Sunday, October 06, 2013

10-7-2013

10-7-2013:

1) Alhamdlulillah selesai menghadiri seminar "Life Cycle Assessment in the Malaysian Automotive Industry" anjuran UTM di Dewan Jumaat, UTM Jalan Semarak pada 1/10/2013 lepas. Kul 6.40 pagi dah terpacak kat sana dek nak elak jem punyer pasal, hehe. Pembentangan yg baik terutama tentang overview LCA serta aplikasi dalam bidang automotif (whole car, component, OEM) serta apakah itu carbon footprint dan waterfoot print (2 keyword yg glamor dalam bidang green design ni). Pasni nak kena tulis report la pulak utk setelkan lit.review tentang LCA nih. Sempat jugak jumpa Tajul & Fuad di seminar tu serta bbrp org mber2 baru yg sama2 terjebak dlm bidang LCA ni, hehe.

2) Ahad 29/9 sempat pi melwat noeni di S.Alam. Sebelum tu snggah sarapan dgn otai afza kat umah dia.

3) 30/9 jam 2.30 petang berlangsung mesy. pertama JK Kerja (pelajar) simposium postgrad upm 2014. Harap2 semua perancangan berjalan lancar sbb tarikh program yang dah dekat - lagi 4 bulan jer lagi (28Jan2014). Semoga Allah mempermudahkan urusan program ni hingga berjaya, inshaa Allah.

4) 2/10/2013 dah kembali kat kulai semula. X jadi join konvo ijam esoknya sbb adam masih periksa n nabeel juga. Apa2pun tahniah kat ijam n semoga dapat manfaatkan ilmu yang diperoleh utk kebaikan di dunia n akhirat, inshaa Allah.

5) Harini berada di opis erin. Plan esok baru nak balik ke upm. erm, mmg rehat betol bila dah balik umah ni hehe. Apa2pun mmg lega dapat rehat selepas seminggu kat sana sblm ni. N alhamdlh anak2 semua sihat dan dah sembuh dari demam/selsema/batuk haritu. Cuma x berjalan mana sgt sbb cuaca pun panas betoi kat kulai la.
Dah rehat panjang ni harap2 otak fresh skit n boleh fokus semula kat kerja. Byk sgt yg pending sbb taktau nak buat yg mana dulu! Dilema yg biasa, hehehe. Semoga Allah tunjukkan jalan bagi selesaikan semua urusan tersebut dalam ms yg ditetapkan, ameen. Ade 4 lagi perkara besar nak kena setel (book chapter LCA NFcomposites, lca guna simapro, stiffness prediction, thermoplastic mtrl selection). Due date terdekat ygbook chapter, then kena kejar utk dateline conference Bali hjg bulan ni, pastu LCA lagi yg mn software expired 31dis ni, etc etc... fuhhh....rasa cm dah dekat tapi masih jauh (bnyk lg benda nak kena buat). Plus dgn rs yg complacent serta puas hati dek komen yg diterima masa CE 2 mggu lepas (dah 2 mggu tuuuhhh!).
Mmg betol la cabaran belajar ni bukannya utk melawan org lain, tapi sbnrnya melawan diri sendiri (self motivation). Juga walaupun dah motivated tapi kerja masih tak buat pun faktor juga dalam cabaran belajar nih.! Semoga Allah memberi petunjuk serta bantuan dalam menyelesaikan baki urusan2 tersebut dalam masa yg dirancang, ameen.


No comments: