Wednesday, October 10, 2012

10-10-2012

10-10-2012:

1. Naurah dh selesai suntikan imunisasi di K.K.Kulai untuk umur 5 bulan. Alhamdulillah, dah 5 bulan berlalu dan semoga Naurah sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi Allah swt. Perkembangan terkini, berat badan 5.3kg. Tapi pemeriksaan drpd jururawat mendapati naurah menunjukkan perkembangan seolah2 kanak2 berumur 3 bulan. Nevertheless, alhamdulillah dgn apa yg Allah berikan dan semoga Allah berikan bantuan kepada baby girl kami utk hidup senormal yang boleh sepanjang hayatnya. Checkup di HSA semalam pun positif, hormon tyroxin T4 berada dalam keadaan normal, cuma hormon TSH yg agak rendah.
Drpd penerangan doktor, otak keluarkan hormon TSH, yg mana drpd situ akan bagi signal kepada kelenjar tiroid utk keluarkan hormon tiroksin (T4) yang cukup bagi perkembangan otak. Dalam kes naurah skrg, hormon T4 dia dah normal, tapi paras TSH pula yg rendah. Ini mungkin sbb naurah tgh ambil pil tyroxin (25mg per day), yg mana mmg cukup utk tambung keperluan otak (nota: masa lahir hormon T4 naurah rendah) tapi telah sebabkan kurang ransangan semulajadi drpd otak utk hasilkan hormon TSH yg cukup utk sistem tiroid naurah berfungsi dgn normal.

Jadi skrg ni, doktor dh ubah jadual ubat naurah, yg mana pil tyroxin 25mg tu diambil 2 hari sekali sahaja. Tapi 2 mggu dari skrg kena dtg semula ambil darah naurah utk tgh kesan drpd ubahsuai ubat tu. Drpd search yg aku buat, kaitan TSH dan T4 bagi sistem tiroid manusia dan kesannya kepada perkembangan mental spt ni:

Jadi, skrg ni keadaan naurah TSH: Low dan T4: normal --> mild hyperthyroidism. InsyaAllah semoga pasni TSH naurah pun kembali normal dan perkembangan otaknya pun dapat berkembangan dengan baik.

2. Selesai sudah semua temujanji naurah di HSA dan KK.Kulai untuk bulan ni. 2hb ambik darah, 3hb check mata, 9hb check tyroxin dan kesihatan di klinik kanak2, dan pagi tadi suntikan imunisasi di klinik kesihatan. Next appointment: 22 hb okt ambik darah, dan 30hb okt jumpe doktor di klinik kanak2 lagi.

3. Alhamdulillah, dpt submit satu jurnal paper ke J. Polym. Mater (India) utk stiffness prediction mgunakan micromechanical model RoM dan RoHM pada 8Okt. Wlpun resultnya terbalik kuang drpd teori, tapi harap2 reviewer jurnal tu dpt detect dimana error pada analisis yg dibuat. Aku sendiri dah buntu utk cari solution bg error tu, dh bnyk email kpd journal author yg lain yg buat study yg sama tapi cuma sorg jer yg respon setakat ni. Tu pun bila tanya lagi, trus dh tak jwb smpi skrg. Mungkin kacang sgt kot soalan aku tu, sbb diorg malas nak layan..apa2pun keje dh buat, tawakal jer la dgn hasilnya.

4. Esok (11okt) pulak ade kolokium ttg polimer anjuran bersama Jab. Kimia, Fak. Sains, UPM dan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) di Bilik Saintis Gemilang Fak.Sains, bermula jam 9pagi-11.50 pagi. Free jer kolokium ni, n ada tajuk2 yg menarik yg kena dgn projek yg aku tgh buat la.

5. Lusa pulak ade test utk subjek KBP5900 R.Method utk sem ni. Aiyarkkk.. takleh nak predict cmne la bentuk soklan utk subjek R.Method. Apa2pun, kena la study malam ni, hehe. (kene score min. B weh utk subjek ni!)

6. Wknd (14Okt) ade event formula varsity 2012 di MIMC melaka. Raceday hari ahad, 14okt. InsyaAllah kena turun melaka utk tgk hasil kerjatangan student2 utem di event tu. Mana tau, kot2 rezeki n tuah di pihak mereka, dapat jadi juara keseluruhan utk edisi tahun ni :-)

7. Balik drpd kolokium esok, maybe singgah ke Pusat Komp. UPM utk ambik password utk wifi U-spot-upm. Rugi dh byr yuran tapi xguna kemudahan tu. Kad diskaun siswa 1Malaysia pun kene gi ambik juga la kat GSO esok.

8. Harini gerak ke UPM naik bas Super Nice. Naik bas kul 2.10 ptg n smpi di serdang kul 6 ptg. Dpt ler jimat skit belanja transport, tiket bas cuma RM31 plus kos air n cokelat 2.50, total RM33.50. Jimat 60% drpd kos klu bw keta sendiri (Tol Rm38.20, minyak RM40, makan rm10) utk perjalanan yg sama drpd kulai-upm. Turun kat hentian sebelah serdang mghala ke utara, then jalan kaki 1 km drpd situ utk smpi ke kolej. Boleh buat lagi la pasni, hehehe. Cuma letihnya tgu bas jer la. Takpela, asalkan save skit n takde la rush pun utk smpi ke upm hrni. Cuma kena standby baju hujan or payung jer la, kot2 hujan turun masa menapak dr hentian serdang ke kolej, hehe.

No comments: