flight dari lcct. N insyaaAllah isnin klu siap keje dah boleh balik rehat di kulai. Fuh, dah 2 minggu tak jumpa anak2...rindu woo. Miss both adam n sweet naurah. Hanya gambr shj peneman di sini.

Happy 1st birthday Naurah :-)

Mcm biasa klu balik upm ni mmg xleh nak tidoq. Hai..mmg betol2 la dtg sini utk keje 24-7! Takpa la..nnt balik kulai bley rehat secukupnya bersama keluarga :-)

No comments: