Tuesday, October 30, 2012

31-10-2012

31-10-2012:

1. Hari terakhir bulan ke-10 tahun 2012. 2 bulan lagi sebelum masuk tahun masihi 2013. Kira-kira 2 minggu lagi sebelum masuk tahun baru Hijrah 1434.

2. Selesai beraya aidiladha di kedah tahun ni. Alhmdlh perjalanan selamat pergi dan balik. Sempat beraya 2 hari di rumah. Cuma perjalanan pergi dan balik beraya tahun ni penuh dengan kesesakan di sepanjang lebuhraya. Erm, ape nak buat, dah bergerak di waktu semua org pun bergerak sama balik ke kampung, hehe. Raya yang ringkas, takdak buat korban tahun ni, tapi sempat jumpa dengan mber2 lama di kampung. Man, Di dan Zaki. Mlm raya ke-2 sempat beraya ke umah toktom, cuma sempat beraya di umah bangLi saja, takke rumah pakcikmat pun thn ni. Jumpa juga dgn jat n keluarga serta Jan di sana. Adam pun mmg suka balik ke kampung, dapat main dgn tokwan dia serta najmi di bkt pinang. Alhamdlh semua sihat, luka pembedahan kat tangan mak pun dah baik, toktom pun sihat dengan cara dia, cuma tokwan saja la yg nampak uzur skrg. Badan kurus betol. Semoga Allah pelihara kesihatan dia dan semua ahli keluarga serta panjangkan umur, insyaAllah.

3. Semlm selesai medical checkup naurah di HSA. Alhamdulillah hormon tiroid naurah kedua2nya dah normal (T4 & TSH). Cuma masih kena teruskan makan pil tyroxin untuk 2 bulan lagi dengan dos 25 mg setiap dua hari. Cuma skrg ni naurah masih selsema dan batuk, kesian tgk baby terpaksa bernafas dengan kahak di tekak. Semoga naurah cepat sihat, insyaAllah.

4. Semalam juga hari kerosakan. Hehe, 1: meter keta wira rosak lagi (takometer dan speedometer). Mileage terakhir sblm rosak ialah 66772 km. Masuk kali ni bermakna dah 2x meter keta wira tu terpaksa ditukar. Last tukar kena caj RM150 plak tu, huhuhu. 2: bateri keta wira kong. Nasib baik dah ada bateri spare yang dibeli masa 1st kong kat upm 14okt haritu. Harap2 bateri saja la yg problem, bukannya melibatkan alternator, sistem wiring dll. 3: cover mesin basuh patah. Tapi masih boleh tutup n diguna. 4: Water filter kat singki dapur retak dan sedikit bocor bila paip dibuka. Tapi keretakan kecik saja dan masih boleh diguna. Klu nak tukar baru dalam RM80 juga la seunit harga dia. 5: Lampu bilik tidur utama plak rosak. Dah tukaq mentol tapi xidup juga, Suspek electronic balast yg bermasalah. Ade spare komponen tu tapi takreti cmna nak pasang, hehe. 6: Radiator keta saga nmpknya mungkin skit bocor. Ada kesan air radiator kat lantai laman pagi tadi. Harap2 tak serius dan sempat bertahan sehingga next service (nak kena tukar gasket kat cylinder head nnt sbb bocor juga).
Hai, macam2 rosak sejak balik beraya ni. Hehehe, apa nak buat, ujian Allah :-)

5. Selesai mesin rumput keliling umah. Hehe, lagi sebulan la sblm operasi disambung. Sedap bau laman dgn rumput yang baru dipotong... fresh!

6. Harini patutnya hadir meeting jk penganjur kolokium komposit jam 10pagi. Hehe, takpa la, keja dah siap, esok boleh followup keja yang perlu dibuat. Nampaknya bakal berjumpa lagi dgn sv NurAzmi dari jepun di kolokium tsb mggu depan.

7. InsyaAllah esok bertolak ke UPM. Target mggu depan siap paper review, insyaAllah. Pastu boleh bercuti dengan aman selama seminggu sempena Awal Muharram dan cuti mid-sem upm.

No comments: